Saturday, December 14, 2013

Buat manusia senang~

Assalamualaikum...

lame jugak aku menyepikan diri..hehehe..bajet macam bawak diri la kunun..huhui..

almaklumlah..memang sem3 ni aku tak sempat nak update satu entry pun..waktu praktikal yang terlalu cepat..sebelum ni sempat update entry lepas balik kelas..tapi berbeza untuk sem ini..

ok..kembali topik asal..dah merewang jauh ke seberang Thailand.. Actually aku dan batch 2/2012 baru sahaja menamatkan praktikal di tempat yang khusus iaitu obstetric and gynaecology or kebidanan dan sakit puan..

special area practical untuk sem3..seriously wa cakap sama lu memang best giler..tengok orang bersalin..bla bla..part ni memang tak dapat nak digambarkan macam mana perasaan seorang ibu yang melahirkan bayinya..sebak..terharu.semua bercampur-baur

kuasa Allah kan..seorang manusia boleh hidup dalam rahim ibu selama 9bulan dan keluar di tempat tuttt yang sempit..itulah Kekuasaan Rabb..

tapi aku hairan dengan single parent yang mengandung anak tak sah taraf..kasihan bayi tu..tak terfikir ke mase depan bayi tu bila dah besar nanti???hmmm..sedih+pilu+hiba+geram sebab tiap-tiap hari ade je single parent yang melahirkan anak..bukan setakat belasan tahun malah puluhan tahun pun ade..

ish..ish..ish..dunia akhir zaman kan..aku nak cakap lebih-lebih kang tak pasal-pasal tumbuh jambul atas kepala..sekadar berkias-kias dengan mereka sahaja..ade satu kes ni anak dia berzina depan mate pun mak ayah tak ambil kisah..Astaghfirullahal'Azim ibu bapa seperti apakah itu..takut aku!!!
minta kita dijauhkan dan Allah pelihara ahli keluarga kita 

ade sesetengah tu yang boleh terima teguran yang aku berikan..tak kurang hebat juga yang menyindir balik..perghh..mase tu rase macam nak bukak Quran depan dia mengaji kuat-kuat..insaflah wahai manusia..

kadang2 tu kite kena kembali pada yang asal..ingat asal tujuan kita dihidupkan..pokok pangkalnya adalah diri sendiri..tak dinafikan ibu bapa penting untuk mencorakkan anak-anak..tapi kalau ibu bapa dan beri didikan agama tapi anak tetap macam tu, nak salahkan siapa? jangan cakap salah ibu mengandung kayh..

banyak yang aku belajar dalam wad ni dan aku nak share satu kata-kata yang aku cipta sendiri..(itupun kalau aku takde terciplak mane-mane la..hehe)

NAK BUAT MANUSIA TU SENANG TAPI NAK MEMBENTUK MANUSIA TU SUSAH



sebelum habis saje nak post gambar semasa praktikal kitorang..taraaa


with siti khatijah and a baby..not my baby ok ;p


sebelum melakukan prosedur..bukan nak bedah orang je pakai mcm nie




prepared the troli before procedure 


baby yg sgt comel..sempat snap die tgh senyum..hehe



with a little doctor Siti nooema..doctor la sgt kan kitorg ni..



here we are...we are a nurses!!!



p/s: selamat datang sem baru..selamat tinggal dunia kebidanan dan sakit puan..mesti aku sangat merinduinya...






Read more...

Saturday, September 7, 2013

Cara Minum yg betul dan Sunnah

Assalamualaikum...


Lame betul blog ni bersawang ye.. Di kesempatan yang ade ni nak share satu info sikit. Mungkin ade yang dah tahu. takpe..takpe..takpe..bace je ^__^


pernah tak korang minum air sepuas-puasnya?kalau boleh satu botol tu habis terus dalam mase beberapa saat je.. pernah?? ok..next time jangan buat macam tu taw..sebenarnya tak elok untuk kesihatan especially..

N.Z nak kongsikan cara minum yang di ajar oleh Rasulullah.

1- TIDAK MINUM SEKALIGUS

mksdnye tak tuang habis dalam mulut. senang cite macam tuang air dalam sinki la ibaratnya.Dalam anatomi badan kite ni terdapat berbagai-bagai proses. Sekiranya air yang diminum itu turun secara berperingkat iaitu sedikit demi sedikit pertentangan terhadap proses tersebut tidak akan berlaku  dan tidak akan melemahkan keadaan hati.


2- BERNAFAS 3 KALI SEMASA MINUM

Anas bin Malik mengkhabarkan: "Rasulullah biasa bernafas 3 kali ketika minum." Sabda baginda: "cara ini lebih memuaskan, lebih sedap dan lebih sihat."  [Riwayat Ahmad]
 
mksdnya kat sini, bernafas di luar ketika minum..ambil masa untuk minum BUKAN bernafas ketika minum..minum..bernafas..minum..bernafas..minum..bernafas



3- TIDAK MENIUP ATAU BERNAFAS PADA AIR YANG DIMINUM

"Rasulullah melarang meniup air dan bernafas dalam air minuman."
 [Riwayat al-Tirmizi]

kite tiup kan guna mulut, mulut kite kan ade bau (menipu kalau tak bau, yang makan tiap-tiap hari tu mende?org berpuasa pun mulut berbau).. So, nanti kite minum balik ape yang kite tiup tadi tu..



4- TIDAK MINUM DALAM BEKAS SUMBING

Daripada Abu Said al-Khudri bahawa beliau mengkhabarkan : "Rasulullah melarang minum dari cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minuman." [Riwayat Abu Daud]

boleh jadi bahagian yang sumbing tu akan mencederakan mulut kite ketika kite minum.


5- SENTIASA MENUTUP BEKAS MINUMAN

Daripada Jabir bin Abdullah, beliau mengkhabarkan : "aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "tutuplah bejana dan tutuplah tempat minum kerana dalam setahun ada satu malam dimana wabak penyakit turun. Setiap kali wabak itu melalui bejana yang tidak tertutup atau tempat minum yang tidak tertutup pasti ia akan menjatuhkan sesuatu penyakit di tempat tersebut." [Riwayat Muslim]

manelah tahu kan tiba-tiba cicak tu saje nak terjunkan diri dalam bekas minuman yang tak bertutup..saje nak test buat terjun berirama..kui3..thats why kene tutup minuman..


gambar ihsan dr en.google



*sumber : Solusi isu 59*

Rasanya setakat itu dulu perkongsian kite..kalau ade ape2 yang terbaru sharing2 la ye..moga amalkan ^___^








p/s: mood balik kampung nak habis tak lame lagi..kene blk kolej..arghhh







Read more...

Friday, August 23, 2013

Miss Doctor

Assalamualaikum..

Lame dah rasenye tak menaip dalam ni..berhabuk, bersawang, bersepah ape lagi yang ber ber semua tu la..kecuali bersih..haha..sebab blog aku ni takde sampah nak sapu..so opkos la sentiasa bersih kan..ceittt..perasan...

Entry kali ni simple saje..just nak bagitahu yang sekarang ni aku sedang praktikal di hospital melaka untuk semester 3..ehemm..senior2..hehe

sem ni agak mencabar sedikit dalam melakukan prosedure yang dikehendaki. Blood transfusion, insert ryles tube, memandikan bayi, banyak lagi lah..

Actually dah terbabas dari tajuk sebenar ni..3 hari yang lepas, rutin yang dilakukan seperti biasa. Ambil observation patient dari katil ke katil. aku ambik tekanan darah guna cara manual..yang gune stetoskop dengan kotak panjang tu (kalau kat klinik2 ade lagi kot).. 


sampai je kat sorang uncle ni aku cakap la "uncle, saya mau check tekanan darah ye"..uncle tu pun bangun dan duduk kat katil.."aiyoo doktor sulah datang mau check".. Errrr..musykil sekejap..aku rase aku tak pakai coat yang selalu doktor pakai tu..maybe sebab die tengok aku pegang stetoskop kot.. Alahaiii..nak jadi doktor tak kesampaian jadi jururawat pun ok hape ^___^


p/s : hari ni ni wad sangat busy -_-

Read more...

Sunday, July 21, 2013

Cinta Luar Biasa

Assalamualaikum.....

Entry kali ni maybe membuatkan anda muntah hijau biru ke kuning atau merah barangkali.. (macam rumah sukan pulak) Bersiap sedialah pergi klinik =)


Apakah cinta luar biasa?

Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta.

Demi cinta, sanggup buang keluarga dan tinggal sekedudukan dengan si dia. Luar biasa!

Demi cinta, bayi sanggup digugurkan dan dikisar dalam pengisar. Luar biasa!

Demi cinta, sanggup menelan racun dan terjun bangunan. Luar biasa!

(petikan cinta High Class by Fatimah Syarha & Dr.Farhan Hadi)

Begitu hebat penangan cinta manusia bukan..

perasaan cinta itu fitrah namun bukan di turuti tapi di urus..Setiap manusia ingin dicintai dan menyintai begitu juga dengan diri ini..

Mungkin fenomena sekarang ni ramai yang kahwin muda, jadi tak hairanlah kalau rata-ratanya membincangkan soal jodoh dan pasangan. (aku pun teruja kott).. Semua menginginkan merasai alam perkahwinan kerana disitulah terdapatnya apabila yang Haram menjadi Halal.

Tapi, sudah bersediakah kita ke arah itu? Mempersiapkan diri dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku? Menguruskan rumah tangga, menguruskan suami, menguruskan anak-anak, menguruskan diri sendiri sekiranya bekerja/belajar, menguruskan rasa marah, cemburu, dan curiga pada pasangan.. Cukup bersediakah kita? Sekiranya perkahwinan hanya untuk cuba-cuba kelak diri yang merana kerana cuba-cuba untuk disakiti.


Maka ramailah yg menganggap 'couple', 'teman tapi mesra' itu sesuai diaplikasikan sebagai wadah untuk mengenal hati budi pasangan masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Konsep islam disempitkan dengan anasir-anasir jahat.. Islam juga menggalakkan pasangan yang ingin bernikah berkenal-kenalan tetapi dengan cara terhormat bukan cara terlarang seperti couple.

pesanan al-Imam Hassan al-Banna
"walaupun seorg lelaki/wanita mendampingi pasangannya 20thn sekalipun tetap dia tidak akan mengenalinya. Ini kerana ia akan cuba menyembunyikan keaibannya (zahir&batin). Selepas berkahwin, barulah keaiban tersembunyi itu akan terserlah"

(Hadis al-Sulasa')
*petikan Cinta High Class*

Aku juga pernah merasai alam remaja. Ya..ingin diberi perhatian oleh sang jejaka menambat hati. Pernah 'berkawan-kawan' selama beberapa tahun walaupun tiada sebarang declare.. Perasaannya lain benar sekiranya dibandingkan berkawan dengan sejantina. Waktu itu, aku mula berjinak-jinak untuk mengenali kawan yang berlainan jantina.

Si dia sangat mengambil berat, selalu bertanyakan pasal pelajaran, mengingatkan aku tentang itu dan ini walaupun tidak pernah bersua, hanya sms medium kami 'bertemu'.

AllahuAkbar! sungguh jauh sekali aku tersasar di jalanMu.

Semakin aku meningkat dewasa, banyak yang aku pelajari dari sekeliling. Merana, meraung, murung, menangis, tak lalu makan, kusut dan macam-macam lagilah disebabkan putus cinta. (mujur aku yg single-mingle ni lalu makan..haha..makann~) Bagaimana agaknya sekiranya kita putus cinta dengan Allah???

Aku selalu menasihatkan si dia untuk berpuasa isnin khamis, mengejutkan tahajud, memberinya kata-kata semangat sekiranya jatuh.. Allah..nampak islamik tapi sebenarnya jalan penuh hasutan syaitan yang sakan bergelak ketawa. Jahilnya aku..Ya..itulah istilah 'berkawan-kawan'..

Walaupun aku tidak pernah bercouple, tetapi istilah yang aku ciptakan untuk si dia adalah berkawan-kawan tetap mengundang syaitan untuk bergembira kerana mangsa akan memasuki perangkapnya. Mujur aku dikurniakan sahabat2 yang solehah yang sentiasa memberikan teguran. Post-post yang menyedarkan aku. Nasihat-nasihat yang membaiki diri. Allahu Rabbi..besarnya Kasih SayangMu..

Kini, aku mula menyedari..soal jodoh itu adalah rahsia Allah..setiap manusia diciptakan dengan jodoh masing-masing. Cepat atau lambat itu bergantung pada ketentuanNya. Yang penting berusaha untuk mendapatkan jodoh itu.

Tapi bagaimana?? "jadikan dirimu sesolehah mungkin sekiranya ingin mendapatkan yang Soleh". 

Ya..sekiranya aku ingin mendapatkan seorang imam untuk menjadi suamiku, aku harus berlatih menjadi makmum di belakangnya.. Jika aku ingin punya suami yang bertanggungjawab, aku harus bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas harianku.

Maafkan aku wahai 'Adam' sekiranya 'Hawamu' ini banyak membuatkan hatimu mulai goyah dan imanmu mulai rapuh akibat kelembutan yang dianugerahkan tetapi disalahgunakan.

Last but not least, aku harap pembaca dapat input ape yang aku nak sampaikan.. aku tahu, aku pun bukan baik sangat. Tapi kita kenelah berusaha untuk jadi baik kan..sempena BUlan Ramadhan ni, cuba untuk ubah sikap negatif yang ade dalam diri..tanamkan sifat positif..cakap memang senang,nak buat? seriously, cakap dan buat....sampai bila nak berada di takuk lama..betul tak???

Maaf andai entry ni ade yang mengguris mana2 pihak..sekadar nasihat dari seorang hamba yg hina..



Berhenti mencari imam jika diri tak bersedia menjadi makmum!!!



p/s: dpt walimah lagi dr seorg shbt... :)..ramai kwn aku yg dh kawen rupenya..

p/s: esok turn aku pulak teman ustaz imam terawih moreh..aishhh..perasaan apakah ini


















Read more...

Thursday, June 27, 2013

Short Thursday~

Assalamualaikum...

saje nak buat entry walaupun ringkas..

Kelmarin, tengok kakak berbuka puasa dengan bihun sup yg dibeli dekat pasar malam..sampai ati tak ajak...

terliurnya..cakap dengan mak..teringin nak makan bihun sup ke laksa ke...

tadi mak balik dari pasar sambil hulur bakul yang dalamnya ada bihun sup dengan laksa...huhuhuhuhuhuhu..

terharuunya..aku pun ambil bungkusan sambil tersengih dekat mak..mak kate,dah tak payah nak sengih macam kerang busuk karang kempunan.. ^____^  SAYANG MAK KERANA ALLAH =)

Read more...

Sunday, June 16, 2013

Sombongnya!!!!

Assalamualaikum...


Hari nie N.Z nak share satu story pasal tajuk kat atas ni..bacalah ye ^__^


Salim : Ahmad..aku ni sombong ke?

Ahmad : ade la sikit..hehehe

Salim : ape yang aku buat sampai kau kate aku sombong?

Ahmad : errr..kau pernah solat?

Salim : err -_-#...tak..kenapa plak? ape kaitannya??

Ahmad : itu sebabnya bro tu cakap kau sombong sebab kau tak pernah rase merendah diri pada Tuhan. secara konklusinya sujud dalam solat tu menunjukkan yang kau merendah diri bila berhadapan dengan Allah..dan secara psikologinya menghapuskan rasa takbur dalam diri.. ^_^

Salim : tapi aku seorang yang baik..

Ahmad : shbtku..BAIK sahaja tak cukup sebab orang yang masuk SYURGA bukan orang yang baik tapi orang yang BERIMAN..kalau macam tu ramai lah orang kafir yang baik masuk syurga..^__^

Salim : ..blushing*** terima kasih



p/s: sujud juga mampu menguatkan ingatan kerana darah mengalir sampai ke otak dengan secukupnya serta menghilangkan rasa sakit kepala dan migrain..sujud adalah cara terbaik utk pengaliran peredaran darah ke otak..takkan la tiba-tiba kita nak tertonggeng pulak kan semata2 nak sampaikn darah tu ke otak?? 

noted from Mr.Doctor :)

Read more...

Wednesday, June 12, 2013

Tersangkut

Assalamualaikum...


Ok..cuti sem pun dah bermula tapi aku yang baru nak mula..hahaha...segala rancangan jadi tergendala disebabkan Encik Doktor..mujurlah Doktor, kalau tak...malas nak cakap..

entry ni takde kaitan dengan Encik Doktor okay..mesti korang pernah tengok cerita Teduhan Kasih yang tengah hot dekat TV3 sekarang kan...ape korang rase?? seriously, N.Z jatuh cinta dengan watak Ehsan yang sukakan Adam..

Mana nak cari lelaki yang mandikan baby, jaga baby macam tu, lelaki melayu terakhir kot..sekarang ni semua serah kat perempuan..walaupun watak die yg kaki perempuan tapi akhirnya berubah sedikit demi sedikit disebabkan oleh seorang bayi..

Tabik spring la dengan penulis novel tu..kalau lah aku dapat encik suami macam tu..hehehe..sempat lagi..

entry ringkas untuk promo cerita..cehhh..sape yang belum tengok, tengoklah ..seriously korang mesti sangkut jugak..














p/s: knp aku kerap mimpi die?apakah???? 



Read more...

Wednesday, May 15, 2013

Akhirnya Aku masuk ISLAM

Assalamualaikum...

Rasa terpanggil untuk update entry kali ni sebab jarang dapat pengalaman macam ni..

exam dah habis..maknanya kitorang kena masuk wad balik untuk sambung latihan praktikal yang masih berbaki..

pagi tadi, mase aku tengah ambik observation (check tekanan darah, nadi, pernafasan,suhu patient) aku nampak seorang makcik ni tengah ajar amoi kat tepi die mengucap, SubhanAllah, Alhamdulillah, macam2 lagi la...hatiku berbisik sendiri..kenapa makcik ni ajar amoi tu pulak..biarlah, ade bende aku nak kene buat sekarang ni, so aku ignore jerr..

dalam pukul 12 lebih gitu aku dah takde keje nak buat, bagi ubat dah, dressing done, observation pun dah siap (observation jerr..ape yg nak dikejar sgt dgn observation tu??) <--ayat femes utk nurses student..hahaha

aku, Nia dengan Ida datang la berbual-bual dgn amoi tu tadi...rupe-rupenya..........jeng jeng jeng..hahahaha (gelak jahat) suspen tak?? suspen tak??  tak?? buat2 jelah..aishh..

Rupe-rupenya amoi tu dh masuk islam ^___^ is a great u know...sedap name die.. Juliana Daniel..kitorang pun 'temuramah' la akk tadi tu..die sebenarnya baru je masuk islam dan baru berkahwin..baru sangat sebab sijil nikah dengan sijil pertukaran agama die pun tak sempat nak ambik kat pejabat agama lagi..

sebenarnya akk tu dah lama nak masuk islam tapi takde yang nak 'ajak' die sehinggalah die berkenalan dengan seorang muslim berbangsa iran dan berkahwin.. die belajar dekat sini (suami)

nak dijadikan cerita..akk ni dgn suami die accident..orang langgar dan 2 2 koma..tapi tak sama hospital..suami die dekat hospital pantai,akk tadi tu dekat hospital melaka (tempat aku praktikal sekarang).. die terkejut sebab suami die ditempatkan hospital lain..

teruk jugak die accident..aku tanya la "ade jahit dekat kepala ke?" sebab aku nampak kepala die botak semua tapi tak licin la..die kate ayah die yg botakkan die..erkkk -_-

macam2 kitorang tanya akk tu..aku tanya perasaan die sebelum dan selepas masuk islam macam mane? die kate die suke agama islam sejak dulu sebab agama islam ni baik..selalu ingat Tuhan..tak macam agama lain kalau rase nak ingat, ingat lah kalau tak, takde ape2 effect..means kebergantungan kita pada Tuhan tu lebih kuat sebab itulah yg sepatutnya kan...


die tahu jugak serba sedikit pasal Nabi Muhammad..kami cerita la sikit pasal asal usul solat sume tu, Nabi minta Allah kurangkan bilangan solat..

akk ni mula belajar pakai tudung sikit2..die suke tudung yang ade bunga2 dekat kepala dan bila die pakai suami die kate "cantiknya isteri saya" ^____^ so sweet~

akk ni dapat tentangan yang hebat jugak daripada ahli keluarga bila die nak convert agama..ayah sangat2 tak suke ditambah lagi berkahwin dgn orang islam..tapi dah jodoh kan..

die sangat2 merindui suami die dan die nak sangat tahu keadaan status suami die sekarang, "hidup lagi ke atau sudah mati, saya mahu tahu keadaan suami saya saja"

die mintak dekat doktor yang die nak keluar sekejap untuk jenguk suami die dekat hospital pantai dan balik semula ke wad pada waktunya tapi doktor tak bagi..die nak sangat2 keluar dan ayah die langsung tak bekalkan telefon bimbit dekat akk ni utk berhubung..MasyaAllah..kuatnya hati akk ni..

"at least saya dapat tahu keadaan suami saya pun sudah cukup..ini siapa mawu bilang sama saya macam mana suami saya sekarang..telefon pun takde"

aku pun hulurlah telefon aku suruh die mintak num telefon kakak ipar melalui ayah die...diorang pun berbual2 dlm bahasa cina..aku sengih je la..tak faham kan...kalau faham dah lame aku translate..tapi dari riak muka akk tu nampak macam die desak ayah die suruh bagi..then dapat lah num kakak ipar die..

die pun dial num kakak ipar die..suke die bile dengar ringing telefon.. "its ringing". nama kakak ipar die Samira kalau aku tak silap dengar la..dan berita yang paling mengejutkan adalah......













"what??he's died? i was newly marriage with him..why he leave me alone?" betapa terkejutnya kami mendengar perbualan kakak tu..masyaAllah..berat ujiannya.. " i want to see Yasir but father not allowed me and i cannot leave from hospital. Samira please come here." teresak-esak akk tu bercakap..
lepastu aku tak faham dah akk tu cakap ape sebab die cakap bahasa iran..

die kate siape nak ajar die lepas ni..sape yg nak faham die?sebab kami suami isteri saling faham memahami..kenapa die tinggalkan saya? saya baru saja berkahwin..baru saja masuk islam..kenapa Tuhan ambil die?

Ya Allah... sangat-sangat sedih dan speechless bile bende tu berlaku.tak dapat bayangkan bagaimana kehiduan die selepas ni..aku dengan kawan tu pujuk la die..bagi semangat spiritual..ini ujian dariNya.."kalau bukan ujian macam mane?" "insyaAllah kak, ade hikmah disebalik ape yang berlaku"

"macam mane saya nak hidup takde suami saya dekat sisi?siapa nak ajar saya lagi?" Allahu akbar....kalau aku ade abang lagi sorang dah lame aku suruh abang aku kahwin dengan akk tu...insyaAllah akk boleh belajar..

akk sedekahkan al-Fatihah banyak2 dekat suami akk..selawat, tenangkan fikiran..
"macam mane nak bace Fatihah? saya tahu BismillahirRahmanirRahim saja"

Aku pun catitlah dalam kertas yang sekecil cuma itu dalam bahasa rumi..aku ajar die menyebut satu persatu..lidah die lancar menyebut walau pertama kali menyebutnya...kuasa Allah kan???

aku pun tinggalkan akk tu sekejap untuk die tenangkan diri dan aku pergi rehat..selang beberapa minit aku naik balik ke wad dan nampak ade beberapa orang tetamu datang melawat akk tu..ayahnya barangkali..aku pun tak nak la kacau..

waktu kerja pun dah habis...pukul 2 petang..yess..ape lagi balik la..hmmm..tapi tak jugak, aku kene pergi appointment lepastu. bukan dating okayh!!...

mase nak balik dari hospital, ade junior tegur aku "k.ika, akk cina tu discharge." Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak die keluar, tapi sayang sebab aku ingat nak ajar lagi macam-macam dekat die..insyaAllah...Allah sentiasa bersama-samanya..tambahan lagi die seorang muallaf..Ya Allah besarnya pahala suami die...Rahmatilah beliau dan tempatkan die dikalangan orang-orang yang beriman..amiiin..Al-Fatihah~







*nota hati cinta*

 beruntungnya jadi org islam..org yg baru masuk islam pun mengakui keindahan islam apatah kita yg sedari dalam rahim ibu dah memegang status islam tapi tak mampu nak aplikasikan keindahan islam tu dalam kehidupan..dari kita bangun tidur sehinggalah tidur semula..semuanya ada tentang islam..islam is the way of life~



p/s: harap dapat contact lagi dengan akk tu...
p/s: lambtnye nak cuti!!!!!  dush dush..-_-










Read more...

Friday, May 10, 2013

Realiti Percintaan

Assalamualaikum...

Lama dah tak menulis disebabkan kesibukan + peperiksaan...walaupun ada lagi satu paper, perasaan nak berblogging tu menang..hahaha..

Tajuk kemain lagi..ade ape-ape ke?haishh...bace habis dulu ye..
ini sekadar perkongsian untuk anda diluar sana yg belum berkesempatan nak beli Solusi isu 55. ^__^

Cinta itu fitrah yg Allah kurniakan kepada hambaNya...beruntunglah org yg memiliki cinta Allah kerana cintaNya adalah cinta hakiki..

Bagi pasangan yg sedang dilamun gelora cinta, mereka melihat alam perkahwinan sbg tapak menyemai harapan nan indah, menambah erat kasih dan cinta yang sedang membara.

Namun, bagi pasangan suami isteri, cinta yg mengikat dua jiwa pada awalnya bukan penentu kelangsungan ikatan yg di damba.

seumpama pasangan yg sedang menyaksikan panorama pergunungan drpd kejauhan, segala yg terlihat begitu indah dan mengasyikkan.

ketika pendakian bermula, diri perlu berhati-hati. mata mesti tajam memerhati, telinga pula sentiasa peka mengawasi. jika salah kaki berpijak mendaki, tubuh boleh jatuh ke batuan yg pejal dan menyakitkan.

Andai tdk berwaspada dgn persekitaran yg asing dan penuh kejutan, bahaya binatang buas dan berbisa blh menyebabkan kecederaan dan kemalangan yg tdk dijangka-jangka.

Apabila perasaan cinta sebelum pernikahan semakin subur, kerumitan yg timbul adlh satu persoalan utama, iaitu bagaimana mengurus cinta itu agar tidak lebur dibaham nafsu!

kehadiran watak-watak sempurna yg ditampilkan dalam novel berkisar cinta islam sebuah rumah tangga yg baru bermula menjadikan diri mereka menyangka watak itu wujud di alam nyata..

cc: Noraslina Jusin
-------

Ya..cinta itu indah..lagi indah jika dibajai dgn keimanan..semua insan ingin merasa bercinta dan dicintai..saya juga..tetapi bagaimana kita ingin merawat cinta agar cinta itu tidak menjadi cinta nafsu..

ketika darah remaja mengalir dalam diri, melihat teman-teman mempunyai pacar dan bercakap-cakap di telefon dgn yg tersayang hati ini menginginkan perkara yg sama..tetapi adakah itu akan berkekalan hingga akhirnya?

ketika sang kekasih mengadu kepada kekasihnya, hati ini juga ingin meluahkan apa yg dirasa tetapi siapakah kekasihku? Ya..Dialah kekasihku.. Dialah Kekasih yg sentiasa ada utkku..Dialah tempat aku meluahkan segala-galanya..

biarlah cinta ini hanya utk suami yg sejati..


motiff letak gambar ni???


p/S; cemburunya tgk kwn2 yg dh berkahwin
p/S : jiwang pulak ptg2 ni...esok last paper!!!!!doakan saya!

*bahang PRU-13 masih terasa*

Read more...

Monday, April 22, 2013

Panduan Solat bagi Orang Sakit

Assalamualaikum....

Semalam a.k.a hari Sabtu (maaflah kalau time korang bace harinya dah lepas..maklumlah dh duk lame sgt dlm draft kn)..aku dengan Wahida menjalankan rutin harian seperti biasa, ambil observation...

Ntah kenapa kaki aku ni laju je melangkah ke cubicle belakang sekali sambil menarik dinamap... Masuk je bilik tu aku dengar seorang patient ni tengah bukak ceramah.. Pasal jodoh...aishh..mawu melekat aku kat situ..tapi macam pernah dengar..sayang..dah habis..tettttt
......siaran tergendala......

Pastu dengar ceramah ustaz Kazim (main agak je) sebab macam kenal suara dia..pasal ibu bapa..rase nak menangis dan rindu kat mak ayah..sob3~ cengengkah aku???

tiba-tiba patient tu tanya.. 
"zulaikha orang mane?"
sambil melihat name tag di baju, aku memberitahu "saya orang perak.. encik orang mane?"
"orang melaka je"

"sepatutnya kan tugas nurse dengan doktor ni kene suruh patient solat di samping bagi perawatan." sambil memandang tepat ke arahku..

dalam hati..kenapa mesti pandang aku?tak pandang wahida?? why? why? 
sedarlah wahai Zulaikha.. ALLAH SEDANG MENEGURMU.. Allah Allah..betapa lalainya aku..terima kasih atas teguranMu Ya Allah..

mungkin melalui platform ini aku boleh menjadi daie nurse untuk mereka..doakan aku...

panjangnya mukadimah aku..hahaha..ok kembali ke pangkal jalan..sebab itulah tajuknya berkaitan dengan ape yang aku nak ceritakan nanti..

Banyak cara yang dianjurkan oleh islam untuk bersolat.. so takde alasan "aku sakit lah" "kaki kene balut" "tangan tak boleh kene air" 
Tak boleh kene air bertayamum lah  ^_^

Kalau pesakit tu tak boleh berdiri..memadailah baginya solat duduk iaitu duduk di atas kerusi / duduk bersimpuh gitu..kalau tak boleh juga, solat berbaring di atas katil, kalau tak boleh terlentang mengiringlah, tak boleh juga gunalah isyarat mata dan hati.. kalau tak boleh juga tak tahu la nak oyak gane pasai pe kalau isyarat mata tu pun dok leh nak buat mati le jawabnya kan..mintak maaf le kalau sentap..mmg itu kenyataannya..

Disini saya bukan cakap kosong..ada hadis sohih..
(Riwayat al-Bukhari) 

Rasulullah SAW bersabda "Hendaklah kamu menunaikan solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, maka lakukanlah dalam keadaan duduk. Dan sekiranya tidak mampu juga, tunaikanlah solat dalam keadaan berbaring."

PANDUAN SOLAT DUDUK

(1) duduk seperti dua sujud --> takbiratulihram beserta niat
(2)membaca al-Fatihah dan surah
(3) rukuk (tundukkan kepala sehingga dahi setentang dengan tempat sujud)
(4) iktidal (angkat kepala semula)
(5) sujud (jika mampu,hendaklah sujud di lantai seperti biasa)
(6) duduk antara 2 sujud/tasyahud awal
(7) tasyahud akhir



kalau ade lukisan lagi bagus kan..senang nak paham..takpe-takpe..nanti saya cuba usahakan..

semoga dapat apa yang saya nak sampaikan.. Islam itu tidak memberatkan malah menyenangkan..boleh solat walaupun dalam keadaan sakit..itu tandanya Allah sangat bersifat ar-Rahman dan ar-Rahim kepada hambanya




p/s: semoga aku dapat menjadi daie jururawat :D



Read more...

Friday, April 19, 2013

"Segmen : Team Follow Back By Mira"

Assalamualaikum...



klik banner utk join


Hari nie teringin nak join segmen setelah lame menyepikan diri dalam dunia blog..cewahh..bajet artis lah.. (tp mmg aku artis bagi pesakit2 aku) hik3

Ok.kembali kepada topik asal..Ini merupakan segmen yang aku join untuk tahun ni..see..berapa lama aku menyepi..kui3..

syarat2 penyertaan pun tak susah mane..saya berjaya laksanakan kesemua syarat tersebut





Dan yang ini

Saya join ni sebab dah lame tak bersegmen dan memenuhi tuntutan masa lapang (lapang la sangat kan) serta menambahkan kenalan... ^_^


Terima kasih Mira sebab buat segmen..





nak tag dekat Fariz


p/s : mood bersegmen malam ni

Read more...

Thursday, April 18, 2013

Mencari Sinar

Assalamualaikum...

Semoga Hari Khamis ini hari yang bermakna buat semua.. Baru-baru ini (tp takde la baru sgt). Kiranya dalam bulan ni jugak la, ade seorang kenalan tanya bagaimana saya boleh berubah?

Keningku berkeriut cuba menafsirkan maksud yang hendak disampaikan. "maksud saya macam mana awk boleh berubah nak pakai tudung labuh?" Owh..barulah aku faham..aku cermin diri aku semula. Buat-buat pandang cermin padahal takde cermin pun depan mata..

Aku rase aku pakai tudung biasa je,bukanlah labuh macam seorang ustazah. Maybe dia pernah nampak aku pakai mase pergi kuliah tahun lepas kot.. (mak aih, bpe lame punya cite daa)..tp memang aku perasan yang tudung aku 'labuh sedikit' berbanding sebelum ni..

You know what, Allah itu Maha Kaya..tersangat kaya..Dia campakkan aku ke dunia baru untuk aku mengenal dan mencari makna hidup sebenar..Sujud syukur padanya.. Ya..satu dunia asing bagiku walaupun sebelum ni aku pernah juga mengalami suasana seperti itu cuma kesannya belum cukup mendalam dalam diri ini..jahilnya aku pada masa itu..

Sebelum ni pun aku bersekolah di sekolah agama..dari tingkatan satu hinggalah tingkatan lima..aku tahu hukum hakam tetapi aku kurang laksanakan..itulah mujahadah dan aku gagal laksanakan..terasa sangat berdosa tetapi aku biarkan seperti angin lalu..betapa teruknya aku! Kadang aku termalu dengan rakanku sendiri, begitu patuh menjaga aurat tatkala di luar rumah hatta menyidai pakaian di luar rumah..sangat kagum..aku?? memang tak la..itulah jahilnya aku dahulu

Sehinggalah Allah hantarkan aku ke sebuah daerah yang lagi asing iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah..aku mengenalinya kerana Ustaz ku pernah bersekolah di sana..sekolah hebat katanya..aku seperti tidak percaya kerana aku 'berjaya' melepasi sekolah itu kerana result aku pun bukan gempak macam budak2 kat sane..yang masuk situ semua ada 9A dalam tangan.. A aku? boleh kire dengan jari kut.. 

Dari situ aku mulai mencari jati diri sebenar..sebagai seorang islam walaupun aku memang islam semenjak dalam rahim ibu lagi..banyak yang aku pelajari dan perbaiki diri..memang sangat manis..banyak mutiara-mutiara berharga di sana yang dapat aku kutip..dari saat aku membuka mata sehinggalah aku menutup mata dan begitulah rutin seharian..sangat2 selesa walaupun dahulu hatiku memberontak ingin pulang..takkan aku lupakan saat itu sehinggalah satu perubahan bermula dalam hidupku.

aku terasa ingin berubah sewaktu aku melihat seorang sahabat yang sangat aku kagumi..dialah pencetus semangatku..mungkin jua ianya hidayah dari Allah yang dihantarkan melalui pandangan mata hati..

dan suatu ketika...

"nak pergi mana tu?siap bertudung bagai,tak cakap dengan mak pun nak keluar"

"nak pegi jemur kain mak" sambil meluru keluar sebab malu. aku lihat ada riak gembira dalam wajah ibuku walaupun rautnya tidak ditunjukkan..

satu perubahan demi satu perubahan aku lakukan..aku cuba dengan sedaya mampu..ya..istiqomah itu penting! aku akan cuba kekalkan apa yang ada pada  diri aku sekarang dan top up mana2 yang kurang..aku juga insan biasa yang kadang-kadang terleka..

kini, bila aku berada di daerah lain pula aku merindukan 'mutiara-mutiara' itu..tempat yang menjadi sejarah dalam hidupku..sahabat-sahabat yang memahami, saling mengingati, sentiasa bersama susah dan senang.. Ya Allah betapa beruntungnya diri mengenali insan-insan hebat seperti meraka.. Ya Allah Kau jagalah mereka..

"semoga awk terus istiqomah..sy harap awk juga dpt bimbing sy untuk jadi mcm awk"

"jgn jadi mcm sy..jadilah diri sndiri..sy pun manusia biasa yg selalu buat silap..inshaAllah selagi mana sy mampu utk bantu awk sy akan bantu ok?"

pertemuan dua mata itu berakhir dengan mengingatkan aku segalanya tentang KISAS~

Ya Allah...rindunya bumi waqafan itu..kirimkan salam rinduku padanya


moral of the story: hidayah itu milik Allah..sntiasa berdoa agar diberikan hidayah olehNya dan aku takut sekiranya aku gagal dalam ujianNya..




p/s : saya syg ayah saya, abang dan suami (bakal suami) :P  sekiranya saya tak menutup aurat dengan sempurna 



Read more...

Monday, April 15, 2013

Adegan lawak dalam bas

Assalamualaikum...

Entry ke-2 untuk hari nie...hehehehe
tiba-tiba aku rase nak share something yang kelakar bagi aku.. hari sabtu yang lepas kolej aku ade buat hari sukan..bila majlis selesai kami dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing..

Aku pun tak lepaskan peluang ni.. Dalam pukul 2.30 petang kami pun berebut-rebut naik bus untuk balik ke kolej sebab kami buat hari sukan tu dekat IPG melaka..pinjam stadium diorang jap..kami punye HEP iaitu Pn.Ang ni jenis yang sangat strict..tak boleh naik ramai-ramai dalam bus..

bagi kami pulak,kami sanggup berdiri daripada lambat balik.. ^_^ .. Dia siap kira sorang2 yang masuk dalam bus tu.. Nak dipendekkan cite waktu pintu bas tu terbukak, kami berebut-rebut masuk dalam bus, termasuklah aku..hahaha.. (jangan tiru aksi ini). 

Masuk dalam bus je tempat duduk dah penuh..Alamakkkk macam mane ni.. aku dah dengar suara Pn.Ang terjerit-jerit suruh turun.. Aku pun ape lagi cari tempat belakang sekali nyorok kat celah-celah kaki kawan aku.. korang bayangkan tempat duduk dalam bus tu aku dengan kawan aku menyorok kat situ..hahaha

kawan aku yang 2 org tengah duduk tu tolak-tolak supaya kami masuk dalam lagi, tak nak bagi Pn.Ang nampak..tup-tup Pn.Ang kate "yang belakang tu turun! saya kate turun!" Aku mule la kecut perut...tak nak..aku nak balik cepat..aku diamkan diri je.. kawan aku yang duduk atas kerusi tu dah tergelak-gelak sebab Pn.Ang dah nampak beg ak..hishh..kantoi pulak..

Tapi.....aku buat dunno je..hahaha..jahat..kawan aku tolak-tolak badan aku supaya masuk dalam lagi..tak muat nak masuk dah..2 orang pulak tu..sakit lutut aku..dengar lagi suara Pn.Ang jerit suruh turun.. Aku mula la bace jampi serapah aku..

Bukan jampi bomoh ea...waktu terdesak ni.."Ya Allah mintak-mintak Pn.Ang tak jalan belakang.turunkan dia dari bas ni sekarang Ya Allah.."   ting!!! 
Allah makbulkan doa aku dengan menggerakkan kaki en.driver tu untuk tekan pedal minyak dan Pn.Ang pun terpaksa turun ^________________^

seyum lebor aku time tu..kami 2 orang berjaya melepaskan diri..hehehe..diorang yang duduk depan sume pakat selak (suke sangat) <---- bahasa kelantan ni...

kalau ade cctv dalam bus tu, nak je aku tengok ulang-ulang sebab klaka sangat..yang tak tahan tu semua pakat pandang aku..macam retiss pulak..haippp.. Allah selamatkan aku ^_^ 
maka hari itu aku dapat pulang ke kolej dengan awal...



tp yg ni alor star punye..pinjam jap ea..hihihihi





p/s: hari yang koya bagi aku....tweet tweet

p/s: kalau ade pic boleh la aku tunjuk kat korang macam mane kitorang menyorok dalam bus..tp takde la..

Read more...

Kau hadirkan dia di saat aku memerlukan

Assalamualaikum...

Lame sangat rasanya aku menyepikan diri dalam dunia blog ni.. kekangan masa katekan..cewahhh

tempoh seminggu ni memang penyiksaan bagi aku di kolej..terdera dan di dera.. siap ade yang kata "pagi jadi nurse, malam jadi askar"

..hahahaha..serius aku rase geli hati dan nak guling2 dengan statement tu..ni semua pasal sukan la..aku masuk kawad..ok fine..penat sangat..tambah2 bila shift pagi..kene masuk wad pukul 7am sampai 2pm..7pm sampai 10pm ade latihan kawad..mawu tak kene varicose vein cenggini..na'uzubillah..mulutttt..jahat*

serius..penat sangat..tapi demi sukan..aku gagahkan jugak..tu yang aku kata didera dan terdera..huhuhuhuhu.,mase ni pulak la tibe2 mental aku tak dapat berfungsi seperti biasa..aku mula rindukan sahabat2  aku kat KISAS..kat UiTM..rohani aku kosong..kosong kosong.. (sila ikut melodi najwa latif)
Aku rase down, lemah semangat, putus asa.macam2 la..mujurlah dengan iman  yang senipis kulit bawang ni aku dapat kekuatan untuk aku call mak aku, call sahabat aku untuk kuatkan semangat, kalau tak mawu keluar berita tergempar esoknya "seorang pelajar bunuh diri akibat tekanan" perghh..hottt kot..tp nak buat ape kan..BERDOSA!

Ya...pilihan ni aku yang buat sendiri..aku yang nak masuk sini..so aku kene hadapi semua bende ni..jadikan pengalaman yang lepas untuk tingkatkan kualiti hidup aku..mungkin aku dah dibiasakan dengan bi'ah yang elok..jadi bila bi'ah tu takde aku rasa janggal,seperti ade sesuatu yang hilang..thats why aku tak tenang.. Aku selalu pesan pada diri aku sendiri.. 
"Ade hikmah masuk sini.."

kat kolej ni memang sangat sangat sangat sangat berbeza..bukan aku nak buruk2 kan or bangga2 kan tempat lain..mane2 pun same cume mestilah ade perbezaan di setiap institusi tu kan..kat sini hiburannya terlalu kuat...setiap event mesti ade tarian/dance or joget2..dah la ambik lagu gangnam style..memang nak kene jahanam dengan aku la..anti giler aku dengan lagu tu..sorila PSY..aku terpaksa pangkah kau..

tak salah nak berhibur tapi perlu kene pada tempatnya...malam tu memang aku nangis je..sepanjang solat tu aku tak henti2 nangis..mujur housemate semua tak nampak..aku mohon sangat supaya diberi kekuatan..dan ditakdirkan jari aku ni mendail nombor sahabat yang sangat akrab semenjak aku masuk sekolah menengah..dari dialah aku luahkan segala-galanya..terima kasih Farhana.. Terima kasih Allah kerana mengirimkan aku seorang sahabat yang sentiasa memahami aku..banyak nasihat yang aku dapat dari dia..

aku bukan tak nak cerita dekat mak ayah aku.kalau aku cerita mesti diorang risau punye..so lebih baik aku cari alternatif lain..aku tak nak diorang rungsing pikir pasal aku..aku call mak aku pun bile perasaan aku dah reda..so time tu aku boleh berfikir secara waras ^_^ takde la mengarut2..

memang sangat rindukan bi'ah solehah yang ade kat KISAS..takkan sama, never and ever dengan tempat2 lain...disitu jugalah hikmah Allah yang tersembunyi~



p/s: aku rase lega sekarang sebab dapat luahkan dekat sini..terima kasih!!

Read more...

Saturday, March 9, 2013

Fariz Izhan Abdul Hadi- siapakah???




Assalamualaikum...

Bersua lagi...eh sape Fariz Izhan Abdul Hadi ni? skandal baru? anak buah baru? adik baru? salah salah. semua salah.. 

Beliau merupakan pemegang Diploma Teknologi Animasi di Kolej Yayasan Melaka. No wonder la kan.. (dah bg clue ni)

Ape yang membuatkan aku menulis pasal beliau ni?? 
Ni bukan sambungan Bakal Suamiku Seorang Doktor (1) dan (2) ea..takde kaitan langsung ok..tak pasal-pasal masuk Melodi. (perasan)

Mula-mula aku nampak beliau ni kat wall Fb dengan lukisan-lukisan die.. Bagi aku memang sangat kagum la. Nak buat doodle pun terkial-kial inikan nak melukis dalam software, memang tak la kan.. Lukis bangunan guna autoCAD aku tahu la (tetibe jadi arkitek). 

Nie antara lukisan-lukisan beliau

dalam proses


Hasilnya.. TARAAAAA







Comel tak?? memang comel lukisan die secomel orang di dalam tu..sape tak kenal kan..




walaupun aku ni peminat cerita korea..tapi tak kenal pun dengan mamat ni..haha



^_^ nak autograph !!


tiba-tiba aku pick gambar ni..apakah???


suka sgt dgn gambar ni... 10 bintang!!!




ehem..yg ni aku request kt empunya badan suruh lukis..pandai2 la korang teka.




ini request yg ke-2..jangan jeles ok...sape boleh teka ni siapa???




Sebenarnya N.Z ade request jugak utk lukisan sendiri (*blushing2*)


i'm the simple one..kaifa halukum? anyyeonghaseyo!!!!


Mula-mula takut jugak la kene bayaran sampai berpuluh-puluh kan..but..you know what..its a FREE..di ulangi sekali lagi..tiada bayaran dikenakan.. memang saya appreciate sangat2 la.. Terima kasih, syukran, thank you, xie xie, kamsahamnida pada Fariz Izhan Abdul Hadi...

Lukisan awak memang terbaik! Kena asah bakat lagi supaya terus bersinar. Moga anda dapat manfaatkan kelebihan anda untuk agama, bangsa dan negara. Mungkin juga anda boleh berdakwah melalui lukisan-lukisan ni..ohsemm kan :D

Opss..lupe plak nak tunjuk tuannya..

inilah dia empunya nama.... Tahniahhh!!!



Bestnya dapat pegang scroll tu kan.. Last aku merasa masa tahun 2010.. Yang akan datang..inshaAllah akan merasa lagi.. Doakan N.Z ye..











p/s: agak2..nk tk die lukiskan cover utk novel to be N.Z nnt?hihi





Read more...
 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”