Saturday, December 1, 2012

Bakal suamiku seorang doktor???

Assalamualaikum....



"saya suka awak!"

terkulat-kulat aku melihat sesusuk tubuh yang mengucapkannya...aku pandang kiri kanan,depan dan belakang. Ternyata hanya aku dan dia sahaja yang berada di kaunter. Biar betul doktor ni, kena sampuk ke hape ni? Gumamku dalam hati. Takde angin takde ribut tiba-tiba je. Ni kes nak kenakan orang ke ape ni.

"err..doktor cakap dengan saya ke?"aku buat-buat tanya kerana tidak pulak aku nampak handphone di tangannya jika benar dia bercakap di telefon.

"yelah..dengan siapa lagi,ada orang lain lagi ke kat sini?" Dia memandang tepat wajahku. Aduhh..bisa buta mataku akibat panahan matanya.serammm

"saya suka dekat awak sejak awak masuk praktikal dekat wad ni lagi, saya rasa macam tenang je tengok muka awak walaupun awak ni takdelah cantik mane. Bila saya serabut dengan masalah patient, dan saya tengok awak, hati saya tenang" 
Amboii..puji..dalam mase yang same..arghh..ni yang rase nak keluarkan tali pinggang hitam. 
"En.Doktor Muhd Fairus, ketenangan tu takde kat wajah saya tapi Allah yang hadirkan perasaan tu pada hati En.Doktor." kata-kata itu hanya mampu tersekat di kerongkong. 

Aku pun buat muka blur. Tak dinafikan yang aku pun suke tengok doktor ni. Gatal kau! Yelah, dah la doktor,muda lagi,umur 24, kira jarak umur tu takdelah jauh sangat kan, bijak pulak tu,handsome, tapi handsome lagi la 2pm aku. Doktor ni boleh kate sejuk mata memandang la dengan cermin mata dan misai nipis yang ade kat muka dia tu. Kalau tambah songkok ke kopiah kat atas kepala dia tu complete la ciri-ciri idaman suami aku..hahaha..Sengal lah kau ni.

"saya tak paksa awak untuk menyukai saya tapi itulah yang saya rasa sekarang." ujarnya seperti takut-takut. 

Dalam hati aku ni rase nak tercabut dan menjerit. Nak je aku cakap. 
"saya pun suka kat doktor!" Tapi..relaks..cool..kau dekat wad ni. Ramai staff nurse,doktor, pesakit dan kawan-kawan kau. 

"so, doktor nak saya buat apa?" soalan yang tak berapa nak cerdik tu aku lontarkan padanya.

"saya nak awak jadi isteri saya.boleh?" Gulpp..mau tercekik aku.

"kak ika, bed 19 nak tukar pampers, tolong sekali ea?" Nabila memanggilku.

Fuhh..selamat. Dapat lepaskan diri. Sebelum kaki ku angkat untuk melangkah, dia bersuara lagi.
"fikir-fikirkanlah, saya tahu awak pun suke saya kan?" serta merta muka aku rase macam pakai blusher walaupun sebenarnya aku tak pakai pun. Lemah longlai rase lutut aku ni.

Patutlah selama ni dia asyik 'buli' aku je.. Kejap-kejap suruh aku assist dia buat dressing, ambilkan fail x-ray, ambilkan medical report, buat ECG. Padahal aku rase bersepah kot student lain mase tu yang dia boleh suruh.

Alah..kau pun suka kan sebenarnya bile die suruh buat tu..Erkk..tiba-tiba ade suara En.Nafsu..syuhh syuhh.. Istighfar Zulaikha! 


-----------------

Bila lalu je dekat kaunter depan tu mesti nampak muka doktor tu, doktor buat round kat katil pesakit pun nampak muka dia, aku keluar dari tandas pun nampak dia. Tapi bila dia cuti satu hari aku pulak yang gelisah. Apakah maksudnya itu?haisyhh..Parah.

Kadang bila bertembung, masing-masing pandang satu sama lain dan aku pun ape lagi jantung ni rasa macam nak pecah. Aku ni kan ade sifat pemalu. So,aku pun tunduklah.. :P 

"tundukkan pandangan!"seperti ade suara kasar yang menyuruh aku berbuat begitu

Tepat jam 12 tengahari mulalah rutinku sebagai jururawat pelatih dengan mengambil 'vital sign' pesakit. (untuk melihat perkembangan pesakit melalui suhu badan dan tekanan). Sehinggalah aku sampai di katil pesakit yang bernombor 24 dan kebetulan Doktor Fairus ada disitu! 

"kalau awak dah fikir masak-masak awak bagitau jawapannya pada saya."sambil menghulurkan sehelai kertas yang berisi nombor telefon. Lambat-lambat aku menyambut huluran kertas itu dan....

"Allahu Akbar Allahu Akbar!!!"
Tersentak aku dari tidur...cehh..mimpi rupanya! Kuang asam! Muka aku dah macam kerang busuk tersengih pagi-pagi buta sampai roommate aku pun pelik tengok aku senyum pagi-pagi..hahahaha




p/s:kalau betul2 kan best..;P  
Suami aku ustaz VS suami aku doktor..hahaha..ade sape2 nak beli novel aku?? (PERASAN)

15 ulasan:

biela bell said...

Hahahahahaha....
Terbaiklah leha...ada bakat kot nak jadi penulis novel..ko kumpul dulu idea2 ko..pastu nanti ko gabung..bukukan.buatlah novel...serius aku percaya kot citer ko nie tadi..ingatkan real..gaya bhasa pun sempoi..good2! Keep it up!

oshin kecik said...

mati-mati lah ingat betul hahaha memula cam tak caya gak tapi baca punya baca dah percaya...sekali tetap tertipu jugak...cissss

Iffah Afeefah said...

hahaha akak da mati2 caye

kunun2 adik kawen dlu kan

sweet je doc dlm mimpi tu

fizafantagirO said...

hihi..mimpi rupanya :p

salzzack said...

inshaAllah kalau dah jodoh anda telah tibe tak kira la dia seorg doktor @ ustaz akk hanya tumpang bahagia...:) mana tau dia sorg doktor yg blh menjadi ustaz untuk kita dirumah....<3

Sunah Sakura said...

ceittt...punya la feeling kita baca, siap nak susun kata bagi pesanan semoga bahagia, rupanya mimpi semata2... =.="

Tea said...

Susah dapat suami Doktor.. tapi kalau dah jodoh tu, syukurlah...

محمد رازيق said...

haha. nice. seronok baca. moga dapat suami yang baik

Hafizin Jamil said...

kena cari penerbit buku la kalau macam tu..haha

Shazwan Azizan - wanblur said...

kerja wad mana??? saya medical students la

dya bunga said...

haha..mana tahu mimpi tu jadi kenyataan..

محمد رازيق said...

hehe. saya suka gak ngadap cermin. cuma tak kerap.(entri cermin lepas)

محمد رازيق said...

singgah lagi. hehe.

Balkis Balqis said...

Why..

Balkis Balqis said...

Why susah?

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”