Monday, April 22, 2013

Panduan Solat bagi Orang Sakit

Assalamualaikum....


Semalam a.k.a hari Sabtu (maaflah kalau time korang bace harinya dah lepas..maklumlah dh duk lame sgt dlm draft kn)..aku dengan Wahida menjalankan rutin harian seperti biasa, ambil observation...

Ntah kenapa kaki aku ni laju je melangkah ke cubicle belakang sekali sambil menarik dinamap... Masuk je bilik tu aku dengar seorang patient ni tengah bukak ceramah.. Pasal jodoh...aishh..mawu melekat aku kat situ..tapi macam pernah dengar..sayang..dah habis..tettttt
......siaran tergendala......

Pastu dengar ceramah ustaz Kazim (main agak je) sebab macam kenal suara dia..pasal ibu bapa..rase nak menangis dan rindu kat mak ayah..sob3~ cengengkah aku???

tiba-tiba patient tu tanya.. 
"zulaikha orang mane?"
sambil melihat name tag di baju, aku memberitahu "saya orang perak.. encik orang mane?"
"orang melaka je"

"sepatutnya kan tugas nurse dengan doktor ni kene suruh patient solat di samping bagi perawatan." sambil memandang tepat ke arahku..

dalam hati..kenapa mesti pandang aku?tak pandang wahida?? why? why? 
sedarlah wahai Zulaikha.. ALLAH SEDANG MENEGURMU.. Allah Allah..betapa lalainya aku..terima kasih atas teguranMu Ya Allah..

mungkin melalui platform ini aku boleh menjadi daie nurse untuk mereka..doakan aku...

panjangnya mukadimah aku..hahaha..ok kembali ke pangkal jalan..sebab itulah tajuknya berkaitan dengan ape yang aku nak ceritakan nanti..

Banyak cara yang dianjurkan oleh islam untuk bersolat.. so takde alasan "aku sakit lah" "kaki kene balut" "tangan tak boleh kene air" 
Tak boleh kene air bertayamum lah  ^_^

Kalau pesakit tu tak boleh berdiri..memadailah baginya solat duduk iaitu duduk di atas kerusi / duduk bersimpuh gitu..kalau tak boleh juga, solat berbaring di atas katil, kalau tak boleh terlentang mengiringlah, tak boleh juga gunalah isyarat mata dan hati.. kalau tak boleh juga tak tahu la nak oyak gane pasai pe kalau isyarat mata tu pun dok leh nak buat mati le jawabnya kan..mintak maaf le kalau sentap..mmg itu kenyataannya..

Disini saya bukan cakap kosong..ada hadis sohih..
(Riwayat al-Bukhari) 

Rasulullah SAW bersabda "Hendaklah kamu menunaikan solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, maka lakukanlah dalam keadaan duduk. Dan sekiranya tidak mampu juga, tunaikanlah solat dalam keadaan berbaring."

PANDUAN SOLAT DUDUK

(1) duduk seperti dua sujud --> takbiratulihram beserta niat
(2)membaca al-Fatihah dan surah
(3) rukuk (tundukkan kepala sehingga dahi setentang dengan tempat sujud)
(4) iktidal (angkat kepala semula)
(5) sujud (jika mampu,hendaklah sujud di lantai seperti biasa)
(6) duduk antara 2 sujud/tasyahud awal
(7) tasyahud akhir



kalau ade lukisan lagi bagus kan..senang nak paham..takpe-takpe..nanti saya cuba usahakan..

semoga dapat apa yang saya nak sampaikan.. Islam itu tidak memberatkan malah menyenangkan..boleh solat walaupun dalam keadaan sakit..itu tandanya Allah sangat bersifat ar-Rahman dan ar-Rahim kepada hambanya




p/s: semoga aku dapat menjadi daie jururawat :D


3 ulasan:

kiera'sakura said...

semoga niat murni awak tercapai amin :)

biela bell said...

bagos2.. sebarkan ilmu..nice sharing leha ;)

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgusnya..

insyaALLAH niat murni..

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”