Saturday, November 26, 2011

Slot RESEPI 1: Ayam Goreng ala-ala KFC

Assalamualaikum...

Ingin menikmati KFC???  tetapi terasa MALAS nak membeli, nak JIMAT DUIT, malas nak keluar, dah pergi kedai KFC terasa nak beli satu kedai....
Adakah anda mempunyai perasaan sedemikian?.. Nahh, di sini N.Z ade menyediakan satu resepi yg ringkas dan  boleh diikuti oleh semua golongan.. Setelah mengodek2 blog akak Madiha ni maka terjumpalah satu resepi yg amat menarik sekali.. SELAMAT MENCUBA!!!

(A) Bahan utk perap ayam
  • 6-8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk) *nak lebihkan pun boleh
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
  • secubit baking powder
  • secubit serbuk perasa
(B) Bahan utk tepung
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras pulut
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
  • secubit baking powder
  • secubit serbuk perasa
Bahan tambahan
  • 1 biji telur
Cara-cara
  1. Perap ayam dengan bahan A selama 1 jam.
  2. Campurkan semua bahan2 utk tepung (B) di dalam bekas dan gaul sehingga rata.
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yg telah diperap ke dalam telur yg dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yg banyak hingga garing.
  6. Tos kan minyak dan SIAP utk dihidang!
cubaan pertama memang hodoh sikit..huhu..
P/s: aku bukan masterchef..

*tambahan- kalau N.Z nak cepat (tak nak perap2) letak serbuk tomyam(cube) then lada sulah pastu celup telur dan salut ngan tepung..lagi ringkas..ade rase2 tomyam sikit..hehe..yg penting, tepung tu yg best..selamat mencube ye..~_^

*nota kaki...gambar ni takdelah sehebat ayam KFC..tapi suka sgt dengan tepung tu..rangup.tak payah beli tepung kentucky dah lepas ni..hehe

Entry menarik:

Read more...

Wednesday, November 23, 2011

SEMANGAT BOLA???

Assalamualaikum...

Pastinya ramai yg akan membicarakan soal "BOLA". Perlawanan Malaysia menentang Indonesia masih hangat diperkatakan menerusi corong2 radio, laman sosial, media cetak mahupun media elektronik. Penulis juga tidak ketinggalan mengucapkan rasa Syukur padaNya kerana memberikan kesempatan kepada negara kita untuk menggenggam pingat emas bagi sukan SEA kali ini..Amin and Alhamdulillah...




Pada mulanya, takde lah minat sgt dgn bola ni. tak tahulah sejak bila mula meminati sukan bola ni. kalau dulu,ade siaran langsung bola kat TV mesti tukar channel lain. Sekarang, taw je ade siaran langsung perlawanan bola, mesti nak tgk.^______^




Bile da start minat ngan bola ni, tetibe teringat perilaku ku yg jahil..huhu (insaf)
Semalam, bila dapat taw yg Malaysia akan menentang Indonesia cepat2 pergi mandi. Kalau tak lepas maghrib baru mandi.huhu (teruk giler..jgn tiru aksi ini di rumah ye)

Bile dah dengar bang (azan) cepat2 solat sebab tak nak terlepas tgk perlawanan yg seterusnya. Kalau tak 7.30 baru nak maghrib..huhu (jgn tiru taw)

Bile dah tengok perlawanan bola, semangat nak sorak team Malaysia supaya menang (tapi takde lah jerit2). Cube kalau tengok Al-Quran interaktif,ade kau nak 'sorak' ?(maksudnye nak ikut ustaz tu bace)..huhu (jahilnye aku)

Bile tengok perlawanan bola, cepat2 berdoa supaya pemain dapat sumbatkan bola tu kat jaring lawan. Tapi kalau tgk kebuluran kat Somalia, peperangan kat Palestin, ade kau nak doakan utk diorg? (Alhamdulillah..nasib yg ni N.Z ade buat lepas solat) bukan nak bangga.

Bile tengok perlawanan bola, pemain yg cekap dlm menggelecek bola, menjaringkan bola semua dipuji2,kalau pemain tu tak dapat jaringkan bola atau buat ape2 kesilapan dlm perlawanan bola mesti kene kutuk kaw2. Tapi kalau org nak berubah ke arah kebaikan kau kutuk habis2."nak tunjuk alim la tu"   "tak yah jadi baik la", yg terang2 buat salah, kau biarkan je , siap kate "kita muda lagi". Patutnye yg berubah baik tu lah bagi semangat lagi kat die agar kekalkan perubahan tu.

Bile tengok perlawanan bola, sanggup cari profil pemain2 bola, upload gambar diorang ke henpon, tampal gambar2 diorang kat bilik, ikut stail pemain bola tu. Tapi, profil Nabi MUhammad ade kau upload? Ade kau tampal surah2 kat bilik kau? Ade kau ikut sunnah Nabi? (nasib tak pernah tampal gambar ape2 kat bilik.macam bilik mayat.heee)

Bile tengok perlawanan bola, kalau ade yg bakar bendera negara kita atau maki2 mesti kita naik angin dan rase nak marah. Tapi, bila ade org yg pijak2 quran, melontarkan kata2 kesat kepada Nabi kau buat dunno je.

Sebenarnya banyak lagi lah kalau nak dikaitkan dgn bola ni. Tapi harus diingat, saya cume menganalogikan bola ni dengan sesuatu perkara yg jarang diri sendiri/kita buat. Bile tgk bola semalam, baru perasan kejahilan diri sendiri.huhuhu. Kepada peminat sukan bola, jangan marah ek, saya cume nak kaitkan dgn bola sebab saya tgh addict bola buat mase ini.




p/s: pesanan buat diri sendiri yg sering kali terleka.

pstt...TAHNIAH Harimau Malaya kerana mengaharumkan nama Malaysia. Moga akan lahir lagi khalifah2 yg akan mengharumkan nama ISLAM.



Read more...

Sunday, November 13, 2011

Aku & INFLUENZA A...hahaha

Assalamualaikum.....

Di harap *antum semua dalam keadaan baik-baik sahaja... Ade sesape yg rase nak demam pagi ni? cepat-cepat makan ubat dan minum air masak secukupnya okeyh..

Agak lame juge N.Z menyepi,bukan bawak diri taw.. Sibuk dgn Qurban (padahal bukan kau pun yg berqurban) hehe...tup-tup hari Selasa pagi tu (8 Nov) rase mcm nak demam, tapi biar lah,kejap lagi ok lah tu.kataku di dalam hati..malam tu pulak tetibe suhu naik ke 39.7, tak boleh jadi ni,kene pergi klinik jugak ni.

OK..da settle beli ubat kat klinik semua tu,ape lagi makan la kan..makanmakanmakan...lepastu rase ngantuk, po lae tidoq la.. 
"awat panas semacam ni".aku bermonolog sendirian.Saya cube juge melelapkan mata hingga ke pagi esoknya.

Pagi esoknya...Nampaknya aku kene gagahkan jua la nak jage budak ni..waktu itu jam baru menunjukkan pukul 7.25 pg.. Ku lihat keadaan sekeliling seperti mahu diterbangkan oleh angin.. Lalu, diri ini mencapai beberapa buah bantal dan...zZzZzZzZ

9.20 pg tersedar setelah Amani membuat bising (dah bangun la tu tandanya).. check kat dahi..awat panas lagi ni...amek 'temperature'..tetttttt..40.2..fuyoooo..boleh goreng telur ni<-- hiperbola... Nak tak nak, terpakse jualah diri ini memberikan sarapan kepada Amani..

"Amani,cik tak larat ni,jangan nakal-nakal ye" kataku kepada si kecil itu. 

Selesai bersarapan,aku menghantar SMS kepada kakak ku agar memandikan anaknya kerana aku tak larat nak dukung ke bilik air,rase mcm nak terbang ke planet Zuhal. 

Dari masa ke semasa aku check suhu..38.8,39.4,38.1..itu je lah walaupun ntah bape botol air badak aku dah balun. bape kali ulang alik pi toilet,rase nak wat camp kat situ je.. Sehinggalah pada suatu petang yg damai lagi memilukan hati yg sejuk ini... kakak ku mengusulkan agar pergi berjumpa doktor. Lantas ku capai beberapa not duit, sekeping kad pengenalan dan menyarung tudung..

[proses check mengecheck]..
"aiyooo suhu 42.5..tinggi manyak ni". kata Dr.Khoo..
"kite kene kasi awk buat blood test ngn urin la utk kepastian ye" tambahnya lagi..awk nak masuk wad atau rawat saja di rumah?
aku meminta 10 minit utk berbincang....
potpetpotpetblablablabla..
"Dr.... masuk wad la"aku bersuara setelah 10 minit berlalu.
"ok..nurse amek darah dan bla bla........"

[proses pengambilan darah dan air kencing]
Setelah 20 minit berlalu..inilah keputusannya..




Maka, bermulalah kisah ku di ward 79 A Hospital Columbia Asia Taiping....




Okeyh..ade yg konfius sebenarnya pasal Influenza A ni..
"kau kene H1N1 ke? mcm mane blh kene?" itulah antara persoalan2 yg aku sendiri tak mampu nak jawab... Setelah membuat satu temubual bersama nurse yg merawat..cewahhhh...nurse tu kate..Influenza A ni bnyk jenis..antara yg femes tu la..H1N1..kes saya nie cume flu biase tapi bahaya jugak dan berjangkit..

kena pakai mask..


nampak tak darah tu?hihi...aktif sgt,tu yg darah keluar..


ni la rupa jarum tu yg sebenar...bukan jarum pun sebenranya..ia salur tiub yg menyalurkan air/makanan yg berbentuk cecair ke dlm tubuh badan kita..



p/s:terima kasih pada SAHABAT2 yg mendoakan kesembuhan diri ini..
jage diri ye semua...mase nie la nak minum air banyak2..^_^..

*winkwink*aku jatuh cinta medik~

*kamu(ramai)




Entry bestt


Read more...
 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”