Saturday, December 13, 2014

TUNE TALK TONE EXCEL : menjana pendapatan anda !!

Assalamualaikum.. 

lame betul tak update blog..kekangan masa nak taip lama2, nak review blogger lain..macam2 lagi la..tambahan pula nak final year dah..ofcourse banyak bende nak kene settle kan..

hokayy..tak mau membebel lelame sebab nanti ade yang tekan butang close pulak..opss..

okayhh..isu kali ni NZ nak kenalkan satu program rujukan yang dibawa oleh syarikat tune talk iaitu TONE EXCEL..

mungkin ada yang pernah dengar dan ade juga yang tak tahu.. ape itu tone excel? ni kakak habaq ni..Tone Excel adalah sebuah simkad yang mampu mengubah hidup anda...kenapa? apa keistimewaannya?

simkad TONE EXCEL ni berfungsi seperti simkad2 lain..boleh call..sms.. dan internet TETAPI apa yang menariknya adalah simkad ini mampu menjana pendapatan..Haa???? biar betik?? bukan setakat betik dah tembikai pun boleh (merapu sudah)

OK..sebelum tu, NZ mahu buka minda anda semua.. korang pakai telco ape ye? selama korang pakai telco yang korang pakai tu pernah dapat benefit macam dalam gambar ni tak?


mana nak dapat benefit macam ni kan.hanya melalui penggunaan telefon je..NZ yakin dan pasti bahawa kebanyakan rakyat Malaysia gunakan henpon..tetapi adakah henpon korang sebagai satu ASET atau TANGGUNGAN?

jadikan henpon anda sebagai aset anda kerana melalui henpon sahaja anda boleh bergelar jutawan..

dan paling JIMAT sekali adalah setiap kali kita topup..kita akan diberikan kredit PERCUMA setiap kali TOPUP..sangat2 berbaloi la katakan..


melalui simkad yang ada dalam henpon ni juga boleh dapat komisen taw..macam mane tu?? tengok video ni untuk lebih lanjut..yang ingin jadi jutawan dinasihatkan untuk tengok video ni..





jadi..ape tunggu lagi..jom daftar bersama saya di bisnesjayauia dan nikmati kelebihan yang ada serta peluang untuk menjana pendapatan harian tanpa mengira sekatan..

p/s: special coaching dan consultant akn diberikan secara PERCUMA jika anda mendaftar di rangkaian saya ini :)

zulaikha (0132754663-whatsapp)


#kiterbuatbisnesnipulak#untungberkali-kali




Read more...

Thursday, March 6, 2014

Alkisah lobak merah, telur dan biji kopi..



Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim yg beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi biji kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?

Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kasaandan dan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?

Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah anda?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.

Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.

kopi campur pasta#

ucapan setinggi penghargaan buat saudara Ahmad Izzat Halim atas perkongsian cerita ini..sarat dengan pengajaran dan analogi sekaligus memotivasikan diri :)
(dh mcm buat kesimpulan karangan..haha)

p/s: lame menyepikan diri atas tugas2 praktikal..start praktikal dekat klinik..new posting#new experience#

Read more...
 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”