Sunday, July 21, 2013

Cinta Luar Biasa

Assalamualaikum.....


Entry kali ni maybe membuatkan anda muntah hijau biru ke kuning atau merah barangkali.. (macam rumah sukan pulak) Bersiap sedialah pergi klinik =)


Apakah cinta luar biasa?

Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta.

Demi cinta, sanggup buang keluarga dan tinggal sekedudukan dengan si dia. Luar biasa!

Demi cinta, bayi sanggup digugurkan dan dikisar dalam pengisar. Luar biasa!

Demi cinta, sanggup menelan racun dan terjun bangunan. Luar biasa!

(petikan cinta High Class by Fatimah Syarha & Dr.Farhan Hadi)

Begitu hebat penangan cinta manusia bukan..

perasaan cinta itu fitrah namun bukan di turuti tapi di urus..Setiap manusia ingin dicintai dan menyintai begitu juga dengan diri ini..

Mungkin fenomena sekarang ni ramai yang kahwin muda, jadi tak hairanlah kalau rata-ratanya membincangkan soal jodoh dan pasangan. (aku pun teruja kott).. Semua menginginkan merasai alam perkahwinan kerana disitulah terdapatnya apabila yang Haram menjadi Halal.

Tapi, sudah bersediakah kita ke arah itu? Mempersiapkan diri dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku? Menguruskan rumah tangga, menguruskan suami, menguruskan anak-anak, menguruskan diri sendiri sekiranya bekerja/belajar, menguruskan rasa marah, cemburu, dan curiga pada pasangan.. Cukup bersediakah kita? Sekiranya perkahwinan hanya untuk cuba-cuba kelak diri yang merana kerana cuba-cuba untuk disakiti.


Maka ramailah yg menganggap 'couple', 'teman tapi mesra' itu sesuai diaplikasikan sebagai wadah untuk mengenal hati budi pasangan masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Konsep islam disempitkan dengan anasir-anasir jahat.. Islam juga menggalakkan pasangan yang ingin bernikah berkenal-kenalan tetapi dengan cara terhormat bukan cara terlarang seperti couple.

pesanan al-Imam Hassan al-Banna
"walaupun seorg lelaki/wanita mendampingi pasangannya 20thn sekalipun tetap dia tidak akan mengenalinya. Ini kerana ia akan cuba menyembunyikan keaibannya (zahir&batin). Selepas berkahwin, barulah keaiban tersembunyi itu akan terserlah"

(Hadis al-Sulasa')
*petikan Cinta High Class*

Aku juga pernah merasai alam remaja. Ya..ingin diberi perhatian oleh sang jejaka menambat hati. Pernah 'berkawan-kawan' selama beberapa tahun walaupun tiada sebarang declare.. Perasaannya lain benar sekiranya dibandingkan berkawan dengan sejantina. Waktu itu, aku mula berjinak-jinak untuk mengenali kawan yang berlainan jantina.

Si dia sangat mengambil berat, selalu bertanyakan pasal pelajaran, mengingatkan aku tentang itu dan ini walaupun tidak pernah bersua, hanya sms medium kami 'bertemu'.

AllahuAkbar! sungguh jauh sekali aku tersasar di jalanMu.

Semakin aku meningkat dewasa, banyak yang aku pelajari dari sekeliling. Merana, meraung, murung, menangis, tak lalu makan, kusut dan macam-macam lagilah disebabkan putus cinta. (mujur aku yg single-mingle ni lalu makan..haha..makann~) Bagaimana agaknya sekiranya kita putus cinta dengan Allah???

Aku selalu menasihatkan si dia untuk berpuasa isnin khamis, mengejutkan tahajud, memberinya kata-kata semangat sekiranya jatuh.. Allah..nampak islamik tapi sebenarnya jalan penuh hasutan syaitan yang sakan bergelak ketawa. Jahilnya aku..Ya..itulah istilah 'berkawan-kawan'..

Walaupun aku tidak pernah bercouple, tetapi istilah yang aku ciptakan untuk si dia adalah berkawan-kawan tetap mengundang syaitan untuk bergembira kerana mangsa akan memasuki perangkapnya. Mujur aku dikurniakan sahabat2 yang solehah yang sentiasa memberikan teguran. Post-post yang menyedarkan aku. Nasihat-nasihat yang membaiki diri. Allahu Rabbi..besarnya Kasih SayangMu..

Kini, aku mula menyedari..soal jodoh itu adalah rahsia Allah..setiap manusia diciptakan dengan jodoh masing-masing. Cepat atau lambat itu bergantung pada ketentuanNya. Yang penting berusaha untuk mendapatkan jodoh itu.

Tapi bagaimana?? "jadikan dirimu sesolehah mungkin sekiranya ingin mendapatkan yang Soleh". 

Ya..sekiranya aku ingin mendapatkan seorang imam untuk menjadi suamiku, aku harus berlatih menjadi makmum di belakangnya.. Jika aku ingin punya suami yang bertanggungjawab, aku harus bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas harianku.

Maafkan aku wahai 'Adam' sekiranya 'Hawamu' ini banyak membuatkan hatimu mulai goyah dan imanmu mulai rapuh akibat kelembutan yang dianugerahkan tetapi disalahgunakan.

Last but not least, aku harap pembaca dapat input ape yang aku nak sampaikan.. aku tahu, aku pun bukan baik sangat. Tapi kita kenelah berusaha untuk jadi baik kan..sempena BUlan Ramadhan ni, cuba untuk ubah sikap negatif yang ade dalam diri..tanamkan sifat positif..cakap memang senang,nak buat? seriously, cakap dan buat....sampai bila nak berada di takuk lama..betul tak???

Maaf andai entry ni ade yang mengguris mana2 pihak..sekadar nasihat dari seorang hamba yg hina..



Berhenti mencari imam jika diri tak bersedia menjadi makmum!!!



p/s: dpt walimah lagi dr seorg shbt... :)..ramai kwn aku yg dh kawen rupenya..

p/s: esok turn aku pulak teman ustaz imam terawih moreh..aishhh..perasaan apakah ini

















5 ulasan:

Belladeone said...

banyak sangat defini cintanya... =)
betul,cinta Allah dan Rasul itu yang UTAMA

AiSyA LiEzA said...

ohoh! itulah cinta y memusnahkan diri.. hurm.. apa y pntg raih cinta dan redha dariNya insyaAllah cinta lain akn menyusul =)

kiera'sakura said...

nak berumah tangga memang kena sediakan fizikal dan mental. sebab kita akan berkehidupan dengan seorang yang berbeza dari diri sendiri. banyak benda yang perlu dikorban, dikongsi dan dihormati. sebelum memulakan langkah, berdoa sebanyaknya. insyaAllah kemanisan akan dirasai ;)

nuyui a.k.a miss YUI said...

byk tp biar yg baik2 maknanya kan..

jai said...

cinta itu mahal

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”