Wednesday, November 28, 2012

I.K.H.L.A.S kah hati???

Assalamualaikum...


Hampir sebulan aku praktikal di wad a.k.a Hospital Melaka..macam2 ragam pesakit yang aku lihat..rasa kelakar jugak bile tengok patient ni..sekurang2 nya terubat sikit dan jadi hiburan la utk nurse2 yg 'tension' kat wad tu.... (hai..mengeluh ke??)

Pada mulanya memang agak sukar utk aku terima kenyataan yang aku akan bergelar staff nurse a.k.a jururawat terlatih suatu hari nanti...(sekarang jururawat pelatih) Namun, itulah pahit yang harus aku telan sepanjang tempoh kursus..yelah..budak baru belajar,biasalah kene herdik,kene maki, kene macam2 lagi lah...(sabar je lah)

Lama jugak utk aku terima kenyataan ni tapi aku sentiasa berfikir positif..adanya sahabat2 yg sentiasa menyokong dalam kerjaya yg aku ceburi ini walaupun sebenarnya jauh dari landasan..terima kasih sahabat2..pernah beberapa kali aku menangis dan aku terasa ingin berhenti daripada kursus ini namun Allah Maha Tahu apa yg tersurat.. Dia titipkan satu ujian buat aku dengan begitu dan berhikmah agar aku dapat menilai sejauh mana kasih sayangNya kepada hambaNya..semakin lama semakin aku menyukai pekerjaan ini..

"terima kasih nak..semoga anak mendapat balasan yg baik"..itulah yang sering aku dengar acap kali aku membersihkan B.O, P.U dan katil mereka (bowel open=berak, puss urine=kencing)..motivasi itulah yg sering aku sematkan dalam hati agar terus menyintai apa yg sedang aku kerjakan..
"pekerjaan misi ni terlalu mulia kerana kita membantu org"

Ya..aku cuba utk ikhlaskan hati ini utk membantu mereka sedaya yg termampu..(kadang2 geram jgk dengan patient yg mengada-ngada)...walaupun kita rasa jengkel,marah,geram dan sebagainya sebagai seorg jururawat wajah itu tidak harus ditunjukkan kepada mereka kerana itulah etika kami (moga ianya terus istiqomah)..pernah sekali aku merasa geram dengan seorang makcik ni...makcik ni suruh kami tukar pampers die..kami pun tukar lah..yg geramnya dia sendiri tak nak bantu diri sendiri utk angkat punggung..mcm mane kami nk tukar pampers.."makcik tak larat"..itulah ayat yg sering dikeluarkan setiap kali kami menyuruh makcik tersebut mengangkat punggung..dengan wajah yang tertahan (mane taknya..masuk je keje pukul 6.45 pg tu dah cuci berak org..Allah Allah..SABARRRRR)...aku cuba neutral hati..(ikutkan hati..lantak kau lah makcik!!!) 

Ternyata malaikat itu sentiasa disisi yg sentiasa mencatit setiap perbuatan..
Dengan wajah yg terpaksa dibuat2 sambil tersenyum..
"makcik boleh buat..fikirkan boleh..Malaysia boleh!!" (saje aku nak melawak jap dgn mokcik tu)
Boleh pun sebenarnya cuma makcik2 ni kene bagi motivasi dan perangsang sikit..

Kadang2 bila rase nak buat jahat tu aku ingat balik..kalaulah mak aku,ayah aku,adik aku,kakak aku atau abang aku yg terlantar atas katil tu sanggup ke aku lihat org lain buat mcm tu kat ahli keluarga aku..tak jadi aku nak buat jahat..(kadang2 bila makcik2 ni panggil, aku laju je jalan) So,setiap kali makcik2 ni panggil aku cuba ikhlaskan hati ni nak buat...susah jgak kan 'ikhlas' ni..tapi kenapa mudah kita mengucapkan "aku ikhlas ni bagi kat kau"..adakah ianya semudah kata-kata? 



p/s: hari ni naik lif same2 dgn Dr.Muhd Fairus... :P

Read more...

Friday, November 23, 2012

Kebergantungan K.I.T.A

Assalamualaikum...

Lama sudah rasanya tidak menaip..kekangan yang dialami membataskan jari jemariku untuk menari di atas papan laptop..mungkin kerana kemalasanku sendiri dan kesibukan yang melanda..yelah, mana tidaknya balik sahaja dari wad terus rebah di katil..hahaha (sudah cukup sudah) kang intro sahaja mahu satu entry..

Kenapa dengan kebergantungan K.I.T.A ??? kenapa perlu K.I.T.A?? kenapa??why??limaza??wei she ma?? yelahh..KITA semua..KITA semua kan makhluk Allah..bukan saya, bukan awak, bukan anda TAPI KITA...am i right??

Baru-baru ni N.Z dikejutkan dengan berita kematian ayah kepada rakan sebilik N.Z..memang sangat2 terkejut...mujurlah waktu tu dah habis final exam.saya sendiri tak dapat bayangkan bagaimana perasaan die ketika itu..

(Jumaat..9mlm)
Pada mulanya ayahnya dimasukkan ke wad kerana menghidapi demam kencing tikus..lama kelamaan penyakitnya menjadi serius dan terpaksa berpindah ke hospital Tengku Zahirah (terengganu).. pukul 2 pagi die kejutkan saya untuk berjumpa dengan ketua asrama..nak mintak balik daripada warden, warden tak benarkan..boleh pulak cakap.. "kalau awak balik pun bukannya awak boleh buat ape2 pun"... Ya Allah....hati apakah ini..mmglah tak boleh nak buat apa2..sekurang-kurangnnya hilang rasa terkilan dan dapat tengok dan bacekan Yassin utk AYAH sendiri...ini tidak...Astaghfirullah..terkedu rasanya..

(Sabtu..7pg)
Ana(kwn bilik) suruh N.Z temankan die balik..die tekad nak balik jugak..pergilah Melaka Sentral nak cari tiket ke Kuala Terengganu.. Allahu Akbar...SEMUA tiket dah habis..yelah cuti Deepavali..habis la..jenuh kami pusing satu MC tu..sehinggakan ana merayu-rayu dgn akk kaunter tiket tu nak balik..duduk dekat tangga pun oklah..saya rasa kasihan sgt2..mujurlah selepas beberapa minit..akk kaunter tu panggil.
"dik..ade driver kate ade kosong lagi..pergilah naik"
Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yg kami tidak ketahui..pulanglah ana ke kampung halaman melihat ayahnya yg sakit..

(Sabtu..11.30 mlm)
(mesej masuk) "akak..ayah ana dah takde".. Allahhh..rasa nak tercabut jantung ni bile bace mesej tu...Allah..kuatkan semangatnya..peliharalah dia..tak henti2 saya bermunajat..kasihan..pada usia yg begitu muda sudah menjadi yatim..bagaimana dengan nasib adik2nya dan ibunya..bagaimana agaknya kalau perkara sebegini berlaku pada saya..tak tergambar rasanya..betapa sedihnya saya..semoga tabah Ana Fatihah Shuhada...

saya sendiri mendengar ceritanya sudah membuatkan saya mengalirkan air mata..dengan adik2 yg masih kecil..ibu yang tidak mempunyai pekerjaan.."secepat ini ayah pergi tinggalkan ana"..itulah yg sering saya dengar dari rintihan hatinya..saya berfikir dan terkenang kembali..sebenarnya kita ini hanya perlu bergantung pada Allah..kita bergantung pada manusia..dia akan pergi..sejauh mane kebergantungan kita pada manusia makin rapuh kebergantungan kita pada Allah..kenapa saya berkata begitu..kerana kita meletakkan 100% pada manusia..tidak salah kalau mahu bergantung pada manusia tapi harus berpada-pada..

Kebanyakan masyarakat kita sekarang kalau nak yang elok sikit pergi jumpa bomoh..bukankah itu namanya bergantung pada manusia juga? nak masuk ke dalam sesuatu institusi gunakan 'saluran' (cable) untuk terus masuk..adilkah begitu??mana kebergantungan kita kepada Allah??


p/s: Al-Fatihah buat arwah ayah ana fatihah shuhada..semoga dikau tabah dlm menjalani hari-hari yg mendatang..



:.kalau saya nak seorg doktor yg menjaga sepanjang hayat saya boleh tak :P  .:






Read more...
 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”