Saturday, September 7, 2013

Cara Minum yg betul dan Sunnah

Assalamualaikum...



Lame betul blog ni bersawang ye.. Di kesempatan yang ade ni nak share satu info sikit. Mungkin ade yang dah tahu. takpe..takpe..takpe..bace je ^__^


pernah tak korang minum air sepuas-puasnya?kalau boleh satu botol tu habis terus dalam mase beberapa saat je.. pernah?? ok..next time jangan buat macam tu taw..sebenarnya tak elok untuk kesihatan especially..

N.Z nak kongsikan cara minum yang di ajar oleh Rasulullah.

1- TIDAK MINUM SEKALIGUS

mksdnye tak tuang habis dalam mulut. senang cite macam tuang air dalam sinki la ibaratnya.Dalam anatomi badan kite ni terdapat berbagai-bagai proses. Sekiranya air yang diminum itu turun secara berperingkat iaitu sedikit demi sedikit pertentangan terhadap proses tersebut tidak akan berlaku  dan tidak akan melemahkan keadaan hati.


2- BERNAFAS 3 KALI SEMASA MINUM

Anas bin Malik mengkhabarkan: "Rasulullah biasa bernafas 3 kali ketika minum." Sabda baginda: "cara ini lebih memuaskan, lebih sedap dan lebih sihat."  [Riwayat Ahmad]
 
mksdnya kat sini, bernafas di luar ketika minum..ambil masa untuk minum BUKAN bernafas ketika minum..minum..bernafas..minum..bernafas..minum..bernafas



3- TIDAK MENIUP ATAU BERNAFAS PADA AIR YANG DIMINUM

"Rasulullah melarang meniup air dan bernafas dalam air minuman."
 [Riwayat al-Tirmizi]

kite tiup kan guna mulut, mulut kite kan ade bau (menipu kalau tak bau, yang makan tiap-tiap hari tu mende?org berpuasa pun mulut berbau).. So, nanti kite minum balik ape yang kite tiup tadi tu..



4- TIDAK MINUM DALAM BEKAS SUMBING

Daripada Abu Said al-Khudri bahawa beliau mengkhabarkan : "Rasulullah melarang minum dari cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minuman." [Riwayat Abu Daud]

boleh jadi bahagian yang sumbing tu akan mencederakan mulut kite ketika kite minum.


5- SENTIASA MENUTUP BEKAS MINUMAN

Daripada Jabir bin Abdullah, beliau mengkhabarkan : "aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "tutuplah bejana dan tutuplah tempat minum kerana dalam setahun ada satu malam dimana wabak penyakit turun. Setiap kali wabak itu melalui bejana yang tidak tertutup atau tempat minum yang tidak tertutup pasti ia akan menjatuhkan sesuatu penyakit di tempat tersebut." [Riwayat Muslim]

manelah tahu kan tiba-tiba cicak tu saje nak terjunkan diri dalam bekas minuman yang tak bertutup..saje nak test buat terjun berirama..kui3..thats why kene tutup minuman..


gambar ihsan dr en.google



*sumber : Solusi isu 59*

Rasanya setakat itu dulu perkongsian kite..kalau ade ape2 yang terbaru sharing2 la ye..moga amalkan ^___^








p/s: mood balik kampung nak habis tak lame lagi..kene blk kolej..arghhh






5 ulasan:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ok trima ksh utk info ni.

balqyys jasni said...

salam:) sudilah visit blog saya:)
http://balqisjasni.blogspot.com/

tq for the info :)

kiera'sakura said...

Mmg kalau teguk sekaligus x puas rasa minum kn

Sya_Merpati Putih 88 said...

terima kasih sebab berkongsi info nie...sangat bermanfaat... :)

nae nematoda said...

yg nom 5 tu , jarang buat...hehe , selalu kalau buat air , tak akan tutup , sebab nak cepat sejuk...biar haba keluar cepat sikit...hehe

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”