Monday, April 22, 2013

Panduan Solat bagi Orang Sakit

Assalamualaikum....

Semalam a.k.a hari Sabtu (maaflah kalau time korang bace harinya dah lepas..maklumlah dh duk lame sgt dlm draft kn)..aku dengan Wahida menjalankan rutin harian seperti biasa, ambil observation...

Ntah kenapa kaki aku ni laju je melangkah ke cubicle belakang sekali sambil menarik dinamap... Masuk je bilik tu aku dengar seorang patient ni tengah bukak ceramah.. Pasal jodoh...aishh..mawu melekat aku kat situ..tapi macam pernah dengar..sayang..dah habis..tettttt
......siaran tergendala......

Pastu dengar ceramah ustaz Kazim (main agak je) sebab macam kenal suara dia..pasal ibu bapa..rase nak menangis dan rindu kat mak ayah..sob3~ cengengkah aku???

tiba-tiba patient tu tanya.. 
"zulaikha orang mane?"
sambil melihat name tag di baju, aku memberitahu "saya orang perak.. encik orang mane?"
"orang melaka je"

"sepatutnya kan tugas nurse dengan doktor ni kene suruh patient solat di samping bagi perawatan." sambil memandang tepat ke arahku..

dalam hati..kenapa mesti pandang aku?tak pandang wahida?? why? why? 
sedarlah wahai Zulaikha.. ALLAH SEDANG MENEGURMU.. Allah Allah..betapa lalainya aku..terima kasih atas teguranMu Ya Allah..

mungkin melalui platform ini aku boleh menjadi daie nurse untuk mereka..doakan aku...

panjangnya mukadimah aku..hahaha..ok kembali ke pangkal jalan..sebab itulah tajuknya berkaitan dengan ape yang aku nak ceritakan nanti..

Banyak cara yang dianjurkan oleh islam untuk bersolat.. so takde alasan "aku sakit lah" "kaki kene balut" "tangan tak boleh kene air" 
Tak boleh kene air bertayamum lah  ^_^

Kalau pesakit tu tak boleh berdiri..memadailah baginya solat duduk iaitu duduk di atas kerusi / duduk bersimpuh gitu..kalau tak boleh juga, solat berbaring di atas katil, kalau tak boleh terlentang mengiringlah, tak boleh juga gunalah isyarat mata dan hati.. kalau tak boleh juga tak tahu la nak oyak gane pasai pe kalau isyarat mata tu pun dok leh nak buat mati le jawabnya kan..mintak maaf le kalau sentap..mmg itu kenyataannya..

Disini saya bukan cakap kosong..ada hadis sohih..
(Riwayat al-Bukhari) 

Rasulullah SAW bersabda "Hendaklah kamu menunaikan solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, maka lakukanlah dalam keadaan duduk. Dan sekiranya tidak mampu juga, tunaikanlah solat dalam keadaan berbaring."

PANDUAN SOLAT DUDUK

(1) duduk seperti dua sujud --> takbiratulihram beserta niat
(2)membaca al-Fatihah dan surah
(3) rukuk (tundukkan kepala sehingga dahi setentang dengan tempat sujud)
(4) iktidal (angkat kepala semula)
(5) sujud (jika mampu,hendaklah sujud di lantai seperti biasa)
(6) duduk antara 2 sujud/tasyahud awal
(7) tasyahud akhir



kalau ade lukisan lagi bagus kan..senang nak paham..takpe-takpe..nanti saya cuba usahakan..

semoga dapat apa yang saya nak sampaikan.. Islam itu tidak memberatkan malah menyenangkan..boleh solat walaupun dalam keadaan sakit..itu tandanya Allah sangat bersifat ar-Rahman dan ar-Rahim kepada hambanya




p/s: semoga aku dapat menjadi daie jururawat :D



Read more...

Friday, April 19, 2013

"Segmen : Team Follow Back By Mira"

Assalamualaikum...



klik banner utk join


Hari nie teringin nak join segmen setelah lame menyepikan diri dalam dunia blog..cewahh..bajet artis lah.. (tp mmg aku artis bagi pesakit2 aku) hik3

Ok.kembali kepada topik asal..Ini merupakan segmen yang aku join untuk tahun ni..see..berapa lama aku menyepi..kui3..

syarat2 penyertaan pun tak susah mane..saya berjaya laksanakan kesemua syarat tersebut





Dan yang ini

Saya join ni sebab dah lame tak bersegmen dan memenuhi tuntutan masa lapang (lapang la sangat kan) serta menambahkan kenalan... ^_^


Terima kasih Mira sebab buat segmen..





nak tag dekat Fariz


p/s : mood bersegmen malam ni

Read more...

Thursday, April 18, 2013

Mencari Sinar

Assalamualaikum...

Semoga Hari Khamis ini hari yang bermakna buat semua.. Baru-baru ini (tp takde la baru sgt). Kiranya dalam bulan ni jugak la, ade seorang kenalan tanya bagaimana saya boleh berubah?

Keningku berkeriut cuba menafsirkan maksud yang hendak disampaikan. "maksud saya macam mana awk boleh berubah nak pakai tudung labuh?" Owh..barulah aku faham..aku cermin diri aku semula. Buat-buat pandang cermin padahal takde cermin pun depan mata..

Aku rase aku pakai tudung biasa je,bukanlah labuh macam seorang ustazah. Maybe dia pernah nampak aku pakai mase pergi kuliah tahun lepas kot.. (mak aih, bpe lame punya cite daa)..tp memang aku perasan yang tudung aku 'labuh sedikit' berbanding sebelum ni..

You know what, Allah itu Maha Kaya..tersangat kaya..Dia campakkan aku ke dunia baru untuk aku mengenal dan mencari makna hidup sebenar..Sujud syukur padanya.. Ya..satu dunia asing bagiku walaupun sebelum ni aku pernah juga mengalami suasana seperti itu cuma kesannya belum cukup mendalam dalam diri ini..jahilnya aku pada masa itu..

Sebelum ni pun aku bersekolah di sekolah agama..dari tingkatan satu hinggalah tingkatan lima..aku tahu hukum hakam tetapi aku kurang laksanakan..itulah mujahadah dan aku gagal laksanakan..terasa sangat berdosa tetapi aku biarkan seperti angin lalu..betapa teruknya aku! Kadang aku termalu dengan rakanku sendiri, begitu patuh menjaga aurat tatkala di luar rumah hatta menyidai pakaian di luar rumah..sangat kagum..aku?? memang tak la..itulah jahilnya aku dahulu

Sehinggalah Allah hantarkan aku ke sebuah daerah yang lagi asing iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah..aku mengenalinya kerana Ustaz ku pernah bersekolah di sana..sekolah hebat katanya..aku seperti tidak percaya kerana aku 'berjaya' melepasi sekolah itu kerana result aku pun bukan gempak macam budak2 kat sane..yang masuk situ semua ada 9A dalam tangan.. A aku? boleh kire dengan jari kut.. 

Dari situ aku mulai mencari jati diri sebenar..sebagai seorang islam walaupun aku memang islam semenjak dalam rahim ibu lagi..banyak yang aku pelajari dan perbaiki diri..memang sangat manis..banyak mutiara-mutiara berharga di sana yang dapat aku kutip..dari saat aku membuka mata sehinggalah aku menutup mata dan begitulah rutin seharian..sangat2 selesa walaupun dahulu hatiku memberontak ingin pulang..takkan aku lupakan saat itu sehinggalah satu perubahan bermula dalam hidupku.

aku terasa ingin berubah sewaktu aku melihat seorang sahabat yang sangat aku kagumi..dialah pencetus semangatku..mungkin jua ianya hidayah dari Allah yang dihantarkan melalui pandangan mata hati..

dan suatu ketika...

"nak pergi mana tu?siap bertudung bagai,tak cakap dengan mak pun nak keluar"

"nak pegi jemur kain mak" sambil meluru keluar sebab malu. aku lihat ada riak gembira dalam wajah ibuku walaupun rautnya tidak ditunjukkan..

satu perubahan demi satu perubahan aku lakukan..aku cuba dengan sedaya mampu..ya..istiqomah itu penting! aku akan cuba kekalkan apa yang ada pada  diri aku sekarang dan top up mana2 yang kurang..aku juga insan biasa yang kadang-kadang terleka..

kini, bila aku berada di daerah lain pula aku merindukan 'mutiara-mutiara' itu..tempat yang menjadi sejarah dalam hidupku..sahabat-sahabat yang memahami, saling mengingati, sentiasa bersama susah dan senang.. Ya Allah betapa beruntungnya diri mengenali insan-insan hebat seperti meraka.. Ya Allah Kau jagalah mereka..

"semoga awk terus istiqomah..sy harap awk juga dpt bimbing sy untuk jadi mcm awk"

"jgn jadi mcm sy..jadilah diri sndiri..sy pun manusia biasa yg selalu buat silap..inshaAllah selagi mana sy mampu utk bantu awk sy akan bantu ok?"

pertemuan dua mata itu berakhir dengan mengingatkan aku segalanya tentang KISAS~

Ya Allah...rindunya bumi waqafan itu..kirimkan salam rinduku padanya


moral of the story: hidayah itu milik Allah..sntiasa berdoa agar diberikan hidayah olehNya dan aku takut sekiranya aku gagal dalam ujianNya..




p/s : saya syg ayah saya, abang dan suami (bakal suami) :P  sekiranya saya tak menutup aurat dengan sempurna 



Read more...

Monday, April 15, 2013

Adegan lawak dalam bas

Assalamualaikum...

Entry ke-2 untuk hari nie...hehehehe
tiba-tiba aku rase nak share something yang kelakar bagi aku.. hari sabtu yang lepas kolej aku ade buat hari sukan..bila majlis selesai kami dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing..

Aku pun tak lepaskan peluang ni.. Dalam pukul 2.30 petang kami pun berebut-rebut naik bus untuk balik ke kolej sebab kami buat hari sukan tu dekat IPG melaka..pinjam stadium diorang jap..kami punye HEP iaitu Pn.Ang ni jenis yang sangat strict..tak boleh naik ramai-ramai dalam bus..

bagi kami pulak,kami sanggup berdiri daripada lambat balik.. ^_^ .. Dia siap kira sorang2 yang masuk dalam bus tu.. Nak dipendekkan cite waktu pintu bas tu terbukak, kami berebut-rebut masuk dalam bus, termasuklah aku..hahaha.. (jangan tiru aksi ini). 

Masuk dalam bus je tempat duduk dah penuh..Alamakkkk macam mane ni.. aku dah dengar suara Pn.Ang terjerit-jerit suruh turun.. Aku pun ape lagi cari tempat belakang sekali nyorok kat celah-celah kaki kawan aku.. korang bayangkan tempat duduk dalam bus tu aku dengan kawan aku menyorok kat situ..hahaha

kawan aku yang 2 org tengah duduk tu tolak-tolak supaya kami masuk dalam lagi, tak nak bagi Pn.Ang nampak..tup-tup Pn.Ang kate "yang belakang tu turun! saya kate turun!" Aku mule la kecut perut...tak nak..aku nak balik cepat..aku diamkan diri je.. kawan aku yang duduk atas kerusi tu dah tergelak-gelak sebab Pn.Ang dah nampak beg ak..hishh..kantoi pulak..

Tapi.....aku buat dunno je..hahaha..jahat..kawan aku tolak-tolak badan aku supaya masuk dalam lagi..tak muat nak masuk dah..2 orang pulak tu..sakit lutut aku..dengar lagi suara Pn.Ang jerit suruh turun.. Aku mula la bace jampi serapah aku..

Bukan jampi bomoh ea...waktu terdesak ni.."Ya Allah mintak-mintak Pn.Ang tak jalan belakang.turunkan dia dari bas ni sekarang Ya Allah.."   ting!!! 
Allah makbulkan doa aku dengan menggerakkan kaki en.driver tu untuk tekan pedal minyak dan Pn.Ang pun terpaksa turun ^________________^

seyum lebor aku time tu..kami 2 orang berjaya melepaskan diri..hehehe..diorang yang duduk depan sume pakat selak (suke sangat) <---- bahasa kelantan ni...

kalau ade cctv dalam bus tu, nak je aku tengok ulang-ulang sebab klaka sangat..yang tak tahan tu semua pakat pandang aku..macam retiss pulak..haippp.. Allah selamatkan aku ^_^ 
maka hari itu aku dapat pulang ke kolej dengan awal...



tp yg ni alor star punye..pinjam jap ea..hihihihi





p/s: hari yang koya bagi aku....tweet tweet

p/s: kalau ade pic boleh la aku tunjuk kat korang macam mane kitorang menyorok dalam bus..tp takde la..

Read more...

Kau hadirkan dia di saat aku memerlukan

Assalamualaikum...

Lame sangat rasanya aku menyepikan diri dalam dunia blog ni.. kekangan masa katekan..cewahhh

tempoh seminggu ni memang penyiksaan bagi aku di kolej..terdera dan di dera.. siap ade yang kata "pagi jadi nurse, malam jadi askar"

..hahahaha..serius aku rase geli hati dan nak guling2 dengan statement tu..ni semua pasal sukan la..aku masuk kawad..ok fine..penat sangat..tambah2 bila shift pagi..kene masuk wad pukul 7am sampai 2pm..7pm sampai 10pm ade latihan kawad..mawu tak kene varicose vein cenggini..na'uzubillah..mulutttt..jahat*

serius..penat sangat..tapi demi sukan..aku gagahkan jugak..tu yang aku kata didera dan terdera..huhuhuhuhu.,mase ni pulak la tibe2 mental aku tak dapat berfungsi seperti biasa..aku mula rindukan sahabat2  aku kat KISAS..kat UiTM..rohani aku kosong..kosong kosong.. (sila ikut melodi najwa latif)
Aku rase down, lemah semangat, putus asa.macam2 la..mujurlah dengan iman  yang senipis kulit bawang ni aku dapat kekuatan untuk aku call mak aku, call sahabat aku untuk kuatkan semangat, kalau tak mawu keluar berita tergempar esoknya "seorang pelajar bunuh diri akibat tekanan" perghh..hottt kot..tp nak buat ape kan..BERDOSA!

Ya...pilihan ni aku yang buat sendiri..aku yang nak masuk sini..so aku kene hadapi semua bende ni..jadikan pengalaman yang lepas untuk tingkatkan kualiti hidup aku..mungkin aku dah dibiasakan dengan bi'ah yang elok..jadi bila bi'ah tu takde aku rasa janggal,seperti ade sesuatu yang hilang..thats why aku tak tenang.. Aku selalu pesan pada diri aku sendiri.. 
"Ade hikmah masuk sini.."

kat kolej ni memang sangat sangat sangat sangat berbeza..bukan aku nak buruk2 kan or bangga2 kan tempat lain..mane2 pun same cume mestilah ade perbezaan di setiap institusi tu kan..kat sini hiburannya terlalu kuat...setiap event mesti ade tarian/dance or joget2..dah la ambik lagu gangnam style..memang nak kene jahanam dengan aku la..anti giler aku dengan lagu tu..sorila PSY..aku terpaksa pangkah kau..

tak salah nak berhibur tapi perlu kene pada tempatnya...malam tu memang aku nangis je..sepanjang solat tu aku tak henti2 nangis..mujur housemate semua tak nampak..aku mohon sangat supaya diberi kekuatan..dan ditakdirkan jari aku ni mendail nombor sahabat yang sangat akrab semenjak aku masuk sekolah menengah..dari dialah aku luahkan segala-galanya..terima kasih Farhana.. Terima kasih Allah kerana mengirimkan aku seorang sahabat yang sentiasa memahami aku..banyak nasihat yang aku dapat dari dia..

aku bukan tak nak cerita dekat mak ayah aku.kalau aku cerita mesti diorang risau punye..so lebih baik aku cari alternatif lain..aku tak nak diorang rungsing pikir pasal aku..aku call mak aku pun bile perasaan aku dah reda..so time tu aku boleh berfikir secara waras ^_^ takde la mengarut2..

memang sangat rindukan bi'ah solehah yang ade kat KISAS..takkan sama, never and ever dengan tempat2 lain...disitu jugalah hikmah Allah yang tersembunyi~



p/s: aku rase lega sekarang sebab dapat luahkan dekat sini..terima kasih!!

Read more...
 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”