Saturday, March 2, 2013

Bakal suamiku seorang doktor??? (Part2)

Assalamualaikum..

sebelum ni N.Z ade buat entry pasal ni..aku sendiri pun tak tahu kenapa aku buat entry tu..hahahaha..kalau nak tahu lagi lanjut korang godek-godek la sendiri ea.. 

sambungan dari Bakal Suamiku seorang doktor???

"Asilahh!!!" aku memanggil rakan seperjuanganku itu yang asyik leka dengan buku Anatomy dan Physiologynya. Dia hanya berseorangan di situ.

"Kenapa kak? Happy semacam je. Ada apa-apa ke?" sambil menepuk-nepuk kerusi disebelahnya supaya aku duduk di situ. Asilah ini memang suka benar mengulang kaji pelajaran di pondok sebab persekitarannya yang hijau. Tenang katanya.

"Akak ada mimpi seseorang..." Belum sempat aku menghabiskan ayat yang seterusnya terus dia memotong percakapan ku.

"Kita tahu! Akak mimpi Dr.Fairus kan?" sambil menutup bukunya. Dengan wajah yang penuh berminat dan menggenggam jari-jemariku dia memandang wajahku dengan mengharapkan penjelasan yang seterusnya.

"Ishh..ada ke buat mata macam tu. Kecik besar kecik besar,tak sakit ke?" selorohku.

"Akak ni, kita excited nak tahu ni. Cepatlah cerita." sambil menampar lembut bahuku.

Aduh! Berbisa juga tangan yang sekecil itu. Aku tersenyum memandangnya. Ya, dialah sahabat dan dialah adik. Jarak usia tidak membataskan kami untuk menjadi teman rapat. Banyak kisah suka dan duka dikongsi bersama walaupun perkenalan yang sesingkat cuma. Aku pun memulakan kisah ku dari awal hingga akhir.

"hahahaha.Akak ni kelakar la. Boleh terbawa-bawa sampai ke mimpi. Biar mimpi sampai ke bintang" dia menyanyikan lagu yang dinyanyikan oleh juara Vokal Bukan Sekadar Rupa, Asmidar.

"Akak ludah ke kanan tak? Mana tahu, jadi kenyataan kan." 

"A'ah la. Tak teringat la pulak." kini giliranku pula yang menyengih.

Pukul 2 petang nanti kami akan naik ke wad bagi memulakan tugas sebagai jururawat pelatih. Jadi waktu pagi-pagi begini adalah masa untuk kami berehat dan mengulang kaji pelajaran. Penat tu biasalah. Mana ada pekerjaan yang tidak penat dan tidak memerlukan tenaga bukan?

"Petang ni, tunggu Asilah dekat tempat biasa ya?" sambil mengemaskan buku-bukunya. Aku menganggukkan kepala.

Rajin benar dia mengulangkaji pelajaran walaupun sesi pembelajaran sudah tamat. Aku?? Hmmm... Pasang surut semangatnya mengikut kelajuan ombak. Mujurlah hanya sesi praktikal sahaja yang tinggal, boleh la menenangkan fikiran sebentar. Tiba-tiba sahaja aku teringatkan seseorang. Hatiku di runtun rasa pilu. Apakah yang sedang dilakukannya sekarang ya. Dia sendiri tidak pasti.

"Akak dengar tak apa yang kita cakap tadi?" soalan Asilah mematikan lamunan ku.

Terus aku kembali ke dunia yang nyata. Tempat dimana aku berpijak sekarang.

"Ye..akak dengar..jom kita siap-siap."sambil bergerak meninggalkan perkarangan tersebut.

................................................................................

You have one message

"saya sukakan awak!" terkejut Zulaikha apabila mendapat pesanan ringkas daripada Khairi. Tersalah hantar pesanan barangkali..

"silap hntr sms ea?" aku membalasnya.

You have one message 

"taklah. Mmg sy nk hantar kat awak pun. Dah lama sebenarnya sy pendam. Memandangkan kita dh hbs SPM, sy patut bagitau perasaan sebenar sy pada awk. Walaupun kita hanya berkenalan kat laman sosial tapi hati sy senang dengan kelakuan awk."

Aku seperti tidak mempercayai kata-katanya. Yela..kata-kata orang lelaki ni selalunya manis. Lebih manis dari gula. Silap-silap boleh dapat Diabetes. Aku biarkan sahaja mesej itu tidak berbalas. Sengaja aku berbuat begitu. Dia harus ku ajar!

2 jam kemudian...

You have one message

Nampaknya dia tak berputus asa. Aku buka pesanan ringkas tersebut.

"sy tahu awk mesti terkejut dgn pengakuan sy kn. Takpe take your time utk terima kenyataan ni. InsyaAllah kenyataan ni takkan berubah sehinggalah sy dpt jumpe awk depan mate sy sendiri. Sy terima seadanya dgn diri awk. Kalau sy ajak jumpe msti awk tak nak kan. Jadi biarlah masa yg tentukan segalanya. Sy harap awk simpankan sdkt ruang di hati awk utk sy. Kalau awk dh ade pilihan yg lain bgtw sy supaya sy tak terasa dipermainkan. Wasalam."

Lidah ku kelu seribu bahasa. Nak percaya ke tak. Hmmm..biarlah masa tentukan segalanya. Kalau benar dia jodohku, aku redha. Cehh..pandai pulak kau ni berfalsafah. Baru je habis SPM kot. Perasan betul.

Ya..aku tak nafikan walaupun aku dan Khairi hanya berkawan di laman sosial, aku tetap selesa berkawan dengannya. Dia tahu menjaga batas-batas pergaulan antara kami. Kadang-kadang banyak nasihat yang aku perolehi daripadanya. Itulah yang membuatkan aku suka berkawan dengannya.

"Akak dah sampai mane ni?" suara Asilah mengejutkan lamunanku. Kusss semangat. Macam tahu je aku tengah berangan. Adesss

"Errr...sampai Korea kot." selorohku pula.

Okey. Kene fokus ye wahai Zulaikha. Kau akan berhadapan dengan pesakit ni. Ok.Sharp! Aku sampai pada jam 1.40 petang di wad D3. Setelah menulis nama di buku log, aku melihat keadaan pesakit-pesakitku. 30 orang semuanya. Harapnya diorang boleh terima perawatan yang akan aku berikan. In Shaa Allah!!!

to be continued......


p/s: maaflah kalau babak ni agak boring..sy baru lagi nak menulis..harap boleh beri tunjuk ajar...peaceee









8 ulasan:

biela bell said...

yeaaa..dah ada sambungan!!! hehe

Yumida Huda said...

novel ker cerpen?
ingatkan td real..bila baca part last tu baru tersedar..oh my..bgs penulisan awak..mcm realiti...
good effort..teruskn berkarya
follow sini

Nur Zulaikha said...
This comment has been removed by the author.
Nur Zulaikha said...

@biela bell
tp tk tahu la menepati citarasa ko ke tak..huhuhu

@yumida
kalau tkde idea buat cerpen je kot..insyaAllah jadi novel kalau ade idea bnyk.hehehe..terima kasih ats sokongn awk..teruskan membaca ye..hehehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

menarik..ingtkan citer real..ke mmg real?hihi

Nur Zulaikha said...

@nuyui
ade real sikit+mimpi..hahaha..

Iffah Afeefah said...

oh cite ni

akk de bace part 1

yeahh best2

Iffah Afeefah said...

oh cite ni

akk de bace part 1

yeahh best2

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”