Saturday, March 31, 2012

30 Global March to Jerusalem

Assalamualaikum...

Diharap kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera.. N.Z nak kongsi satu video dengan kalian..semalam N.Z pergi Stadium Bukit Melawati untuk 30 Global March to Jerusalam..
Memang sangat meriah.. Isu ni bukan isu yang biasa lagi..saban hari kita dengar..dan isu ni juga bukan isu islam semata-mata tetapi adalah isu kemanusiaan...dan kita sebagai orang islam kene ambil iktbar daripada peristiwa ni..


ape sumbangan kita untuk sahabat2 disana??? adakah sekadar meluahkan rasa ketidakpuashatiaan sambil berpeluk tubuh?jadi..ayuh semua rakyat Malaysia salurkan sumbangan anda untuk sahabat2 kita di sana..paling simple perkara yang kita boleh buat ialah mendoakan keselamatan mereka setiap kali lepas solat..janji??? 


sebenarnya, ade banyak program malam tu tapi disebabkan handfone N.Z ni bukanlah taraf android mahupun yang canggih2 tu..sekadar cap ayam je, tak dapatlah nak rakam..so,tgk je la kat u tube ye..moga ianya memberi satu kesedaran buat kita umat manusia..

 

 p/s : harap dapat pergi lagi program macam nie...
 
Read more...

Friday, March 23, 2012

SINGLE VS COUPLE

Assalamualaikum....



credit to: mr google


Ade yang rase nak muntah hijau tak tengok tajuk entry tu..hahaha..siap2kanlah baldi kat tepi anda ye..Ape yang anda faham mengenai single dan couple?
"single tu takde teman, couple tu ade teman"
"single is sorang, couple is dua orang"
Tak kisahlah ape pun jawapannya anda sendiri yang tentukan..nak check dekat Kamus Dewan pun boleh..sekarang kan dah canggih..google je pun boleh ^_^

Zaman sekarang ni pelik rasanya kalau muda-mudi tak bercouple.. Dah jadi macam trend kottt.. Dosa pun boleh jadi trend ekk??

"ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya:"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya."                              (An-Nur:30)

Ade ke yang bercouple tak tengok muka????? cer habaq sikit

Bukannya tak boleh pandang lansung.. Boleh pandang,tapi pandangan yang bebas dari unsur syahwat.. Bukan pandangan yang nak makan orang ea..
"Syariat manakah yang mengajar muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? islam manakah yang mengajar muslimat kita supaya bercakap seperti 'warden penjara' ketika berurusan dengan muslimin semata-mata tidak mahu melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah"  -abusaif-

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
( Al-Isra’: Ayat 32)

Ayat "jangan kamu menghampiri zina" tu sendiri dah menunjukkan yang couple tu tak boleh.. Sebab apa? Sebab..bila dah berjumpa takkan nak tengok belakang kan?Mesti tengok muka,tengok mata,tengok hidung, sebab ade mate kan...tangan tu pulak takkan la nak duduk diam je kan..takut aweks kena langgar,tu yang genggam sampai melekat tu..tak mustahil bila dah biasa macam tu dara pun dah tak ade..

Minta maaf N.Z cakap..sedih sangat2 bila baca surat khabar "gadis belasan tahun dirogol oleh teman lelaki"...walaupun gadis tu rela tetapi di dalam undang2 jika disabitkan perempuan itu bawah umur,lelaki tersebut akan dikenakan tindakan undang2.. Lelaki yang sentuh perempuan tu bukan sebab dia sayang perempua tu tapi dia HINA perempuan tu.. "kecewa setelah cinta dikhianati"...mula-mula bercinta bagai nak rak..nak tunjuk kesetiaan sampai sanggup serah semua..DEMI CINTA kan..last2 kena tinggal...sape yang merana???? 

Bila ade masalah dengan couple mula lah...semua jadi tunggang terbalik..serabut lah..tension lah..bengang lah...bunuh diri lah...padahal sape yang cari masalah?????

N.z tahu yang diri sendiri pun bukanlah baik sangat tapi teguran ini adalah teguran untuk diri sendiri jugak..Andai diri ini terleka..tegurlah N.Z balik...N.Z sayang semua sahabat2 N.Z, percayalah.. COUPLE tu sekejap je manisnya... sebab apa? sebab TAKDE BARAKAH dalam hubungan macam tu..sia-sia je kan?

Tak salah nak bercinta,tapi bercinta yang bagaimana? Islam bukan suruh hapus perasaan CINTA tu tapi KAWAL perasaan itu.. Ikutlah jalan yang Dia dah bagi..tak susah pun rasanya.. Yang tak ikut tu la yang susah sebab masalah2 lain akan timbul selepas tu..

"kalau kita nak pasangan yang baik, diri kita sendiri pun kenalah jadi baik"

credit to : mr google




Read more...

Friday, March 9, 2012

PERTAMA KALI

Assalamualaikum...

Lama rasanya tak update blog..rindu rasanya nak dengar komen2 dari kalian..kalian macam mana??

Alhamdulillah..sekarang N.Z bergelar mahasisiwi setelah lama 'tanam anggur tak berbuah' dan sekarang berada di UiTM Shah Alam..ade sape2 yang dekat UiTM Shah Alam ke?hehehe (cari geng)

First masuk memang sangat sangat sangat teruja..yelahh first time masuk Universiti kan.. Sebenarnya keputusan yang dibuat ni pun agak tergesa-gesa namun N.Z yakin ini adalah jalan yang terbaik buat diri..

Sebelum ni, UiTM memang takde langsung dalam senarai pilihan universiti N.Z (kejam giler)..kenapa??? hmmmm..ramai yang cakap UiTM macam tu UiTM macam ni..takut la jugak kan..awak ni manusia biasa..iman boleh bertambah boleh berkurang..tapi..mungkin ade hikmah yang Allah nak tunjuk pada N.Z..

Tak kiralah kat mana-mana pun..masalah sosial pasti akan berlaku..N.Z cakap ni seiring dengan peredaran zaman sekarang..kat kampung pun boleh jadi kan? see..power of technology...

Bila dah melangkah ke menara gading ni kenalah usaha yang lebih lebih lebih lagi..nak dapat ILMU tu satu kewajipan la kan dan yang paling penting adalah untuk menaikkan taraf diri.. Course program yg N.Z dapat ni pun berdasarkan kelayakan STPM (tu lah..tak nak belajar betul2)..takde pilihan kan..yang ini je layak..huhu.. N.Z dapat course AP236 Bachelor Science (Hons) Construction Management atau senang cite pengurusan pembinaan..

Takde kaitan langsung dengan subjek2 mase STPM..huhuhu..satu cabaran baru buat N.Z...bile dah dapat taklimat dari Dekan, timbalan dekan,ketua pusat fakulti,pensyarah rasa lebih semangat la nak teruskan bidang ni..N.Z harapkan doa2 dari kalian agar N.Z terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kerajinan sepanjang perjuangan N.Z di sini..7 semester kot..



Inilah assignment pertama ku...pernah tengok tak pembaris macam tu ?tak pernah kan??? 

Rasanya sampai sini sahaja perkongsian N.Z untuk hari ni..nanti kita sembang lagi ea?

sorry la kalau boring..memang boring pun kan?



p/s : tak kisah siapa kita asalkan kita nak jadi apa yang kita nak jadi..
p/s: maaf tak dpt nk blogwalking sume yg tinggalkan jejak dan komen atas kebizian yg melanda..huhu
p/s:doakan utk N.Z supaya tabah dan kuat ye sepanjang kursus yg N.Z belajar ni..




Read more...
 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”