Sunday, October 30, 2011

Persamaan????

Assalamualaikum...


Pertamanya saya ingin memohon maaf atas gambar yg ditunjukkan... Sekadar ingin memperlihatkan apakah persamaan yg dikatakan..boleh terima?? Mesti pernah tgk gambar nie kat mane2 kan..especially dlm Fesebuk la.. Saya pun terkejut mule2 bile tgk gmbar ni... Jadi, ape pandangan anda? Mari kita sama2 dengar ulasan dari Ustaz Zaharuddin..



Dah dengar???
"terjemahan Surah An-nur"
[30]
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
[31]
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
sumber:
http://www.alquran-melayu.com/24-an-nur/

p/s: ANDA ADALAH APA YG ANDA FIKIRKAN~



Read more...

Tuesday, October 18, 2011

AKU TERIMA NIKAHNYA

Assalamualaikum......

Wow..ape perasaan setelah melihat tajuk entry di atas?kih3...gatai naa..
Hmmm...jgn salah sangka..sy bukanlah gadis yg telah disunting (ayat tak boleh bla..haha)...nak wat promotion sikit...

Sebenarnya dah lame nk cari buku AKU TERIMA NIKAHNYA ni...tapi..bila nak pergi beli je mesti "stok habis", "kene order"..dan macam2 lagi lah...dan akhirnya, saya sendiri tlh meminta sahabat sy sendiri utk 'meninjau-ninjau' sekiranya beliau terjumpa buku tersebut...

Dan....Alahamdulillah..penantian itu satu penyeksaan...cewahhh...hujung bulan september yg lalu beliau telah menemukan buku tersebut...wahhh..alangkah gembiranya hati tatkala mndapat mesej dari beliau yg dia sudah pun menemui buku aku terima nikahnya..TAPI.....(ade pulak tapi-tapi)..

Buku tersebut telahpun menjadi kompilasi...(macam kompilasi lagu la plak)..hehe
buku tersebut telah digabungkan menjadi 'EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA'..jeng..jeng...kiranya 3 in 1 la...(ingatkan milo je)

Gabungan buku ni adalah gabungan dari satu-satu buku iaitu -Aku terima nikahnya, Bercinta sampai ke syurga, Murabbi cinta-..harganya pun adlah istimewa...RM55.00 bg semenanjung & RM57.00 bg Sabah&Sarawak... Oleh kerana sahabat saya yg bijak tawar-menawar dpt lah harga RM50.00..hehe...murah tak? dapat la save RM5.00...

Sejurus je dpt buku tu tak sabar2 nak bace rasenyer..memang BERGUNA utk remaja, bakal pasangan(suami isteri) dan ibu bapa..kire buku ni ade package lengkap la...serius saya katakan..pemikiran yg sgt berbeza..pelbagai isu atau topik yg dikupas dgn menarik, dan ape yg PENTING banyak motivasi yg saya dpt drpd buku ni walaupun saya masih bujang..kih3..(persediaan)

Aku terima nikahnya bukan sahaja ungkapan lafaz semasa ijab dan qabul semata-mata...perlulah didalami maksudnya itu sndiri....
"Jangan pandang isteri dgn pndangan mata yg kering, atau pandangan akal yg gersang, jauh sekali pandangan nafsu yg melulu. Pandanglah isteri dgn pndangan hati, kerana hati itulah yg memberi makna kpd pasangan hidup kita"

Ayat di atas merupakan sebahagian dari kata-kata penulis (Ustaz Hasrizal abdul Jamil).... Sebenarnya bnyk lagi kata2 beliau yg mnyentuh hati sanubariku sebagai pembaca dan juga sebagai insan atau hamba Allah....menusuk ke tangkai jantung la katakan..hehe

So, saya mengesyorkan kepada anda di luar sana utk membeli AKU TERIMA NIKAHNYA... 
"Gatai ye ko bace buku mcm tu.."
"Asyik pikir nak kahwin je.."
"Ish3...cinta lagi.."
Pernah dgr ayat2 mcm ni?

Excuse me...ini bukan novel cintan cintun ye..ni adalah sebuah buku yg dpt memberikan buah fikiran utk berfikir serta bagaimana menguruskan kehidupan terutama dlm mencari pasangan hidup serta yg remaja muda belia ini menguruskan perasaan mereka yg 'hot couple' ni..hehe

Tak rugi bace buku ni..baiklah di lain entry nanti,saya akan ceritakan lagi AKU TERIMA NIKAHNYA..setakat ini sahaja dulu ye..ni baru intro sahaja!!!





p/s: nak suap anak buah makan..hehe

TERIMA KASIH SURIYANI JAMIL...jasamu ku kenang selalu..


JOM tengok ape yg menarik kat bawah ni:


Read more...

PEMENANG SEGMEN ILMU

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, entry yg pertama utk bulan ini setelah lama menyepikan diri..
Bukan kerana ingin membawa diri tetapi kesihatan diri yg tidak mengizinkan utk mengisi coretan hati..hehe

Hmmm..baru-baru ni penulis blog telah ditimpa musibah atau senang ceritenyer kene demam lah..sebab itulah agak lama mnyepikan diri..

OKEYH....tak mo cakap lagi...dah lame nak umumkan pemenang ni...beliau datang dari segmen ilmu yg dianjurkan oleh penulis pada bulan lalu..hehe..peserta pun beliau sorang sahaja..mungkin kerana soalan yg 'agak' mencabar kot..tu yg tak berani nak join..hahaha..whatever...

ape-ape pun, TAHNIAH pada En.Hafiz kerana sudi meluangkan masa mnyertai segmen tersebut...

seperti yang dijanjikan..jeng3..anda diumumkan utk menjadi PEMENANG TEMPAT PERTAMA!!!.....
TAHNIAH sekali lagi diucapkan...


Boleh klik utk 'TERJAH'

http://storytentangcerita.blogspot.com/2011/08/jom-join-segmen-ilmu.html

TAPI...utk soalan yg terakhir sekali tu..jawapan kurang tepat la....
so,kat sini jawapan yg sebenarnya..


3 perkara yg dinasihatkan Rasulullah kpd Abu Hurairah spy diamal & tdk ditinggalkn..
1) solat sunat witir.
2) solat dhuha.
3) berpuasa 3 hari drpd setiap bulan..


Jadi, setakat itu sahaja..TERIMA KASIH


p/s: kepada En.Hafiz sila emailkan kpd sy maklumat peribadi seperti num telefon anda yg ingin di'top up'...(nak maxix atau celcom)
sitizulaikha29@yahoo.com


Read more...
 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”