Thursday, June 9, 2011

coUpLe islamiK??? biar betul...






Mesti anda semua tertanya-tanya.."betul ke ade couple islamik ni?"....untuk memuashatikan jiwa kalian mari kita bace perenggan seterusnya.. AMARAN..bace sampai habis..jangan skip mane-mane bahagian okey?

Remaja hari ini sering dikaitkan dengan masalah 'couple'..jiwa remaja katakan..tapi pada siapa yang BIJAK utk berfikir maka bijaklah orangya..'C.O.U.P.L.E' ape sebenarnya ni? utk menguji kesetiaan pasangan? nak tunjuk-tunjuk je atau ntahhh...huh..jawapan yang tak berwawasan langsung! Rosaklah anak2 muda skrg kalau..."Alah,saya couple dgn die pun tak pernah jumpe,pegang2.. kak, couple nak blaja,nak naikkan semangat saing."..ni lah antara kata-kata adik2 juniorku yg.....ah malas nk cakap...macam lah tak boleh belajar kalau x bercouple..ALASAN semata-mata..."akak tak faham, kalau akk dah alami baru akk akan taw." Tak payah pun tak pe dik...Bukan faktor persekitaran,cume diri sendiri NAK KE TAK NAK je...Nak dijadikan cerita, saya ade terbace satu artikel ni pasal couple2 islamik ni...nak tau jom bace perenggan bawah ni...

                                * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.


beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s :

yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya.. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA..walaupun kita ajak pasangan kite utk same2 solat or buat kebaikan tp saluran itu x betul..Biarlah ikatan itu SUCI dan KUDUS.tiada noda..cewahh...lagipun dalam Al-Quran sendiri Allah dah sebut "wa la taqrobu zina" boleh rujuk *Surah al-Isra' ayat 32...jgn kamu hampiri zina..perkataan hampiri (taqrubu) or senang cite jgn dekat la..mcm org kate "jgn dtg dekat kat aku"..ha mcm tu la..jgn dekatkan diri yg boleh bawa pada zina..kalau couple..pernah tgk org couple x jumpe?? mungkin 20% je la yg x jumpe tp bnyk bersua muka..kat situ dah ade zina mata..tenung lama2 sedangkan kita disuruh menundukkan pandangan... belum lagi cite bab zina tgn dan kaki..hmmm..sekadar itu sahaja yg ingin dikongsikan.. peringatan untuk diri sendiri terutamanya....wallahualam

so kepada sesiapa yang bercouple tu hayatilah kisah di atas..

tak salah nak bercinta tapi biarlah cinta yang halal kerana cinta itu fitrah dan ia hadir tanpa dipinta...Siapa kita untuk menghalang rasa cinta yang diberikan oleh Sang Pencipta Rasa Cinta...

sahabat-sahabat tahu bagaimana kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah bercinta??? Cinta yang sangat mulus... Cinta yang disimpan di dalam hati, dan akhirnya memang itu dinamakan jodoh mereka berdua disatukan dengan ikatan yang halal.
link ini mungkin anda meminatinya..jadi..sila KLIK..

11 ulasan:

mawar puteh said...

hua3...clash teroih pah baca entri nie ..haha T.T

Anonymous said...

hahahahaha
_empunya blog_

Dzarief Zuhdi said...

best nyer citer.. so.. no couple ok.. kawin tros.. hehe

salam kenal..balas kunjungan.. follow blog nie ok.. :D

Nur Zulaikha said...

yup..hehe..kawin je tros
ok.i follow~

amirah ahadar said...

maaf kalau cara pemikiran kita berbeza..fitrah yang Dia berikan bukan untuk dihalang tapi dihandle dengan cara yang baik dan berhemah..kalau tak,,kenapa kita diberi nafsu? untuk membuktikan ketaatan kita kan? sama seperti kapel..sesiapa yang mampu berada di landasan yang benar akan dapat ganjaran,,sama macam mereka yang terbabas..knonnya bila kita lelaki ingat perempuan,,itu satu zina hati..salah sama sekali bagi saya..Rasul sendri tak halang sahabat berfikir tentang wanita..yang dipanggil zina tu bila seorang lelaki atau perempuan teringat benda bukanbukan dan bayangkan yang bukan-bukan terhadap gender berlainan..rindu,,syang,,cinta..itufitrah manusia..dan kita takkan mampu lari dari fitrah..asalkan tahu menjaga batas dan hormat hak peribadi masing2,,sye rase it's fine..maaf kalau saya silap..tegur kalau ade yang salah..terima kasih :) salam

Nur Zulaikha said...

yup..cinta itu fitrah..hadir tanpa diundang..kita kne handle bukan hapus..apa yg saudari katakan itu semua benar..x dpt disangkal lagi..tapi mampukah kita utk mngawal nafsu kita?bagi yg sentiasa bermujahadah alhamdulillah buat mereka?yg kecundang? kata org putih prevention its better than cure..mencegah lebih baik dari merawat kan??hehe..juz my opinion..

me@monolog said...

sebelum kahwin saya akan kenal-kenal dulu bakal isteri..

Nur Zulaikha said...

yup..itu sudah semestinya..x slh utk berkenal2 smpai x lnggar syariat dah le..

Nerdy Zuera said...

naqibah sekolah kite penah cerita macam ni :)

Nur Zulaikha said...

^_^

Anonymous said...

Ομολογώ, δεν ήμουν σε αυτή την ιστοσελίδα εδώ και πολύ καιρό ... όμως ήταν μια άλλη χαρά για να δείτε Είναι ένα τόσο σημαντικό θέμα και αγνοείται από τόσους πολλούς, ακόμα και επαγγελματίες. Σας ευχαριστώ για να βοηθήσει την καλύτερη ενημέρωση των πιθανών θεμάτων.

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”