Saturday, November 26, 2011

Slot RESEPI 1: Ayam Goreng ala-ala KFC

Assalamualaikum...


Ingin menikmati KFC???  tetapi terasa MALAS nak membeli, nak JIMAT DUIT, malas nak keluar, dah pergi kedai KFC terasa nak beli satu kedai....
Adakah anda mempunyai perasaan sedemikian?.. Nahh, di sini N.Z ade menyediakan satu resepi yg ringkas dan  boleh diikuti oleh semua golongan.. Setelah mengodek2 blog akak Madiha ni maka terjumpalah satu resepi yg amat menarik sekali.. SELAMAT MENCUBA!!!

(A) Bahan utk perap ayam
  • 6-8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk) *nak lebihkan pun boleh
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
  • secubit baking powder
  • secubit serbuk perasa
(B) Bahan utk tepung
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras pulut
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
  • secubit baking powder
  • secubit serbuk perasa
Bahan tambahan
  • 1 biji telur
Cara-cara
  1. Perap ayam dengan bahan A selama 1 jam.
  2. Campurkan semua bahan2 utk tepung (B) di dalam bekas dan gaul sehingga rata.
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yg telah diperap ke dalam telur yg dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yg banyak hingga garing.
  6. Tos kan minyak dan SIAP utk dihidang!
cubaan pertama memang hodoh sikit..huhu..
P/s: aku bukan masterchef..

*tambahan- kalau N.Z nak cepat (tak nak perap2) letak serbuk tomyam(cube) then lada sulah pastu celup telur dan salut ngan tepung..lagi ringkas..ade rase2 tomyam sikit..hehe..yg penting, tepung tu yg best..selamat mencube ye..~_^

*nota kaki...gambar ni takdelah sehebat ayam KFC..tapi suka sgt dengan tepung tu..rangup.tak payah beli tepung kentucky dah lepas ni..hehe

Entry menarik:

12 ulasan:

Unknown said...

mcm lazat..sok cube

Lea Isnawi said...

wahh..nak try la nanti

thanks =)

ain akasyah said...

wow boleh ku cuba resepi nie..errr kadang2 gambar tak boleh nak terjemahkan rasa makanan..sy rase ayam awk tu sedap..terliuh dibuatnya

Kawan Dah Kawen..Awak bile nak kawen ?

Zul fattah said...

cam best je? try eh

PCL said...

kalau bole buat sendiri lagi bagus....support masakan sendiri...yeah !

Nur Zulaikha said...

@iffah
cube try test..hehe

@lea isnawi
okeyh..chaiyokk

@ainol akasyah
yup..but kadang2 org suke mentafsir melalui gambar..erkkk

@zul fattah
try la..tak rugi pun..

@PCL
yeahh..terimasss..boleh cube ^_^

Unknown said...

kalau dh x suka memasak,apa pun malas nak cuba..kekeke..teruk betul bui kan..huhu

fiQRa said...

zulaikha, join senang jer :) hantarkan link blog & nama glamor dekat ruangan komen link ni :)

http://fiqracake.blogspot.com/2011/11/ada-sesiapa-sudi-nak-join-geng-fiqra.html

Wanie said...

cukup lemah bab goreng ayam ni..goreng ikan teror la..haha

Mazni said...

Aummmm, dapnye..
pepagi ni rase lapa je, tapi tengok ayam ni rase kenyang.. huhu, nice one..

fiQRa said...

Salam geng fiQ’Ra yang mas kasihi ◕‿◕
Kad blogger yang baru sudah siap..
Boleh ambil dekat sini eh ◕‿◕

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.295918933782448.70178.257419187632423&type=3

Nur Zulaikha said...

@bui junaidi
hehehe..nak ke tak nak je..

@fiq'ra
okeyh

@wanie
same la tp dgn adenye tepung tu takde la kene 'tembak'..hehe

@lily mazni
cube taw..thanks..

@fiq'ra
dah siap letak..hehe..thanks..^_^

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”