Wednesday, November 23, 2011

SEMANGAT BOLA???

Assalamualaikum...


Pastinya ramai yg akan membicarakan soal "BOLA". Perlawanan Malaysia menentang Indonesia masih hangat diperkatakan menerusi corong2 radio, laman sosial, media cetak mahupun media elektronik. Penulis juga tidak ketinggalan mengucapkan rasa Syukur padaNya kerana memberikan kesempatan kepada negara kita untuk menggenggam pingat emas bagi sukan SEA kali ini..Amin and Alhamdulillah...




Pada mulanya, takde lah minat sgt dgn bola ni. tak tahulah sejak bila mula meminati sukan bola ni. kalau dulu,ade siaran langsung bola kat TV mesti tukar channel lain. Sekarang, taw je ade siaran langsung perlawanan bola, mesti nak tgk.^______^




Bile da start minat ngan bola ni, tetibe teringat perilaku ku yg jahil..huhu (insaf)
Semalam, bila dapat taw yg Malaysia akan menentang Indonesia cepat2 pergi mandi. Kalau tak lepas maghrib baru mandi.huhu (teruk giler..jgn tiru aksi ini di rumah ye)

Bile dah dengar bang (azan) cepat2 solat sebab tak nak terlepas tgk perlawanan yg seterusnya. Kalau tak 7.30 baru nak maghrib..huhu (jgn tiru taw)

Bile dah tengok perlawanan bola, semangat nak sorak team Malaysia supaya menang (tapi takde lah jerit2). Cube kalau tengok Al-Quran interaktif,ade kau nak 'sorak' ?(maksudnye nak ikut ustaz tu bace)..huhu (jahilnye aku)

Bile tengok perlawanan bola, cepat2 berdoa supaya pemain dapat sumbatkan bola tu kat jaring lawan. Tapi kalau tgk kebuluran kat Somalia, peperangan kat Palestin, ade kau nak doakan utk diorg? (Alhamdulillah..nasib yg ni N.Z ade buat lepas solat) bukan nak bangga.

Bile tengok perlawanan bola, pemain yg cekap dlm menggelecek bola, menjaringkan bola semua dipuji2,kalau pemain tu tak dapat jaringkan bola atau buat ape2 kesilapan dlm perlawanan bola mesti kene kutuk kaw2. Tapi kalau org nak berubah ke arah kebaikan kau kutuk habis2."nak tunjuk alim la tu"   "tak yah jadi baik la", yg terang2 buat salah, kau biarkan je , siap kate "kita muda lagi". Patutnye yg berubah baik tu lah bagi semangat lagi kat die agar kekalkan perubahan tu.

Bile tengok perlawanan bola, sanggup cari profil pemain2 bola, upload gambar diorang ke henpon, tampal gambar2 diorang kat bilik, ikut stail pemain bola tu. Tapi, profil Nabi MUhammad ade kau upload? Ade kau tampal surah2 kat bilik kau? Ade kau ikut sunnah Nabi? (nasib tak pernah tampal gambar ape2 kat bilik.macam bilik mayat.heee)

Bile tengok perlawanan bola, kalau ade yg bakar bendera negara kita atau maki2 mesti kita naik angin dan rase nak marah. Tapi, bila ade org yg pijak2 quran, melontarkan kata2 kesat kepada Nabi kau buat dunno je.

Sebenarnya banyak lagi lah kalau nak dikaitkan dgn bola ni. Tapi harus diingat, saya cume menganalogikan bola ni dengan sesuatu perkara yg jarang diri sendiri/kita buat. Bile tgk bola semalam, baru perasan kejahilan diri sendiri.huhuhu. Kepada peminat sukan bola, jangan marah ek, saya cume nak kaitkan dgn bola sebab saya tgh addict bola buat mase ini.




p/s: pesanan buat diri sendiri yg sering kali terleka.

pstt...TAHNIAH Harimau Malaya kerana mengaharumkan nama Malaysia. Moga akan lahir lagi khalifah2 yg akan mengharumkan nama ISLAM.


2 ulasan:

Iffah Afeefah said...

semangat positif amik
negatf tglkn

Niena Pengembara Ilahi said...

kehebatan permainan mereka mlm tu masih bermain kt dpan mata nie... sihat ke?

:)

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”