Ingin menikmati KFC??? tetapi terasa MALAS nak membeli, nak JIMAT DUIT, malas nak keluar, dah pergi kedai KFC terasa nak beli satu kedai....
Adakah anda mempunyai perasaan sedemikian?.. Nahh, di sini N.Z ade menyediakan satu resepi yg ringkas dan boleh diikuti oleh semua golongan.. Setelah mengodek2 blog akak Madiha ni maka terjumpalah satu resepi yg amat menarik sekali.. SELAMAT MENCUBA!!!
(A) Bahan utk perap ayam
- 6-8 ketul ayam
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk) *nak lebihkan pun boleh
- sedikit garam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
- secubit baking powder
- secubit serbuk perasa
(B) Bahan utk tepung
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung beras pulut
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- sedikit garam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
- secubit baking powder
- secubit serbuk perasa
Bahan tambahan
- 1 biji telur
Cara-cara
- Perap ayam dengan bahan A selama 1 jam.
- Campurkan semua bahan2 utk tepung (B) di dalam bekas dan gaul sehingga rata.
- Selepas 1 jam, celup ayam yg telah diperap ke dalam telur yg dikacau.
- Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
- Goreng dalam minyak yg banyak hingga garing.
- Tos kan minyak dan SIAP utk dihidang!
![]() |
cubaan pertama memang hodoh sikit..huhu.. P/s: aku bukan masterchef.. |
*tambahan- kalau N.Z nak cepat (tak nak perap2) letak serbuk tomyam(cube) then lada sulah pastu celup telur dan salut ngan tepung..lagi ringkas..ade rase2 tomyam sikit..hehe..yg penting, tepung tu yg best..selamat mencube ye..~_^
*nota kaki...gambar ni takdelah sehebat ayam KFC..tapi suka sgt dengan tepung tu..rangup.tak payah beli tepung kentucky dah lepas ni..hehe
Entry menarik:
Read more...