Thursday, April 18, 2013

Mencari Sinar

Assalamualaikum...


Semoga Hari Khamis ini hari yang bermakna buat semua.. Baru-baru ini (tp takde la baru sgt). Kiranya dalam bulan ni jugak la, ade seorang kenalan tanya bagaimana saya boleh berubah?

Keningku berkeriut cuba menafsirkan maksud yang hendak disampaikan. "maksud saya macam mana awk boleh berubah nak pakai tudung labuh?" Owh..barulah aku faham..aku cermin diri aku semula. Buat-buat pandang cermin padahal takde cermin pun depan mata..

Aku rase aku pakai tudung biasa je,bukanlah labuh macam seorang ustazah. Maybe dia pernah nampak aku pakai mase pergi kuliah tahun lepas kot.. (mak aih, bpe lame punya cite daa)..tp memang aku perasan yang tudung aku 'labuh sedikit' berbanding sebelum ni..

You know what, Allah itu Maha Kaya..tersangat kaya..Dia campakkan aku ke dunia baru untuk aku mengenal dan mencari makna hidup sebenar..Sujud syukur padanya.. Ya..satu dunia asing bagiku walaupun sebelum ni aku pernah juga mengalami suasana seperti itu cuma kesannya belum cukup mendalam dalam diri ini..jahilnya aku pada masa itu..

Sebelum ni pun aku bersekolah di sekolah agama..dari tingkatan satu hinggalah tingkatan lima..aku tahu hukum hakam tetapi aku kurang laksanakan..itulah mujahadah dan aku gagal laksanakan..terasa sangat berdosa tetapi aku biarkan seperti angin lalu..betapa teruknya aku! Kadang aku termalu dengan rakanku sendiri, begitu patuh menjaga aurat tatkala di luar rumah hatta menyidai pakaian di luar rumah..sangat kagum..aku?? memang tak la..itulah jahilnya aku dahulu

Sehinggalah Allah hantarkan aku ke sebuah daerah yang lagi asing iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah..aku mengenalinya kerana Ustaz ku pernah bersekolah di sana..sekolah hebat katanya..aku seperti tidak percaya kerana aku 'berjaya' melepasi sekolah itu kerana result aku pun bukan gempak macam budak2 kat sane..yang masuk situ semua ada 9A dalam tangan.. A aku? boleh kire dengan jari kut.. 

Dari situ aku mulai mencari jati diri sebenar..sebagai seorang islam walaupun aku memang islam semenjak dalam rahim ibu lagi..banyak yang aku pelajari dan perbaiki diri..memang sangat manis..banyak mutiara-mutiara berharga di sana yang dapat aku kutip..dari saat aku membuka mata sehinggalah aku menutup mata dan begitulah rutin seharian..sangat2 selesa walaupun dahulu hatiku memberontak ingin pulang..takkan aku lupakan saat itu sehinggalah satu perubahan bermula dalam hidupku.

aku terasa ingin berubah sewaktu aku melihat seorang sahabat yang sangat aku kagumi..dialah pencetus semangatku..mungkin jua ianya hidayah dari Allah yang dihantarkan melalui pandangan mata hati..

dan suatu ketika...

"nak pergi mana tu?siap bertudung bagai,tak cakap dengan mak pun nak keluar"

"nak pegi jemur kain mak" sambil meluru keluar sebab malu. aku lihat ada riak gembira dalam wajah ibuku walaupun rautnya tidak ditunjukkan..

satu perubahan demi satu perubahan aku lakukan..aku cuba dengan sedaya mampu..ya..istiqomah itu penting! aku akan cuba kekalkan apa yang ada pada  diri aku sekarang dan top up mana2 yang kurang..aku juga insan biasa yang kadang-kadang terleka..

kini, bila aku berada di daerah lain pula aku merindukan 'mutiara-mutiara' itu..tempat yang menjadi sejarah dalam hidupku..sahabat-sahabat yang memahami, saling mengingati, sentiasa bersama susah dan senang.. Ya Allah betapa beruntungnya diri mengenali insan-insan hebat seperti meraka.. Ya Allah Kau jagalah mereka..

"semoga awk terus istiqomah..sy harap awk juga dpt bimbing sy untuk jadi mcm awk"

"jgn jadi mcm sy..jadilah diri sndiri..sy pun manusia biasa yg selalu buat silap..inshaAllah selagi mana sy mampu utk bantu awk sy akan bantu ok?"

pertemuan dua mata itu berakhir dengan mengingatkan aku segalanya tentang KISAS~

Ya Allah...rindunya bumi waqafan itu..kirimkan salam rinduku padanya


moral of the story: hidayah itu milik Allah..sntiasa berdoa agar diberikan hidayah olehNya dan aku takut sekiranya aku gagal dalam ujianNya..




p/s : saya syg ayah saya, abang dan suami (bakal suami) :P  sekiranya saya tak menutup aurat dengan sempurna 


1 ulasan:

biela bell said...

hahaha..bakal suami tu yang tak tahan..menyempat ko ye..

betul tu leha.. Alhamdulillah..ada hikmah kita masuk kisas..banyak sangat yang kita belajar kat situ. Alhamdulillah..moga-moga kita sama-sama terus istiqamah ye.. InsyaAllah :)

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”