Wednesday, July 6, 2011

sELoKa buanG baYi


Apa nak jadi negara kita ini
Di sana sini setiap hari
Di dada akhbar di kaca TV
Tak habis-habis cerita orang buang bayi.

Gara-gara mengikut nafsu yang jahat
Masa buat tidak beringat
Dari ringan-ringan menjadi berat-berat
Sedar-sedar perut dah jadi sarat.

Waktu itu mulalah gelabah
Barulah terasa tak tentu arah
Kerana takut mak bapak marah
Bayi di buang bagaikan sampah.

Dari janin hingga yang cukup sifat
Dibuang tidak mengira tempat
Di tong, di longkang di mana yang sempat
Memalukan bangsa menyusahkan masyarakat.

Budak-budak dahulu main sorok-sorok
kadang-kadang pula main pondok-pondok
Nikah kahwin secara olok-olok
Semuanya dibuat sekadar berseronok.

Budak-budak sekarang lain cerita
Baru baligh dah berlagak dewasa
Berpakwe bermakwe tak mengira dosa
Menyeluk meraba dianggap biasa.

Perangai kita sejak azali
Bila timbul fenomena begini
Punca dan sebab baru nak cari
Ke sana ke mari menuding jari.

Semua benda jadi sasaran
Segala perkara kita salahkan
Termasuk teknologi dan juga kemajuan
Konon kerananya remaja hilang pegangan.

Kita lupa untuk bertanya
Kalaulah betul itu puncanya
Kenapa kebanyakan mangsanya remaja kita
Di mana silap, di mana tak kena?

Orang lain guna teknologi juga
Pengaruh sekitar pun tak banyak beza
Tapi mereka taklah bunting tak tentu hala
Taklah juga buang anak di merata-rata.

Sebenarnya, kalau betul nak di ambil kira
Kita semua salah belaka
Dari yang remaja dan muda belia
Sampailah kepada yang dah tua bangka.

Anak orang dijeling-jeling
Anak sendiri tak ambil pusing
Kononnya kerana nak tunjuk sporting
Sedar-sedar budak tu bunting.

Pegangan kita selamanya longgar
Mudah dipengaruh dalam dan luar
Semua benda kita nak sambar
Hukum hakam habis dilanggar.

Dah puas terhantuk dah puas ternganga
Barulah hukuman hendak dipinda
Tapi semua itu tak membawa makna
Kalau perangai dan otak masih di takuk lama.

bayi comel macam ni nak buang?? ish..ish..


nape ade mummy buang bayi????

kalau di didik jadi macam ni kan bagus..Terbaikkk


Jadi ape yang perlu????????

tak mao couple2 naa.....

kan lebih indah jika begini...^_^



Macam mana??? seloka ini saya ambil dari sebuah majalah..hehe
Harap anda semua terhibur & mengambil iktibar....

2 ulasan:

Niena Muhammad said...

cian kn, baby comel pn kna buang..isk.

Nur Zulaikha said...

hmmm.tu lah..kucing pun taw syg anak..

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”