Tuesday, June 21, 2011

Amalan? Amalan ape niE?


Assalamualaikum sahabat-sahabat? Kaifa halukum? Ni hao ma? Kabare?

Catatan kali ini saya akan cuba sedaya upaya untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul..hehehe
Sekiranya terdapat kesalahan bahasa, minta diperbetulkan... Baiklah, agak-agaknya apakah kaitan tajuk di atas dengan kisah yang ingin saya sampaikan?
Begini kisahnya, amalan yang ingin saya bincangkan ini terbahagi kepada 2. Bukan amalan kurafat @ kufarat @ syirik ya. Ini adalah amalan-amalan sunat mengikut takwim islam iaitu amalan sepanjang masa dan amalan mengikut bulan hijrah.


lebarnya senyuman..tiga!!!





AMALAN SEPANJANG MASA

  1. solat fardu berjemaah di masjid, surau atau di rumah.
  2. mendirikan solat sunat Rawatib.
  3. mendirikan solat-solat sunat yang tertentu(Tahajud,Duha,Tasbih dll.)
  4. membaca zikir ma'thurat selepas solat subuh.
  5. membaca al-Quran.
  6. menghadiri majlis ilmu(ceramah,kelas agama dll.)
  7. puasa sunat Isnin Khamis @ 13hb, 14, 15hb mengikut bulan takwim islam(dipanggil hari-hari bulan cerah), 28hb, 29, 30hb(dipanggil hari-hari bulan gelap)
  8. membaca segala wirid/doa harian.
  9. bersedekah.
  10. mengerjakan umrah jika mampu,khususnya bulan Ramadhan.
  11. memelihara mulut,mata,telinga,& anggota-anggota lain daripada perbuatan maksiat dan keji.
  12. mengingati MATI & menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat jenazah dan menghantarnya ke kubur.
  13. menziarahi sahabat handai,saudara-mara lebih-lebih lagi orang alim, para ulama & tuan-tuan guru.
  14. amar maaruf dan nahi mungkar.
AMALAN MENGIKUT BULAN HIJRAH

1) Muharam
  • 1-9hb sunat puasa
  • 10hb sunat puasa hari Asyura dan: 1) menyapu kepala anak yatim. 2)bersedekah kepada fakir miskin 3)bercelak mata pada waktu malam. 4)menambah perbelanjaan keluarga. 5)memperbanyakkan bacaan(sekurang2 70 kali)    
2) Safar
  • tidak ada amaln yang khusus melainkan perkara-perkara seperti amalan sepanjang masa yang telah diterangkan sebelum ini.
3) Rabiulawal
  • kebiasaanya orang islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awwal.
4) Rabiulakhir
  • tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa.
5) Jamadilawal
  • tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa.
6) Jamadilakhir
  • tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa.
7) Rejab

Rejab dikenali sebagai bulan ALLAH.
  • puasa 1 hari >mendpt keredhaan yg besar dari Allah.
  • puasa 2 hari > mendpt kemuliaan dari Allah.
  • puasa 3 hari > diselamatkan oleh Allah drpd bahaya dunia,seksa akhirat,penyakit gila & fitnah syaitan,dajjal.
  • puasa 7 hari > ditutup 7 pintu neraka.
  • puasa 8 hari > dibuka 8 pintu syurga.
  • puasa 10 hari > Allah akan memakbulkan permintaannya.
  • puasa 15 hari > Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.
  • tambahan puasa > menambahkan pahalanya.
  • membaca surah al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
  • membaca al-Quran.
  • membanyakkan doa, istighfar.
8) Syaaban

1- 15hb > Nisfu Syaaban.
                * Hidupkan malam dengan membaca surah Yasin 3 kali dan berdoa supaya:
                        # panjang umur serta dapat beribadat.
                        # murah rezeki.
                        # tetapkan iman.
                * Ibadat-ibadat lain.
                * Terdapat khilafiah pendapat ulama terhadap amalan ini, terpulanglah kepada kita.
                   Walaubagaimanapun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal.
                    seperti membaca al-Quran & sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa & tidak
                    semestinya dibaca Yasin 3 kali.
2- Digalakkan berpuasa kecuali pada hari syak iaitu 30hb Syaaban.

9) Ramadhan 

Dikenal juga sebagai bulan puasa, bulan al-Quran, bulan sedekah, bulan kesabaran dll.

  • Doa pada awal malam Ramadhan.
  • Solat sunat Trawih dan Witir pada waktu malam.
  • membanyakkan membaca al-Quran.
  • membanyakkan sedekah.
  • membanyakkan ibadat khususnya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
  • mengerjakan umrah(jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah bulan ini menyamai pahala satu haji bersama Rasulullah S.A.W
10) Syawal

  • membayar zakat fitrah sebelum solat sunat Aidilfitri.
  • solat sunat Aidilfitri / hari Raya.
  • puasa 6 hari dalam bulan syawal setelah sempurna puasa Ramadhan mendapat pahala puasa setahun.
  • membaca takbir dari terbenam matahari 30 Ramadhan sehingga solat sunat Aidilfitri.
  • hidupkan malam 1 Syawal dengan banyak beribadat.
11) Zulkaedah
  • tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa.
12) Zulhijjah

  1. 1-8hb. .> sunat berpuasa.
  2. 8hb.  > hidupkan mlmnya dgn bnyk beribadat.
  3. 9hb. > (hari wuquf) *hidupkan mlmnya dgn bnyk beribadat di Arafah. *disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji. *membaca surah al-ikhlas 1000 kali.
  4. 10hb. > (Hari Raya Haji)  *solat sunat Aidiladha. *membaca takbir. *melakukan ibadah korban/sedekah.
  5. 11-13hb. (Hari Tasyrik) *hidupkan malam dgn bnyk beribadat. * takbir selepas setiap waktu solat fardu.
  6. 30hb. *membaca doa akhir tahun hijrah. *membaca doa awal tahun Hijrah selepas Maghrib    
Akhir kalam, sekadar ini sahaja yang saya dapat kongsikan bersama sahabat.
Moga dapat berjumpa di lain halaman dan memanfaatkan halaman ini.
Wallahu'alam...     ~sharing is caring & loving~

~indahnya lukisan agung Pencipta~











2 ulasan:

along said...

dearest ika, terima kasih berbnyakk eaaa..onfo mcm nie dh lama kte cri...sorry, ket copy info kau sikit..harap hlalkan..;))-nab-

HamBa ALLAH said...

hehehe...its ok...juz copy...

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”