Saturday, March 9, 2013

Fariz Izhan Abdul Hadi- siapakah???




Assalamualaikum...

Bersua lagi...eh sape Fariz Izhan Abdul Hadi ni? skandal baru? anak buah baru? adik baru? salah salah. semua salah.. 

Beliau merupakan pemegang Diploma Teknologi Animasi di Kolej Yayasan Melaka. No wonder la kan.. (dah bg clue ni)

Ape yang membuatkan aku menulis pasal beliau ni?? 
Ni bukan sambungan Bakal Suamiku Seorang Doktor (1) dan (2) ea..takde kaitan langsung ok..tak pasal-pasal masuk Melodi. (perasan)

Mula-mula aku nampak beliau ni kat wall Fb dengan lukisan-lukisan die.. Bagi aku memang sangat kagum la. Nak buat doodle pun terkial-kial inikan nak melukis dalam software, memang tak la kan.. Lukis bangunan guna autoCAD aku tahu la (tetibe jadi arkitek). 

Nie antara lukisan-lukisan beliau

dalam proses


Hasilnya.. TARAAAAA







Comel tak?? memang comel lukisan die secomel orang di dalam tu..sape tak kenal kan..




walaupun aku ni peminat cerita korea..tapi tak kenal pun dengan mamat ni..haha



^_^ nak autograph !!


tiba-tiba aku pick gambar ni..apakah???


suka sgt dgn gambar ni... 10 bintang!!!




ehem..yg ni aku request kt empunya badan suruh lukis..pandai2 la korang teka.




ini request yg ke-2..jangan jeles ok...sape boleh teka ni siapa???




Sebenarnya N.Z ade request jugak utk lukisan sendiri (*blushing2*)


i'm the simple one..kaifa halukum? anyyeonghaseyo!!!!


Mula-mula takut jugak la kene bayaran sampai berpuluh-puluh kan..but..you know what..its a FREE..di ulangi sekali lagi..tiada bayaran dikenakan.. memang saya appreciate sangat2 la.. Terima kasih, syukran, thank you, xie xie, kamsahamnida pada Fariz Izhan Abdul Hadi...

Lukisan awak memang terbaik! Kena asah bakat lagi supaya terus bersinar. Moga anda dapat manfaatkan kelebihan anda untuk agama, bangsa dan negara. Mungkin juga anda boleh berdakwah melalui lukisan-lukisan ni..ohsemm kan :D

Opss..lupe plak nak tunjuk tuannya..

inilah dia empunya nama.... Tahniahhh!!!



Bestnya dapat pegang scroll tu kan.. Last aku merasa masa tahun 2010.. Yang akan datang..inshaAllah akan merasa lagi.. Doakan N.Z ye..











p/s: agak2..nk tk die lukiskan cover utk novel to be N.Z nnt?hihi





Read more...

CPR -cium mulut??

Assalamualaikum...

ohooo..kontroversi pulak tajuk entry aku ni..

Sebelum cuti mid sem baru-baru ni kami (jururawat pelatih) ade program CPR (Cardiopulmonary Resuscitation). Kami WAJIB ambil kursus ni untuk mantapkan lagi kemahiran sebagai seorang jururawat..ahakkss

Mula-mula aku rase macam nak tergelak sebab mase kecik-kecik dulu selalu bayangkan yang CPR ni cium mulut.opsss.. Tanggapan itu salah sama sekali..hoho ... Otak suci je time tu..mane tahu ape-ape ye dak.. 

Sehinggalah aku diperjodohkan dengan CPR ni..

CPR ni bertujuan untuk mengembalikan fungsi jantung iaitu membantu jantung berdegup apabila terhenti.. Jantung akan tiba-tiba berhenti disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu CPR adalah salah satu cara bagi menyelamatkan mangsa sebelum dihantar ke hospital. Kita mungkin boleh menyelamatkan mangsa dengan memberi bantuan CPR. (dah macam pengacara majalah 3 la plak)

Ade step-step utk melakukan CPR ni..caranya adalah

DR ABCD 

D (danger) :bermksud alihkn mngsa dari kawasan yg bahay ke kawasan yang selamat,keras dan rata bg teknik CPR yg efektik.

R (respon) : tepuk bahu mangsa dan tanya sama ada die sedar atau tak..contoh "sir sir are you okay?" kalau takde respon jerit utk meminta pertolongan supaya bantuan tiba "you, please call 999"

A (airway) : kekalkan patensi salur pernafasan.iaitu membuka ruang salur pernafasan dgn menggunakan kaedah head till chin lift. angakt sedikit dagu dengan menggunakan jari. Jangan angkat lebih2 kang terkehel pulak.

B (breathing) : check pernafasan dengan melihat pergerakan dada..adakah terdapat pergerakan dada?

C (compress) : jika tiada pergerakan dada.lakukan CPR selama 5 cycle 2 blow

D (defibrillation) : jika mangsa tidak memberikan respon setelah CPR dilakukan kejutan elektrik diberikan setelah bantuan tiba.

OK..mase nak buat compression (yg duk tekan-tekan dada tu) ni pulak kene ade 5 perkara..location -between niple,centre of chest,deep 5cm,ratio 30:2, method:push hard push fast.

Perkara ni memang kene belajar untuk kita bantu siapa-siapa saje yang akan memerlukan. At least kite bantu dia untuk pulihkan fungsi jantung. Memanglah ajal itu Allah tentukan tapi kita seharusnya cuba sedaya upaya untuk selamatkan. Kalau tak berjaya dah ajal dia lah kann..

Lagi satu.perkara ni kene buat betul-betul sebab kalau kita salah teknik,ia akan menyebabkan komplikasi lain pada mangsa contohnya tulang rusuk patah. Memang niat kite nak selamatkan dia tapi bile dia dah selamat tapi ade kecederaan pada tulang rusuk,tak pasal-pasal die saman pulak orang yang buat CPR kat dia.tak ke naya...

Bagi diri saya.ia merupakan pengalaman yang amat berharga ^_^. Terima KAsih Allah sebab hadirkan aku di tempat ini.


inilah namanya compression 


yg ni plak blow..mujur patung..kwn aku tak sedar gambar die kene snap..haha*


opsss..tetibe bertukar wajah..yg ni utk baby plak..






p/S:  kadang2 perkara yg kite suke tu mungkin tak baik utk kita dan perkara yg kita tak suke tu baik utk kita.. He knows what the best for us



Read more...

Short

Assalamualaikum..

tajuk entry pun short kan?? maka kisahnya pun short lah..hahaha..

~facebok~

"akk kite nk couple ngn akk blh?"


desperate agknye budak ni..hambik kau..nyah kau dari facebook aku..ni bukan kali pertama kau buat..takde warning dah!


p/s: marah benar

Read more...

Thursday, March 7, 2013

Sinetron Pertama

Assalamualaikum.....

Okayh..entry kali ni bukan nak cakap pasal sinetron yg ade kt tv skrg ni..
kalau korang ingat lagi..mase tu aku form berape ntah..rase mcm kecik lag la (hailaa..perasannye)..suke sgt tgk cite ni..jeng jeng jeng....ce like ke komen sape yg pernah tgk cite ni.....

TAPI.......

aku baru nk tgk balik..kire mcm flash back balik la tp tkde dah cerite tu dlm you tube...waaaaa T_T

MAse tu pengaruh Nabila ni mmg sgt kuat la kat aku..(mcm motivasi la plak..)

Nak layan cerite die dh takde..dgr lagu pun boleyyy la..huhuhuhu


cute nye budak ni


kecik lagi budak ni..dah pndai..yg ni korang WAJIB tgk mcm mne karekter budak tu

Sekian utk entry kali nie..saje nk flash back balik..nk sgt3 tgk cerita ni balik..gi mana ya caranya bisa ku mendapatkannya (terspeaking indon la plak)


p/s: actually, aku tk minat sgt sinetron2 ni tp cerite ni la yg terawal dan yg terakhir aku minat ^___^


Read more...

Saturday, March 2, 2013

Bakal suamiku seorang doktor??? (Part2)

Assalamualaikum..

sebelum ni N.Z ade buat entry pasal ni..aku sendiri pun tak tahu kenapa aku buat entry tu..hahahaha..kalau nak tahu lagi lanjut korang godek-godek la sendiri ea.. 

sambungan dari Bakal Suamiku seorang doktor???

"Asilahh!!!" aku memanggil rakan seperjuanganku itu yang asyik leka dengan buku Anatomy dan Physiologynya. Dia hanya berseorangan di situ.

"Kenapa kak? Happy semacam je. Ada apa-apa ke?" sambil menepuk-nepuk kerusi disebelahnya supaya aku duduk di situ. Asilah ini memang suka benar mengulang kaji pelajaran di pondok sebab persekitarannya yang hijau. Tenang katanya.

"Akak ada mimpi seseorang..." Belum sempat aku menghabiskan ayat yang seterusnya terus dia memotong percakapan ku.

"Kita tahu! Akak mimpi Dr.Fairus kan?" sambil menutup bukunya. Dengan wajah yang penuh berminat dan menggenggam jari-jemariku dia memandang wajahku dengan mengharapkan penjelasan yang seterusnya.

"Ishh..ada ke buat mata macam tu. Kecik besar kecik besar,tak sakit ke?" selorohku.

"Akak ni, kita excited nak tahu ni. Cepatlah cerita." sambil menampar lembut bahuku.

Aduh! Berbisa juga tangan yang sekecil itu. Aku tersenyum memandangnya. Ya, dialah sahabat dan dialah adik. Jarak usia tidak membataskan kami untuk menjadi teman rapat. Banyak kisah suka dan duka dikongsi bersama walaupun perkenalan yang sesingkat cuma. Aku pun memulakan kisah ku dari awal hingga akhir.

"hahahaha.Akak ni kelakar la. Boleh terbawa-bawa sampai ke mimpi. Biar mimpi sampai ke bintang" dia menyanyikan lagu yang dinyanyikan oleh juara Vokal Bukan Sekadar Rupa, Asmidar.

"Akak ludah ke kanan tak? Mana tahu, jadi kenyataan kan." 

"A'ah la. Tak teringat la pulak." kini giliranku pula yang menyengih.

Pukul 2 petang nanti kami akan naik ke wad bagi memulakan tugas sebagai jururawat pelatih. Jadi waktu pagi-pagi begini adalah masa untuk kami berehat dan mengulang kaji pelajaran. Penat tu biasalah. Mana ada pekerjaan yang tidak penat dan tidak memerlukan tenaga bukan?

"Petang ni, tunggu Asilah dekat tempat biasa ya?" sambil mengemaskan buku-bukunya. Aku menganggukkan kepala.

Rajin benar dia mengulangkaji pelajaran walaupun sesi pembelajaran sudah tamat. Aku?? Hmmm... Pasang surut semangatnya mengikut kelajuan ombak. Mujurlah hanya sesi praktikal sahaja yang tinggal, boleh la menenangkan fikiran sebentar. Tiba-tiba sahaja aku teringatkan seseorang. Hatiku di runtun rasa pilu. Apakah yang sedang dilakukannya sekarang ya. Dia sendiri tidak pasti.

"Akak dengar tak apa yang kita cakap tadi?" soalan Asilah mematikan lamunan ku.

Terus aku kembali ke dunia yang nyata. Tempat dimana aku berpijak sekarang.

"Ye..akak dengar..jom kita siap-siap."sambil bergerak meninggalkan perkarangan tersebut.

................................................................................

You have one message

"saya sukakan awak!" terkejut Zulaikha apabila mendapat pesanan ringkas daripada Khairi. Tersalah hantar pesanan barangkali..

"silap hntr sms ea?" aku membalasnya.

You have one message 

"taklah. Mmg sy nk hantar kat awak pun. Dah lama sebenarnya sy pendam. Memandangkan kita dh hbs SPM, sy patut bagitau perasaan sebenar sy pada awk. Walaupun kita hanya berkenalan kat laman sosial tapi hati sy senang dengan kelakuan awk."

Aku seperti tidak mempercayai kata-katanya. Yela..kata-kata orang lelaki ni selalunya manis. Lebih manis dari gula. Silap-silap boleh dapat Diabetes. Aku biarkan sahaja mesej itu tidak berbalas. Sengaja aku berbuat begitu. Dia harus ku ajar!

2 jam kemudian...

You have one message

Nampaknya dia tak berputus asa. Aku buka pesanan ringkas tersebut.

"sy tahu awk mesti terkejut dgn pengakuan sy kn. Takpe take your time utk terima kenyataan ni. InsyaAllah kenyataan ni takkan berubah sehinggalah sy dpt jumpe awk depan mate sy sendiri. Sy terima seadanya dgn diri awk. Kalau sy ajak jumpe msti awk tak nak kan. Jadi biarlah masa yg tentukan segalanya. Sy harap awk simpankan sdkt ruang di hati awk utk sy. Kalau awk dh ade pilihan yg lain bgtw sy supaya sy tak terasa dipermainkan. Wasalam."

Lidah ku kelu seribu bahasa. Nak percaya ke tak. Hmmm..biarlah masa tentukan segalanya. Kalau benar dia jodohku, aku redha. Cehh..pandai pulak kau ni berfalsafah. Baru je habis SPM kot. Perasan betul.

Ya..aku tak nafikan walaupun aku dan Khairi hanya berkawan di laman sosial, aku tetap selesa berkawan dengannya. Dia tahu menjaga batas-batas pergaulan antara kami. Kadang-kadang banyak nasihat yang aku perolehi daripadanya. Itulah yang membuatkan aku suka berkawan dengannya.

"Akak dah sampai mane ni?" suara Asilah mengejutkan lamunanku. Kusss semangat. Macam tahu je aku tengah berangan. Adesss

"Errr...sampai Korea kot." selorohku pula.

Okey. Kene fokus ye wahai Zulaikha. Kau akan berhadapan dengan pesakit ni. Ok.Sharp! Aku sampai pada jam 1.40 petang di wad D3. Setelah menulis nama di buku log, aku melihat keadaan pesakit-pesakitku. 30 orang semuanya. Harapnya diorang boleh terima perawatan yang akan aku berikan. In Shaa Allah!!!

to be continued......


p/s: maaflah kalau babak ni agak boring..sy baru lagi nak menulis..harap boleh beri tunjuk ajar...peaceee










Read more...
 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”