Saturday, March 9, 2013

CPR -cium mulut??

Assalamualaikum...


ohooo..kontroversi pulak tajuk entry aku ni..

Sebelum cuti mid sem baru-baru ni kami (jururawat pelatih) ade program CPR (Cardiopulmonary Resuscitation). Kami WAJIB ambil kursus ni untuk mantapkan lagi kemahiran sebagai seorang jururawat..ahakkss

Mula-mula aku rase macam nak tergelak sebab mase kecik-kecik dulu selalu bayangkan yang CPR ni cium mulut.opsss.. Tanggapan itu salah sama sekali..hoho ... Otak suci je time tu..mane tahu ape-ape ye dak.. 

Sehinggalah aku diperjodohkan dengan CPR ni..

CPR ni bertujuan untuk mengembalikan fungsi jantung iaitu membantu jantung berdegup apabila terhenti.. Jantung akan tiba-tiba berhenti disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu CPR adalah salah satu cara bagi menyelamatkan mangsa sebelum dihantar ke hospital. Kita mungkin boleh menyelamatkan mangsa dengan memberi bantuan CPR. (dah macam pengacara majalah 3 la plak)

Ade step-step utk melakukan CPR ni..caranya adalah

DR ABCD 

D (danger) :bermksud alihkn mngsa dari kawasan yg bahay ke kawasan yang selamat,keras dan rata bg teknik CPR yg efektik.

R (respon) : tepuk bahu mangsa dan tanya sama ada die sedar atau tak..contoh "sir sir are you okay?" kalau takde respon jerit utk meminta pertolongan supaya bantuan tiba "you, please call 999"

A (airway) : kekalkan patensi salur pernafasan.iaitu membuka ruang salur pernafasan dgn menggunakan kaedah head till chin lift. angakt sedikit dagu dengan menggunakan jari. Jangan angkat lebih2 kang terkehel pulak.

B (breathing) : check pernafasan dengan melihat pergerakan dada..adakah terdapat pergerakan dada?

C (compress) : jika tiada pergerakan dada.lakukan CPR selama 5 cycle 2 blow

D (defibrillation) : jika mangsa tidak memberikan respon setelah CPR dilakukan kejutan elektrik diberikan setelah bantuan tiba.

OK..mase nak buat compression (yg duk tekan-tekan dada tu) ni pulak kene ade 5 perkara..location -between niple,centre of chest,deep 5cm,ratio 30:2, method:push hard push fast.

Perkara ni memang kene belajar untuk kita bantu siapa-siapa saje yang akan memerlukan. At least kite bantu dia untuk pulihkan fungsi jantung. Memanglah ajal itu Allah tentukan tapi kita seharusnya cuba sedaya upaya untuk selamatkan. Kalau tak berjaya dah ajal dia lah kann..

Lagi satu.perkara ni kene buat betul-betul sebab kalau kita salah teknik,ia akan menyebabkan komplikasi lain pada mangsa contohnya tulang rusuk patah. Memang niat kite nak selamatkan dia tapi bile dia dah selamat tapi ade kecederaan pada tulang rusuk,tak pasal-pasal die saman pulak orang yang buat CPR kat dia.tak ke naya...

Bagi diri saya.ia merupakan pengalaman yang amat berharga ^_^. Terima KAsih Allah sebab hadirkan aku di tempat ini.


inilah namanya compression 


yg ni plak blow..mujur patung..kwn aku tak sedar gambar die kene snap..haha*


opsss..tetibe bertukar wajah..yg ni utk baby plak..






p/S:  kadang2 perkara yg kite suke tu mungkin tak baik utk kita dan perkara yg kita tak suke tu baik utk kita.. He knows what the best for us


3 ulasan:

biela bell said...

tu dia nurse..
suka tgok ko pakai uniform nurse..hehe ^_^

nini said...

hehe...dulu pon selalu anggap cpr=cium molot...hehe

Mr. Doctor said...

Ala comolot ja la... Kompem tersedar balik.. Hehe

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”