Monday, January 23, 2012

Tak couple maka tak kenal? Haha.- by Hilal Asyraf -

Assalamualaikum...

Pagi yang indah lagi mendamaikan.. Bersyukur ke hadratNya kerana masih lagi diberi peluang untuk menikmati alam ciptaanNya serta mampu untuk menulis buat tatapan pembaca sekalian.. Rasa tak molek sekiranya saya tidak berkongsi dengan anda satu artikel yang sangat sangat menarik.. Artikel ini saya ambil dari Official Hilal Asyraf.. Selamat membaca..

*amaran*ini adalah copy paste semata-mata..untuk maklumat lanjut boleh klik >sini<

Assalamu'alaikum.
Ada orang bangkitkan.

"Kalau tak couple, macam mana nak kenal hati budi orang itu? Macam mana nak tahu dia baik ke tak? Macam mana nak pastikan dia sesuai dengan kita atau tidak?"

Kemudian katanya,

"Kalau bercinta itu hanya selepas kahwin, macam mana kalau lepas kahwin tup-tup tak jadi cintanya. Macam mana?"


Pertamanya, saya suka nak sebut.
Saya tak ajar kata tak ada bercinta sebelum kahwin. Saya kata ada. Tetapi tidaklah bercinta versi hollywood atau versi melayu, atau versi korea atau versi jepun yang kita sering lihat di kaca TV atau realiti kehidupan. Bercinta versi Islam. Sebelum kahwin pun ada.

Rujuk lebih lanjut berkenaan hal itu di sini ----->  http://www.facebook.com/notes/hilal-asyraf/couplecinta-saya-kata-tidak/2202426305599


Tak couple maka tak kenal?

Baiklah. Kita masuk ke dalam bab asal. Kalau tak couple, macam mana mahu kenal?
Sebenarnya, Islam ini tidaklah se'rigid' yang disangka. Islam meraikan fitrah manusia. Macam saya kata, Islam tak haramkan seks. Tetapi Islam mendidik kita untuk meletakkan seks pada tempatnya(yakni selepas perkahwinan), agar nasab(salasilah keturunan) manusia terjaga, dan tidak pula manusia dijangkiti penyakit merbahaya.

Begitulah dalam hubungan lelaki dan perempuan. Islam tidak haramkan langsung. Tetapi Islam mendidik kita untuk meletakkannya pada tempat sepatutnya. Dan couple, bergaul tanpa batas, bukanlah apa yang Islam didik dalam hubungan lelaki perempuan.

Kalau kita perhatikan secara jelas, satu-satu organisasi Islam itu, digerakkan oleh lelaki dan wanita. Bersama-sama. Mereka berhubungan. Tetapi dalam batas yang ditetapkan. Tidak pula berlebih-lebihan, dan jauh sekali melanggar hukum syara'.

Dalam isu rumah tangga, membina rumah tangga bukan perkara yang kecil. Mustahil di dalam Islam, benda sebegitu besar, disuruh membinanya dalam keadaan gelap. Islam yang indah ini, pastinya mendidik ummatnya agar membina sesuatu yang besar seperti rumah tangga ini, dalam keadaan jelas, keadaan faham, dan berhati-hati.

Maka di antara step dalam membina rumah tangga di dalam Islam adalah ta'aruf, yakni berkenalan.

Tetapi, indahnya Islam ini, tiadalah perkenalan itu dilakukan semberono sahaja. Tetapi berjalan dalam keadaan terjaga, bersih, dan menyenangkan. Tidak pula membawa kepada maksiat, dan tidak pula memberikan keburukan.

Tak couple maka tak kenal?

Itu pada saya hanya satu ketakutan kita, dalam meninggalkan sesuatu yang kita nampak 'biasa'.

Kita biasa nampak orang kalau nak kenal, dia couple dulu. So, bila kita diajak meninggalkan 'kebiasaan' itu, kita risau.
Saya memahami kerisauan itu. Tetapi jalan yang kita mahu ambil sekarang adalah jalan yang Allah SWT sarankan.

Tidakkah kita membaca firman Allah SWT:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." Surah An-Nur ayat 30-31.



Kalau benar suka, bergeraklah.

Kalau benar suka, jatuh cinta kepada seseorang, selain saya tidak menafikan keperluan kita melakukan Istikharah, berdoa kepada Allah SWT, kita juga perlu bergerak berusaha.

Tetapi apakah berusaha ini dengan mengorat? Tidak.
Bagaimana kita boleh hendak beribadah(rumah tangga adalah ibadah) sekiranya kita memulakannya dengan maksiat kepada Allah SWT?

Tetapi apakah ketaatan kepada Allah itu akan merencatkan usaha kita untuk membina rumah tangga ini? Sama sekali tidak.

Kalau sudah suka, maka pertama sekali buatlah background checking. Saya amat tekankan perkara ini. Anda kenal dengan siapa yang rapat dengan orang yang anda suka itu? Tanyakan.

Saya sendiri, bila jatuh hati dengan perempuan yang saya suka, saya pergi bertanya kepada yang rapat-rapat dengannya. Senior-senior, ustaz-ustazah, keluarga, untuk tahu berkenaan dirinya. Saya hingga pergi berziarah ke rumah perempuan yang saya suka. Berkenalan dengan ibu bapanya. Tinggal masa itu saya tidak nyatakan hasrat saya. Sebab saya sekadar nak tengok, perempuan yang saya suka ini, keluarganya bagaimana. Rumahnya bagaimana.

Kita perlu ingat, kita perlu dipandu keimanan di dalam hal ini, bukan dipandu rasa. Sebab itu, background checking adalah perlu. Kita bukan ikut rasa suka kita semata-mata. Suka, terus nak kahwin. Jangan demikian. Buat background check dulu.

Kata nak berkenalan kan? ^^

Ustaz Dahlan bin Mohd Zain ada ajar saya bahawa, bila benar-benar hendak berkahwin ini, mengintai tingkah laku orang yang kita berkenan itu pun dibenarkan. Sebab, kita nak kahwin dengan orang yang betul-betul menyenangkan kita. Jadi, adalah dibolehkan untuk kita mengintai mereka. Tetapi bukanlah mengintai hingga ke privacy mereka. Dan dengan syarat, benar-benar untuk berkahwin. Bukan berniat jahat, bermain-main dan sebagainya.

Jadi, jelas. Background check. Itu level pertama 'berkenalan' dalam hal nak betul-betul nak berumah tangga ini.

Kemudian, bila sudah berpuas hati, rasa dia ok dengan kita, maka buatlah move yang kedua.

Iaitu hantar wakil untuk menyatakan perasaan kita kepadanya.

Tetapi pun, hal ini, lihatlah kondisi diri.

Kalau diri tu masih sekolah, kalau diri itu masih tidak mampu sara hatta diri sendiri, ibadah masih tunggang langgang, fikir-fikirlah panjang-panjang.

Saya, secara peribadi tak ada masalah dalam bab umur, or bab tak ada duit. Asalkan, saya ulang, asalkan, kita lakukan dulu perbincangan dengan kedua-dua ibu bapa kita, penjaga kita. Yang ada ustaz ustazah yang kamcing dengan kita tu, bawak-bawaklah ustaz ustazah itu juga masuk dalam perbincangan ini. Tanya pendapat. Kalau semua rasa kita sesuai teruskan perkara ini, teruskan. 

Baik, masuk bab hantar wakil itu semula. Yang lelaki hantarkan wakil, mak ayah, penjaga dan sebagainya. Saya tak galakkan hantar wakil dari kalangan rakan-rakan. Kerana, siapa tahu sejauh mana rakan-rakan anda itu 'jauh lebih matang daripada anda'. Wakil ini, bukan taraf posmen karat. Wakil ini, perlulah dari kalangan orang yang anda boleh percaya dia, yang dia itu boleh tarik anda, perbetulkan anda kalau anda salah. Jadi, saya prefer ibu bapa, penjaga, mas'ul atau mas'ulah, dan yang setaraf dengannya. 

Yang perempuan pun sama. Selepas buat background check, hantarlah wakil.Kenapa penting hantar wakil ni? Kenapa tak boleh main pendam sahaja sampailah tiba-tiba jejaka/puteri idaman hati itu tiba-tiba datang kepada kita?Saya sudah jelaskan dalam note yang lepas.

Kalau tak bagitahu, tak make the move, akan ada dua situasi.

situasi 1 --> Pendam lama-lama, tup-tup dia tak suka kita pun. Frust sahaja bertahun-tahun bazir waktu. Sedangkan, kalau kita tahu, kita boleh sahaja mula cari yang lain pula.

situasi 2 --> Pendam lama-lama, tup-tup rupanya dia suka kat kita. Tinggal kita lambat buat move, dia kahwin dengan orang lain.

Jangan cakap kat saya fasal "dah tak ada jodoh, nak buat macam mana"
Di sini, walaupun kelihatan anda seperti redha dengan takdir, sebenarnya anda lebih kepada menyalahkan Allah SWT.

Sebab sebenarnya, yang salahnya adalah anda. Setiap musibah yang menimpa kita, hakikatnya adalah perbuatan tangan kita sendiri.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”  Surah Asy-Syuura ayat 30.

Kemudian, apabila diterima, kita biasanya akan masuk ke alam pertunangan.
Di alam pertunangan inilah sebenarnya kita memanjangkan lagi ta'aruf.

Janganlah sampai tidak berhubung langsung. Kononnya hendak menjaga syara'. Hendak menjaga diri dari zina hati kononnya. Berhubunglah. Tetapi dengan batas. Pastikan penjaga tahu, ibu bapa tahu bila kita berhubung. Dan sebenarnya, perbanyakkanlah berhubung dengan penjaganya, berbanding berhubung dengan tunang kita. Eratkanlah hubungan kekeluargaan, perdalamkanlah ta'aruf dengan banyak bertanya kepada kedua ibu bapanya. BEerta'aruf dengan pasangan sepanjang pertunangan juga penting, tetapi berpada-padalah. Nasihat saya, banyakkan berhubung dengan ibu bapanya, dengan ahli keluarganya yang lain.

Dan kalau perlu berbincang sesuatu perkara, berbincanglah pakai telefon. Tiada salahnya. Janganlah kerana terlalu nak menjaga, berbincang hanya di atas email dan sms sahaja. Tulisan ini, orang boleh interprestasi 1001 macam interprestasi. Maka situasi perbincangan, berjumpalah(dengan ibu bapa ada sekali) atau pakailah telefon, skype ke, bukannya salah. Nak bina rumah tangga. Kenalah serius. Betul-betul.

Ketika bertunang ini, dibenarkan pergi makan bersama. Tetapi bawalah keluarga. Bukanlah lebih indah dan lebih terjaga?Bukan tidak dibenarkan keluar bersama. Tetapi bawalah keluarga. Bukankah itu lebih cantik dan terjaga?

Saya jujurnya, saya keluar makan dengan tunang saya juga. Saya keluar shopping dengan dia.Tetapi dengan keluarga kami. Kami ditemani kedua-dua ibu bapa kami.

Saya beri hadiah kepada dia. Dia beri hadiah kepada saya. Bahkan kami berbincang lagi dengan kedua-dua ibu bapa kami, hendak bagi hadiah apa.

Saya sering sahaja berziarah ke rumahnya semasa saya pulang ke Malaysia. Bersembang dengan kedua-dua ibu bapanya. Bersilaturrahim dengan abang-adiknya.

Tidak perlu pun saya bercouple berdua-duaan dengannya untuk mengenalinya.
Tetapi saya amat yakin saya mengenali tunang saya. Semestinya bukan 100%, tetapi cukup untuk saya kata, dia adalah yang terbaik saya mampu cari setakat ini untuk diri saya. Cukup untuk menyenangkan hati saya, bahawa bakal isteri saya nanti adalah yang sesuai dengan saya.Banyak lagi kalau hendak diceritakan antara saya dengan tunang saya.
Tetapi indah rasanya kalau cerita itu semua selepas kami berkahwin nanti insyaAllah. 
Kena minta izin dia dulu. ^^

Nah.Siapa kata kalau tak couple maka tak kenal?

Tidak perlu couple pun. Tidak perlu merendahkan maruah kita pun. Tidak perlu berhubung bebas pun.
Kenal tetap dapat kenal.

Bahkan, dapat menjaga kehormatan diri, bersih, jauh dari maksiat dan sebagainya.

Penutup: Sesiapa yang faham keluasan Islam, maka dia akan senang dengannya.
Ramai yang tidak mengetahui keluasan Islam.
Ramai agamawan, hanya tahu memberitahu batasan itu dan ini, itu dan ini. Hingga kadangkala mengharamkan yang halal. Kononnya untuk menjaga. Perkara ini  banyak menimbulkan kekacauan sebenarnya. Pada saya, kalau hendak menjaga ketat-ketat sangat, sampai jumpa pun tidak, sampai bincang pun tidak, tak patutlah sebenarnya.

Yang Islam bagi tu, bagilah. Kenapa mesti hendak tak bagi.
Bila cerita apa yang Islam tak bagi, patut tunjukkan apa yang Islam bagi.kena faham bukansemua orang faham Islam macam orang agama faham. 

Jadi, kepada yang masih tidak memahami perkara ini(cinta, bina rumah tangga cara Islam n so on), perhatikanlah artikel saya ini.
Mana kurangnya? Bahkan banyak lebihnya.

Anda jauh dari maksiat. Anda jauh dari  kerosakan maruah.
Anda berada dalam rahmat Allah.
Kenal dapat kenal. Kahwin dapat kahwin. Bahagia insyaAllah bahagia.
Maka di mana downsidenya?

Memanglah mungkin kelihatan tidak seromantis mereka-mereka yang keluar-keluar berdua-dua(atau secara berkumpulan) itu. Tetapi yakinlah, sebentar sahaja benda ini. Selepas kahwin, nah, pergilah ke tepi pantai, pergilah ke shopping complex, nak share satu cawan satu straw, nak share satu pinggan satu sudu satu garfu, semua boleh. Jangan risau. ^^

Lagipun, anda perhatikanlah.
Kalau benar cinta, mestilah hendak ke syurga Allah SWT.
Jadi, apa kes kita buat benda yang tak syar'ie atas nama cinta?
Itukan membawa ke neraka? Maka bagaimana itu boleh dinamakan cinta?
So, siapa kata tak couple maka tak kenal?
^^

~ Hilal Asyraf ~
http://langitilahi.com
http://www.facebook.com/pages/Hilal-AsyrafOfficial/245964752094643


p/s: macam mane???? 
*biarlah 'dia' yg halal buat saya.. ^_^

Read more...

Thursday, January 19, 2012

Segmen : Jom blogwalking!

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak join segmen.. Maka dengan secara rasminya N.Z nak join satu segmen ni oleh blogger Fatin Diana..


Boleh la kita berkenal-kenalan dengan rakan2 lain..bertukar2 pendapat dan menerima nasihat..dan ape yang paling penting ialah menyebarkan ilmu yang kita ade..ye dak?? Janganlah segan2 nak join ye..dijemput masuk..cepat2 taw..
tarikh tutup  20 Jan 2012 - 12 a.m...



p/s : mood bersegmen plak..

#update
ni  list yg akan N.Z blogwalking sume..insyaAllah akan terjah satu2..tunggulah ye..hehehe

  • http://mohamadsolehin.blogspot.com/2012/01/jom-blogwalking.html

  • http://bilashinjuberbicara.blogspot.com/2012/01/jom-blogwalking.html

  • http://blackstar-athirah.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://eeniemeeniemo.blogspot.com/2012/01/jom-blogwalking-bersama-fatin-diana.html

  • http://liyanabtabdrahman-anabanana.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://arazua.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://93skidstory.blogspot.com/2012/01/segmen-blog-walking.html

  • http://yosoylindo10.blogspot.com/2012/01/nak-join-gak-jom-blogwalking.html

  • http://www.mialiana.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://hatinufid.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://f-farhana98.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://www.linazlina.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://makwepakwekintan.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://nadzawe.blogspot.com/2012/01/jom-blogwalking.html

  • http://gadeshmanje.blogspot.com/2012/01/segmen-jum-blogwalking.html

  • http://lystra-lily.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://pinkydiary-secret.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://suehada-vanillacoklat.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://ribut-mengundang.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://fairycadbury.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://ceritasukadukasaya.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://siapaitulauren.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://girangdottaeminmuch.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://skytechxtreme.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://maszull.blogspot.com/2012/01/jom-berblogwalking.html

  • http://wwwzuemygen91.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://shipofdream.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://selendanqpelangi.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://diariqiqilala.blogspot.com/2012/01/jom-join-segmen-jom-blogwalking.html

  • http://hairuliza-anakku.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html

  • http://dieylashaza.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-berblogwalking.html

  • http://nurulskrip.blogspot.com/2012/01/segmenjom-blogwalking.html

  • http://rozitadaud21.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-blogwalking.html 




  • Read more...

    Wednesday, January 18, 2012

    Kau kau, Aku Aku.... Tak payah nak sibuk-sibuk okay!!!

    Assalamualaikum.....

    Sempat jugak tadi join G.A by butik fiq'ra..hehehe... Wahhh..tengok tajuk macam ganas giler..kasar nye bahasa kau!!..uhuk3x...ni lah ayat muda mudi sekarang kan (eleh macam lah kau tu dah tua..papp)... Pernah dengar tak frasa "jangan jaga tepi kain orang" ? Secara abstraknya nampak macam 
    "what the...nak tengok tepi kain orang..nak mengintai ke atau nak tengok kain tu jahit guna kaler ape?" 

    dan kebanyakan orang akan menjawab
     "kau jangan sibuk nak jaga tepi kain aku..tepi kain kau,kau jage sendiri"

    Aisehh main tepi kain la pulak... Hmmm..kita hidup ni bermasyarakat..nak tak nak kene jage tepi kain orang jugak..maksud N.Z disini ialah..yelahh kite kenalah ambil tahu hal2 jiran kita..die ade masalah ke..die ade dera anak ke..kena rompak ke..kalau ade ape2 yg diperlukan hulurlah bantuan..mcm tu lah...ok??

    Secara peribadinya..N.Z pernah mengalami situasi sebegini..situasi ape ye? untuk memudahkan penceritaan N.Z akan buat perbualan...

     All : Salam Bil...watpe tu?nk mintak tlg sikit leh tak?
    Bill : Wslm..takde watpe..pe die?

    sesi introduction pun bermula dlm kira2 3 minit kerana si All ni nak mintak tolong dari si Bill..

    setelah selesai
     Bill : wehh All..aku nak tegur sikit boleh?
     All  : pe dia?cakaplah..
     Bill : aku harap ko jangan lah marah aku ye..?
     All  : ok..
     Bill : kalo ikutkan tak manis tangkap gambar berdua-duan dgn bukan muhrim..ape      yg aku blaja aku cube amalkan dan share ilmu yg aku dpt tu kat org lain.harap ko tak kecik ati ngan aku..yela,aku pun bukn baik sgt,tp ape yg nmpk depan mate kite,kenalah tegur barulah same2 tak berdosa..kalo aku buat slh pun ko blh tegur ak..takde hal lah..
     All :ok

    setelah itu, si All pun remove la balik gambar die dgn boyapren tersebut...tidak lama kemudian si Bill menhubungi si A utk bertanyakan sesuatu namun setiap pertanyaan yg ditanya dijawab acuh tak acuh..Maka si Bill terasa seperti ada yg tidak kene dgn si All maka tercetuslah....

    Bill : ko marah ngan aku ke?
    All  : x
    Bill : hbs nape ko mcm acuh tak acuh je layan aku?selalu ko tak macam ni.
    All  :xde pape
    Bill : ko marah psl pic* tu ke?
    All  :ko ni knp!
    Bill : aku mintak maaf kalo ko terasa ngn ak..ak tegur tu sbb ak syg sume kwn2 ak..sebab ak tegur ko tu..ak juga harap nnt bila ak wat salah..ade org tegur ak jugak..ak mintak maaf sgt2..
    All  : dh la.nk tido!

    hampir sebulan jugaklah All ni 'hilangkan' diri..segala komen dan pertanyaan dr Bill semua di'delete' oleh All dlm FB nya..padahal Bill post sume tu takde kaitan langsung dgn hal teguran tu... "ko uitm s.alam kan?ni seksyen bape ek..ak dpt temuduga kat sane" <-- komen ini di delete sehari selepas itu...bukan ape, All blaja kat sane mestilah dah tahu selok belok kat sane kn..bukan tak nak tanya org lain tp kebanyakan kwn Bill dpt UKM,UM, hanya sorang shj UiTM tp itu pun di Puncak Perdana sedangkan temuduga tersebut di S.Alam..yg menjadi persoalan "seksyen berapa?" kerana... bile bertanyakan "dimana uitm s.alam?" ade yg kate seksyen 2,17,7..berbeza2 jwpn.. segala mesej by henpon,call tak dilayan..maka Bill pun carilah alternatif lain..-end-

    sebulan kemudian

    Bill : Helo.assalamualaikum..ni All ke?
    All  : a'ah..ni sape?
    Bill : ni Bill la..wat pe?bz ke?
    All  : helo..helo..tak dgr lah..tutttttt
    talian dimatikan... -_-

    sha la la~...satu mesej diterima 10 min kemudian..

    All  : nape?ak dlm bus td.
    Bill :saje..ko cuti ke?
    All  : a'ah..ade ape?
    Bill : saje..nk dtg umah ko la..
    All  : ak bz lah
    Bill : hmm..xpelah kalo mcm tu.. ak cume nk minta maaf je..
    All  : pape je la
    Bill : ko maafkan ak tak?
    All  : ko ade uat salah ke?
    Bill : ak pun tak taw tp bile ko mcm acuh x acuh mesti ade yg x kene..
    All  : lantak ko!
    Bill : ????lantak ko?mksudnye?
    All  : ko ni merepek pe ni,dh la!
    Bill : lahh..td ko yg bg mcg tu..ak x phm sbb tu ak tanye.
    All  : lantak la
    Bill : ok la tepulang pd ko kalo x nk  xplen.ak x pakse..ak mmg btl2 x phm.sbb tu ak tnye..ko kat kg ke skrg?
    jawapan yg tidak berbalas.....

    masuk tahun baru dah..bukak profile... 
    "asal kawan berkurang ni?"..check punye check hmmmm.. All & boyapren nye telah meng 'remove' Bill dr FB All..kalo setakat boyapren All yg remove takpe lg..ni dgn All All sekali remove Bill..takpelah..nmpk benar marahnya tu..maka Bill pun membawa la hati yg remuk rendam lagi lara itu..nk pendam sorang2 tak larat..takut jadi larva gunung Everest pulak..maka Bill pun mintalah penpdt dr shbt2 Bill dan perujuk motivasi Bill (ni rahsia..die juga seorg blogger..kalo nk tahu carilah)...

    mmg benarlah..hidayah itu hanya milik Allah..mungkin hatinya belum terbuka utk menerima..bnyk shbt2 yg mmberikan kata2 semangat.."sorang yg remove 10 nk add kau balik..don't worry"..mmg btl kate seorg shbt ni..tak lame lpas tu mmg ramai yg add..dan semuanya kwn Bill sendiri cume Bill tak bape kenal dgn mereka kerana name yg digunakan sgt pelik 0_0..

    Jadi..pembaca di luar sane jgnlah berasa takut untuk menegur kesalahan org lain sekiranya memang betul2 nampak di depan mata sendiri..
    “alah, kau tu macam lah baik sangat.” Then, adakah kita harus menunggu sampai semua orang perlu jadi baik 100% untuk saling menasihati antara satu sama lain. Adakah itu kriterianya dan baru LAYAK bagi nasihat dan supaya tidak dipandang ‘bajet bagus’? (copy paste)

    "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." -Hassan Al Basri- 
    (copy paste jgk)


    Seperkara that we should know, everyone is not perfect to be a perfect. Hanya Allah yang Maha Sempurna. We keep doing mistakes even seribu kali pun diberi peringatan. Sebab kita human being yang of course ada cacat celanya. Cumanya, cuba tanya sekejap pada diri. Apakah reaksi kita sewaktu diajak melakukan kebaikan? Apakah tindakan kita apabila diajak pergi usrah, berjemaah di masjid atau surau dan sebagainya? Apakah respons kita apabila sedang dinasihati apabila telah melakukan kesalahan? 


    “come on, nak ceramah pergi masjid lah” 


    Kita sebenarnya terlupa, hakikatnya memang manusia yang mengajak kita melakukan kebaikan, kenyataannya memang manusia yang menasihati kita tapi actually, Allah yang sedang berbicara dengan kita tanpa kita sedar! Adakah kita sedang sombong dengan pencipta kita? 

    Apabila kita sedang menasihati orang lain, secara automatiknya diri kita juga turut dinasihati. Means, saling berpesan antara satu sama lain di samping memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Itulah hikmahnya. Memesan sambil dipesan, memperbaiki sambil membaiki. So macam mana pula bagi si pemberi nasihat yang sering mengalami penolakan? 



    Rasulullah s.a.w juga pernah mengalami penolakan. Lebih hebat dari kita. Memang diakui, sedih kerana ditolak, kecewa apabila kita memberi peringatan namun, dibalas sepi. Kita harus tahu, hidayah itu milik Allah. Dia berikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan menarik kembali dari sesiapa yang Dia mahu. Kita cuma menyampaikan, selebihnya terserah kepada individu tersebut untuk menerima.




    Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Al-Qasas:56). 



    Dalam memberi peringatan, bersedialah untuk menerima kekecewaan, kuatlah menghadapi penolakan dan tentangan. Itu perkara biasa. Tidak semua mudah menerima keindahan kebenaran dan mudah juga mengamalkan dosa yang menjadi kebiasaan. Well, just keep praying for them, agar Allah memberikan mereka hidayah untuk menerima nasihat. InsyaAllah.  #Peringatan buat diri sendiri terutamanya. =)

    segala info diatas adalah copy paste from : Dr.Cinta punye blog
    *note = pic-picture

    p/s : dah lame tak masuk bilik kaunseling..kalau saya ade buat silap TOLONG tegur saya..

    Read more...
     
    “Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”