Monday, January 23, 2012

Tak couple maka tak kenal? Haha.- by Hilal Asyraf -

Assalamualaikum...


Pagi yang indah lagi mendamaikan.. Bersyukur ke hadratNya kerana masih lagi diberi peluang untuk menikmati alam ciptaanNya serta mampu untuk menulis buat tatapan pembaca sekalian.. Rasa tak molek sekiranya saya tidak berkongsi dengan anda satu artikel yang sangat sangat menarik.. Artikel ini saya ambil dari Official Hilal Asyraf.. Selamat membaca..

*amaran*ini adalah copy paste semata-mata..untuk maklumat lanjut boleh klik >sini<

Assalamu'alaikum.
Ada orang bangkitkan.

"Kalau tak couple, macam mana nak kenal hati budi orang itu? Macam mana nak tahu dia baik ke tak? Macam mana nak pastikan dia sesuai dengan kita atau tidak?"

Kemudian katanya,

"Kalau bercinta itu hanya selepas kahwin, macam mana kalau lepas kahwin tup-tup tak jadi cintanya. Macam mana?"


Pertamanya, saya suka nak sebut.
Saya tak ajar kata tak ada bercinta sebelum kahwin. Saya kata ada. Tetapi tidaklah bercinta versi hollywood atau versi melayu, atau versi korea atau versi jepun yang kita sering lihat di kaca TV atau realiti kehidupan. Bercinta versi Islam. Sebelum kahwin pun ada.

Rujuk lebih lanjut berkenaan hal itu di sini ----->  http://www.facebook.com/notes/hilal-asyraf/couplecinta-saya-kata-tidak/2202426305599


Tak couple maka tak kenal?

Baiklah. Kita masuk ke dalam bab asal. Kalau tak couple, macam mana mahu kenal?
Sebenarnya, Islam ini tidaklah se'rigid' yang disangka. Islam meraikan fitrah manusia. Macam saya kata, Islam tak haramkan seks. Tetapi Islam mendidik kita untuk meletakkan seks pada tempatnya(yakni selepas perkahwinan), agar nasab(salasilah keturunan) manusia terjaga, dan tidak pula manusia dijangkiti penyakit merbahaya.

Begitulah dalam hubungan lelaki dan perempuan. Islam tidak haramkan langsung. Tetapi Islam mendidik kita untuk meletakkannya pada tempat sepatutnya. Dan couple, bergaul tanpa batas, bukanlah apa yang Islam didik dalam hubungan lelaki perempuan.

Kalau kita perhatikan secara jelas, satu-satu organisasi Islam itu, digerakkan oleh lelaki dan wanita. Bersama-sama. Mereka berhubungan. Tetapi dalam batas yang ditetapkan. Tidak pula berlebih-lebihan, dan jauh sekali melanggar hukum syara'.

Dalam isu rumah tangga, membina rumah tangga bukan perkara yang kecil. Mustahil di dalam Islam, benda sebegitu besar, disuruh membinanya dalam keadaan gelap. Islam yang indah ini, pastinya mendidik ummatnya agar membina sesuatu yang besar seperti rumah tangga ini, dalam keadaan jelas, keadaan faham, dan berhati-hati.

Maka di antara step dalam membina rumah tangga di dalam Islam adalah ta'aruf, yakni berkenalan.

Tetapi, indahnya Islam ini, tiadalah perkenalan itu dilakukan semberono sahaja. Tetapi berjalan dalam keadaan terjaga, bersih, dan menyenangkan. Tidak pula membawa kepada maksiat, dan tidak pula memberikan keburukan.

Tak couple maka tak kenal?

Itu pada saya hanya satu ketakutan kita, dalam meninggalkan sesuatu yang kita nampak 'biasa'.

Kita biasa nampak orang kalau nak kenal, dia couple dulu. So, bila kita diajak meninggalkan 'kebiasaan' itu, kita risau.
Saya memahami kerisauan itu. Tetapi jalan yang kita mahu ambil sekarang adalah jalan yang Allah SWT sarankan.

Tidakkah kita membaca firman Allah SWT:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." Surah An-Nur ayat 30-31.



Kalau benar suka, bergeraklah.

Kalau benar suka, jatuh cinta kepada seseorang, selain saya tidak menafikan keperluan kita melakukan Istikharah, berdoa kepada Allah SWT, kita juga perlu bergerak berusaha.

Tetapi apakah berusaha ini dengan mengorat? Tidak.
Bagaimana kita boleh hendak beribadah(rumah tangga adalah ibadah) sekiranya kita memulakannya dengan maksiat kepada Allah SWT?

Tetapi apakah ketaatan kepada Allah itu akan merencatkan usaha kita untuk membina rumah tangga ini? Sama sekali tidak.

Kalau sudah suka, maka pertama sekali buatlah background checking. Saya amat tekankan perkara ini. Anda kenal dengan siapa yang rapat dengan orang yang anda suka itu? Tanyakan.

Saya sendiri, bila jatuh hati dengan perempuan yang saya suka, saya pergi bertanya kepada yang rapat-rapat dengannya. Senior-senior, ustaz-ustazah, keluarga, untuk tahu berkenaan dirinya. Saya hingga pergi berziarah ke rumah perempuan yang saya suka. Berkenalan dengan ibu bapanya. Tinggal masa itu saya tidak nyatakan hasrat saya. Sebab saya sekadar nak tengok, perempuan yang saya suka ini, keluarganya bagaimana. Rumahnya bagaimana.

Kita perlu ingat, kita perlu dipandu keimanan di dalam hal ini, bukan dipandu rasa. Sebab itu, background checking adalah perlu. Kita bukan ikut rasa suka kita semata-mata. Suka, terus nak kahwin. Jangan demikian. Buat background check dulu.

Kata nak berkenalan kan? ^^

Ustaz Dahlan bin Mohd Zain ada ajar saya bahawa, bila benar-benar hendak berkahwin ini, mengintai tingkah laku orang yang kita berkenan itu pun dibenarkan. Sebab, kita nak kahwin dengan orang yang betul-betul menyenangkan kita. Jadi, adalah dibolehkan untuk kita mengintai mereka. Tetapi bukanlah mengintai hingga ke privacy mereka. Dan dengan syarat, benar-benar untuk berkahwin. Bukan berniat jahat, bermain-main dan sebagainya.

Jadi, jelas. Background check. Itu level pertama 'berkenalan' dalam hal nak betul-betul nak berumah tangga ini.

Kemudian, bila sudah berpuas hati, rasa dia ok dengan kita, maka buatlah move yang kedua.

Iaitu hantar wakil untuk menyatakan perasaan kita kepadanya.

Tetapi pun, hal ini, lihatlah kondisi diri.

Kalau diri tu masih sekolah, kalau diri itu masih tidak mampu sara hatta diri sendiri, ibadah masih tunggang langgang, fikir-fikirlah panjang-panjang.

Saya, secara peribadi tak ada masalah dalam bab umur, or bab tak ada duit. Asalkan, saya ulang, asalkan, kita lakukan dulu perbincangan dengan kedua-dua ibu bapa kita, penjaga kita. Yang ada ustaz ustazah yang kamcing dengan kita tu, bawak-bawaklah ustaz ustazah itu juga masuk dalam perbincangan ini. Tanya pendapat. Kalau semua rasa kita sesuai teruskan perkara ini, teruskan. 

Baik, masuk bab hantar wakil itu semula. Yang lelaki hantarkan wakil, mak ayah, penjaga dan sebagainya. Saya tak galakkan hantar wakil dari kalangan rakan-rakan. Kerana, siapa tahu sejauh mana rakan-rakan anda itu 'jauh lebih matang daripada anda'. Wakil ini, bukan taraf posmen karat. Wakil ini, perlulah dari kalangan orang yang anda boleh percaya dia, yang dia itu boleh tarik anda, perbetulkan anda kalau anda salah. Jadi, saya prefer ibu bapa, penjaga, mas'ul atau mas'ulah, dan yang setaraf dengannya. 

Yang perempuan pun sama. Selepas buat background check, hantarlah wakil.Kenapa penting hantar wakil ni? Kenapa tak boleh main pendam sahaja sampailah tiba-tiba jejaka/puteri idaman hati itu tiba-tiba datang kepada kita?Saya sudah jelaskan dalam note yang lepas.

Kalau tak bagitahu, tak make the move, akan ada dua situasi.

situasi 1 --> Pendam lama-lama, tup-tup dia tak suka kita pun. Frust sahaja bertahun-tahun bazir waktu. Sedangkan, kalau kita tahu, kita boleh sahaja mula cari yang lain pula.

situasi 2 --> Pendam lama-lama, tup-tup rupanya dia suka kat kita. Tinggal kita lambat buat move, dia kahwin dengan orang lain.

Jangan cakap kat saya fasal "dah tak ada jodoh, nak buat macam mana"
Di sini, walaupun kelihatan anda seperti redha dengan takdir, sebenarnya anda lebih kepada menyalahkan Allah SWT.

Sebab sebenarnya, yang salahnya adalah anda. Setiap musibah yang menimpa kita, hakikatnya adalah perbuatan tangan kita sendiri.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”  Surah Asy-Syuura ayat 30.

Kemudian, apabila diterima, kita biasanya akan masuk ke alam pertunangan.
Di alam pertunangan inilah sebenarnya kita memanjangkan lagi ta'aruf.

Janganlah sampai tidak berhubung langsung. Kononnya hendak menjaga syara'. Hendak menjaga diri dari zina hati kononnya. Berhubunglah. Tetapi dengan batas. Pastikan penjaga tahu, ibu bapa tahu bila kita berhubung. Dan sebenarnya, perbanyakkanlah berhubung dengan penjaganya, berbanding berhubung dengan tunang kita. Eratkanlah hubungan kekeluargaan, perdalamkanlah ta'aruf dengan banyak bertanya kepada kedua ibu bapanya. BEerta'aruf dengan pasangan sepanjang pertunangan juga penting, tetapi berpada-padalah. Nasihat saya, banyakkan berhubung dengan ibu bapanya, dengan ahli keluarganya yang lain.

Dan kalau perlu berbincang sesuatu perkara, berbincanglah pakai telefon. Tiada salahnya. Janganlah kerana terlalu nak menjaga, berbincang hanya di atas email dan sms sahaja. Tulisan ini, orang boleh interprestasi 1001 macam interprestasi. Maka situasi perbincangan, berjumpalah(dengan ibu bapa ada sekali) atau pakailah telefon, skype ke, bukannya salah. Nak bina rumah tangga. Kenalah serius. Betul-betul.

Ketika bertunang ini, dibenarkan pergi makan bersama. Tetapi bawalah keluarga. Bukanlah lebih indah dan lebih terjaga?Bukan tidak dibenarkan keluar bersama. Tetapi bawalah keluarga. Bukankah itu lebih cantik dan terjaga?

Saya jujurnya, saya keluar makan dengan tunang saya juga. Saya keluar shopping dengan dia.Tetapi dengan keluarga kami. Kami ditemani kedua-dua ibu bapa kami.

Saya beri hadiah kepada dia. Dia beri hadiah kepada saya. Bahkan kami berbincang lagi dengan kedua-dua ibu bapa kami, hendak bagi hadiah apa.

Saya sering sahaja berziarah ke rumahnya semasa saya pulang ke Malaysia. Bersembang dengan kedua-dua ibu bapanya. Bersilaturrahim dengan abang-adiknya.

Tidak perlu pun saya bercouple berdua-duaan dengannya untuk mengenalinya.
Tetapi saya amat yakin saya mengenali tunang saya. Semestinya bukan 100%, tetapi cukup untuk saya kata, dia adalah yang terbaik saya mampu cari setakat ini untuk diri saya. Cukup untuk menyenangkan hati saya, bahawa bakal isteri saya nanti adalah yang sesuai dengan saya.Banyak lagi kalau hendak diceritakan antara saya dengan tunang saya.
Tetapi indah rasanya kalau cerita itu semua selepas kami berkahwin nanti insyaAllah. 
Kena minta izin dia dulu. ^^

Nah.Siapa kata kalau tak couple maka tak kenal?

Tidak perlu couple pun. Tidak perlu merendahkan maruah kita pun. Tidak perlu berhubung bebas pun.
Kenal tetap dapat kenal.

Bahkan, dapat menjaga kehormatan diri, bersih, jauh dari maksiat dan sebagainya.

Penutup: Sesiapa yang faham keluasan Islam, maka dia akan senang dengannya.
Ramai yang tidak mengetahui keluasan Islam.
Ramai agamawan, hanya tahu memberitahu batasan itu dan ini, itu dan ini. Hingga kadangkala mengharamkan yang halal. Kononnya untuk menjaga. Perkara ini  banyak menimbulkan kekacauan sebenarnya. Pada saya, kalau hendak menjaga ketat-ketat sangat, sampai jumpa pun tidak, sampai bincang pun tidak, tak patutlah sebenarnya.

Yang Islam bagi tu, bagilah. Kenapa mesti hendak tak bagi.
Bila cerita apa yang Islam tak bagi, patut tunjukkan apa yang Islam bagi.kena faham bukansemua orang faham Islam macam orang agama faham. 

Jadi, kepada yang masih tidak memahami perkara ini(cinta, bina rumah tangga cara Islam n so on), perhatikanlah artikel saya ini.
Mana kurangnya? Bahkan banyak lebihnya.

Anda jauh dari maksiat. Anda jauh dari  kerosakan maruah.
Anda berada dalam rahmat Allah.
Kenal dapat kenal. Kahwin dapat kahwin. Bahagia insyaAllah bahagia.
Maka di mana downsidenya?

Memanglah mungkin kelihatan tidak seromantis mereka-mereka yang keluar-keluar berdua-dua(atau secara berkumpulan) itu. Tetapi yakinlah, sebentar sahaja benda ini. Selepas kahwin, nah, pergilah ke tepi pantai, pergilah ke shopping complex, nak share satu cawan satu straw, nak share satu pinggan satu sudu satu garfu, semua boleh. Jangan risau. ^^

Lagipun, anda perhatikanlah.
Kalau benar cinta, mestilah hendak ke syurga Allah SWT.
Jadi, apa kes kita buat benda yang tak syar'ie atas nama cinta?
Itukan membawa ke neraka? Maka bagaimana itu boleh dinamakan cinta?
So, siapa kata tak couple maka tak kenal?
^^

~ Hilal Asyraf ~
http://langitilahi.com
http://www.facebook.com/pages/Hilal-AsyrafOfficial/245964752094643


p/s: macam mane???? 
*biarlah 'dia' yg halal buat saya.. ^_^

13 ulasan:

Iffah Afeefah said...

erm jgn ingt couple je cre utk bkenalan


nice kan?

Syaifuddin said...

haha ... cool .. !

[PCL] said...

perkongsian yg baik utk anak remaja islam...moga dipermudahkan segalanya..mutiara kata ; Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu.

nuyui a.k.a miss YUI said...

XSMSTINYA KENA KENAL DLU KAN..

tp zmn skg,cam2 hal jd,,

Paris Lipton said...

suka suka
tang nk luahkan tu kan mmg xmpu la...adoi....cane ni cane ni ;p

qamarguyz said...

salam ziarah..
lama rasanya tak membaca tulisan hilal asyraf nie..
syukran atas perkongsian =)
benarlah..kita bergerak mengikut kaedah, baru berfaedah

Amyra Azhar said...

terima ksih berkongsi, pemikiran yg salah biasa nya dikalangan remaja, couple nk kenal, bila tk suka tinggal dan akhirnya mengumpul dosa. masyaallah..

Anak Wak Mail said...

Islam tu luas,,jangan sempitkan pemikiran kita..;)

apa pon,,keluarga mesti ada sama..hehe

visitme@FaTiN cOrNeR said...

islam itu mudah..hehe..

anitadiana said...

terbaikkkkkkkkkkkk lah tu...kena faham kan dulu kan..tq entry yg best untuk dikongsi...

Fatimah Syarha said...

Istimewa buat adik Nur Zulaikha...sekiranya adik ingin menerangkan kepada rakan adik itu....ini penjelasan akak.

Dalam tempoh bertunang, ada urusan menuju perkahwinan yang perlu diselesaikan. Ada kerisauan ‘fikrah’ yang perlukan persefahaman. Saya perlu berhubung dengan menjaga batas. Saya memilih untuk menyelesaikan urusan dengan SMS dan e-mail.

Inilah cara yang paling sesuai untuk kondisi saya dan tunang saya yang pemalu dalam soal ini. Inilah juga cara yang paling sesuai untuk kondisi saya yang bersuara lembut secara semula jadi. Jika tunang saya mendengarnya, bimbang dia menyangka saya sedang menggoda. Inilah cara yang paling sesuai untuk kami sama-sama mempertahankan kesucian hati dalam tempoh pertunangan yang masih panjang lagi ini.Nikmatnya mujahadah!

Saya menghormati insan yang memilih cara bercakap terus di telefon atau berjumpa terus di hadapan ibubapa. Untuk menyelesaikan urusan tiada salahnya. Lagipun, tidak semua orang pandai menulis dengan baik, bebas daripada intrepretasi yang salah.

Saya tetap akan meraikan cara orang lain biarpun ada yang mengutuk cara saya. Kutukan itu tidak merugikan sedikitpun hubungan saya dengan Allah. Malah, mungkin dengan mudahnya saya menambah pahala.

“Eleh, takut zina hati konon!”

Saya faham, sudut pandang mungkin berbeza. Dia berfikir dari aspek hukum feqah yang membolehkan kita bercakap dan berbual-bual dengan tunang kita di depan mahram. Saya tidak pernah nafikan keharusan itu kepada sesiapa. Saya tahu, Islam meraikan kondisi semua orang.

Saya pula berfikir dari aspek perlaksanaan hukum feqah. Hukum dan perlaksanaan agak berbeza. Kita berhukum dengan fatwa dan kita beramal dengan takwa. Tanyalah fatwa hati masing-masing. Kondisi kita berbeza.

Masyarakat perlu difahamkan wujudnya perbezaan ini agar mereka boleh memahami dan bertoleransi dengan pilihan orang lain. Dalam soal ini, saya mengambil kira hubungan dengan Allah (aqidah) dan elakkan fitnah masyarakat yang suka mengumpat (akhlak).

Saya berbahagia dengan impak terhadap pilihan saya ini. Ada orang yang menganggap saya mengharamkan yang halal, tapi saya tidak perlu resah dengan fatwanya kerana Allah mengiktiraf fatwa hati masing-masing dalam soal ini. Saya tidak mahu hanya menitik beratkan soal luaran dan mengabaikan soal hati. Kedua-duanya perlu jelas, faham dan berhati-hati.

Natijahnya, pertunangan saya bersih di mata Allah (mudah-mudahan) dan bersih di mata masyarakat. Tiada modal apapun untuk masyarakat umpat-umpatkan. Tiada keresahan sedikitpun di hati ibubapa saya ketika mereka tahu saya dan tunang saya sama-sama bernaung di ibu kota. Bahkan, sebuah mujahadah yang diperjuangkan bersama memberi rasa percaya yang cukup maksima. Dia mampu setia (mudah-mudahan).

H.J said...

haha..ok la tu..buat orang bujang

NiaLidia. said...

setuju ! alaa kalau berkawan biasa pun boleh mengenali jugak. alasan je tu kan kan.

nak join contest x?

http://nialidia.blogspot.com/2012/02/contest-aku-dan-quote-sahabat-vs-cinta.html

jomm hehe

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”