Wednesday, November 28, 2012

I.K.H.L.A.S kah hati???

Assalamualaikum...



Hampir sebulan aku praktikal di wad a.k.a Hospital Melaka..macam2 ragam pesakit yang aku lihat..rasa kelakar jugak bile tengok patient ni..sekurang2 nya terubat sikit dan jadi hiburan la utk nurse2 yg 'tension' kat wad tu.... (hai..mengeluh ke??)

Pada mulanya memang agak sukar utk aku terima kenyataan yang aku akan bergelar staff nurse a.k.a jururawat terlatih suatu hari nanti...(sekarang jururawat pelatih) Namun, itulah pahit yang harus aku telan sepanjang tempoh kursus..yelah..budak baru belajar,biasalah kene herdik,kene maki, kene macam2 lagi lah...(sabar je lah)

Lama jugak utk aku terima kenyataan ni tapi aku sentiasa berfikir positif..adanya sahabat2 yg sentiasa menyokong dalam kerjaya yg aku ceburi ini walaupun sebenarnya jauh dari landasan..terima kasih sahabat2..pernah beberapa kali aku menangis dan aku terasa ingin berhenti daripada kursus ini namun Allah Maha Tahu apa yg tersurat.. Dia titipkan satu ujian buat aku dengan begitu dan berhikmah agar aku dapat menilai sejauh mana kasih sayangNya kepada hambaNya..semakin lama semakin aku menyukai pekerjaan ini..

"terima kasih nak..semoga anak mendapat balasan yg baik"..itulah yang sering aku dengar acap kali aku membersihkan B.O, P.U dan katil mereka (bowel open=berak, puss urine=kencing)..motivasi itulah yg sering aku sematkan dalam hati agar terus menyintai apa yg sedang aku kerjakan..
"pekerjaan misi ni terlalu mulia kerana kita membantu org"

Ya..aku cuba utk ikhlaskan hati ini utk membantu mereka sedaya yg termampu..(kadang2 geram jgk dengan patient yg mengada-ngada)...walaupun kita rasa jengkel,marah,geram dan sebagainya sebagai seorg jururawat wajah itu tidak harus ditunjukkan kepada mereka kerana itulah etika kami (moga ianya terus istiqomah)..pernah sekali aku merasa geram dengan seorang makcik ni...makcik ni suruh kami tukar pampers die..kami pun tukar lah..yg geramnya dia sendiri tak nak bantu diri sendiri utk angkat punggung..mcm mane kami nk tukar pampers.."makcik tak larat"..itulah ayat yg sering dikeluarkan setiap kali kami menyuruh makcik tersebut mengangkat punggung..dengan wajah yang tertahan (mane taknya..masuk je keje pukul 6.45 pg tu dah cuci berak org..Allah Allah..SABARRRRR)...aku cuba neutral hati..(ikutkan hati..lantak kau lah makcik!!!) 

Ternyata malaikat itu sentiasa disisi yg sentiasa mencatit setiap perbuatan..
Dengan wajah yg terpaksa dibuat2 sambil tersenyum..
"makcik boleh buat..fikirkan boleh..Malaysia boleh!!" (saje aku nak melawak jap dgn mokcik tu)
Boleh pun sebenarnya cuma makcik2 ni kene bagi motivasi dan perangsang sikit..

Kadang2 bila rase nak buat jahat tu aku ingat balik..kalaulah mak aku,ayah aku,adik aku,kakak aku atau abang aku yg terlantar atas katil tu sanggup ke aku lihat org lain buat mcm tu kat ahli keluarga aku..tak jadi aku nak buat jahat..(kadang2 bila makcik2 ni panggil, aku laju je jalan) So,setiap kali makcik2 ni panggil aku cuba ikhlaskan hati ni nak buat...susah jgak kan 'ikhlas' ni..tapi kenapa mudah kita mengucapkan "aku ikhlas ni bagi kat kau"..adakah ianya semudah kata-kata? 



p/s: hari ni naik lif same2 dgn Dr.Muhd Fairus... :P

4 ulasan:

nuyui a.k.a miss YUI said...

byk pahala kerja cmni kan..ibarat mmbntu juga tu...

Red ONe said...

mmg susah untuk kita biasakan dgn semua ni tp benda ni x mustahilkan... sb akk pnh alami kna jaga makcik akk kat hospital n dah tgk cara nurse bg layanan kat pesakit n tipu la kata nurse tu semua ikhlas buat semua ni kdg2 dgr gak diorg merungut tp ni adalah salah satu pekerjaan yg mulia di sisi Allah kerana kita membantu orng yang tidak berupaya untuk menjaga diri mereka kan... smga ika tabah n sabar melayan karenah pesakit2 ye.. ingt segala perbuatan kita di hitung sama ada baik ataupun buruk.. k...:)

محمد رازيق said...

tidak mengapa. asal kita melakukan sesuatu yang baik dengan niat membantu insan lain. all the best praktikal :)

9n0L4 said...

ikhlas ke tak, Allah saje yg tahu kan. kite sendiri pun tahu. :)

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”