Tuesday, May 29, 2012

Rindu Mereka...

Assalamualaikum..

pagi-pagi ni rase macam rindu pada seseorang..tergerak lah hati nak bukak blog si dia..patutlah hati rase lain macam..die ade post something yang menarik minat untuk lebih melekat..hehe..dia post pasal impian dia.. I mean, impian dia pada masa akan datang.. patutlah..impian dia tu ade yang sama macam impian N.Z..hehe

ni N.Z copy paste dari blog si dia a.k.a Nor Nabilah
 ------------------------------------------------------

Dan apabila aku membaca teknik ini, aku baru teringat bahawa aku pernah melakukan ini suatu ketika duhulu. Masa nie aku tengah belajar (walaupun sekarang pun sdg belajar lagi.HAHA), aku pada saat itu sedang menghadapi STPM. Boleh putus urat nak jawab soalan2 dia. Apa yang aku buat ialah, aku tulis 4A STPM 2010. dalam beberapa helai kad yang aku bentukkan love. Aku letak kad itu, di dalam almari aku, di dalam tafsir al-Quran aku, di atas katil aku, di meja study aku! Hah!!Merata-rata aku letak. Bilik mandi je aku tak letak pulak, sebab time mandi, kita nak rileks, kang pandang 4A tu stress pulak. KAH3X. Disamping tu, usaha lain juga turut dilakukan seperti study group, baca BACA BACA buku, solat2 sunat. Tu je lah caranya. dan akhirnya Alhamdulillah, TERCAPAI!. dan kini aku ada 2 IMPIAN! 

IMPIAN pertama mestilah nak dapat DEKAN dan nak jadi EXPERT dalam bahagian penerbitan dan multimedia. (aku sekalikan je..hahaha.aci kan?)

IMPIAN KEDUA adalah Ciri-ciri Lelaki Impian yang bakal menjadi Imamku. (wah! dalam hati ada taman aku ni) Eh. mestilah..walaupun muka cool, dalam hati Allah je tahu. Lalala~ Bila orang tanya, apa ciri-ciri suami yang kau nak? Aku akan blurr..sebab aku tak fikir lagi. Tapi sekarang aku dah fikir dah.(muka bahagia.sila bayang! ;p). Ini bukan kes gatal menggatal..tetapi ini adalah fitrah. Aku harap sangat seseorang tu tak baca entri nie..(memang pun, kan dia tengah umrah.haha) Aku harap sangat. Lagipun entri aku yang nie panjang. Nak ke dia baca. HAHA. Okay2..Aku dah short list kan dah..

1) AGAMA :  Aku mencari lelaki yang kuat berpegang teguh dengan agamanya iaitu agama Islam. Tidaklah sehingga level ustaz. Sebab aku tidak mencari ustaz, sebab aku kan ustazah, ngeh2x. dan dia tidaklah terlalu taksub sangat dengan agama.  Dan, aku mencari yang beragama, sebab dia boleh membimbing aku sama-sama ke jalanNya. yang selalu mengingatkan aku, jika aku terlalai atau teroverdos. dan dia juga boleh menjadi imam aku ketika solat dan juga segala hal.

2) TUA : Oh yeah! Tidaklah tua sangat sampai 10 20 and above dari aku. Tak selera weyh. (Opss!) Setakat lebih berusia 2 3  tahun begitulah. dan tidak MUDA! Tidak!!

3) BERBUDI BAHASA : Dia mestilah seorang yang sabar dan menghormati orang tua, terutama ibu bapa dia dan juga aku (ehem2). ala..penyayanglah senang cerita. Hua3x . Bukan apa, nampaklah kebertanggungjawaban dia. Dan dia sangat menghormati pandangan orang lain. dan dia suka senyum (eh! masuk dalam pakej nie jugak ek?lalala)yela2..kalau dia buat muka serius je. takutlah aku. Macam mana nak bergurau senda..(ececece..huaaaa.tak boleh bla).

4) BUKAN ORANG SELANGOR : yA Allah, aku nak sangat orang luar dari selangor. Aku teringin nak rasa suasana kampung. Aku takda kampung. Belajar dari kecik sampai besar pun dekat2 dengan rumah sendiri. Nak lah jugak jadi anak perantau. Sob2. Kakak dapat orang belah Barat, Abang Khai dapat orang Sabah Timur,Tawau (oversea), Abang Zaki dapat orang Selatan, Bagilah aku dapat orang Utara,lagi bagus kedah la... (eh2.Tiba.KAH3X) Haa..kan lengkap pakej tu satu keluarga..lalalala~

5) BERPENDIDIKAN : Oh, disini aku bukanlah nak menghina jika seseorang itu tidak berpendidikan.  Tapi, bagi aku, ia adalah faktor penting dengan sebab sekufu. Aku nak dia lebih tahu ilmu sedikit berbanding aku, Contoh, aku failed BI, dia mesti kena pandai BI..abis tu camna nak pi Istanbul..kalau speaking berterabur. Kata..nak honeymoon kat sana..HAHAH. (eh!Impian ke angan2 nie?)

6) TIDAK MEROKOK : Haishh..sebab aku tidaklah suka membebel. Jadi, aku berharap, suami aku tak buat aku semput nak berleter tiap-tiap hari. Kita taknak mati sebab merokok. Jadi, aku berharap sangat si dia tidak merokok. Membazir. Baik, duit tu simpan, kita pi umrah sama-sama ya ^__^

7) BERKACA MATA : Dulu, kalau pandang lelaki pakai kaca mata..Wahh..hemsemnya..smart giler. Dulu lah. Tapi kalau boleh aku nak puji suami aku je. "hemsemnya awaksss"..baru dapat pahala.haha. 2-2 rabun, sweet apa..cari barang sama-sama mengagau..kah3x.

8) KULIT SAWO MATANG : Aku tidaklah mengharap lelaki yang berkulit cerah. Aku nak yang kulit sawo matang, Melayu asli punyer..tapi tidak lah hitam manis. Sawo matang, korang google lah sendiri macam mana rupanya sawo matang kalau tak tahu macam mana warnanya. Bagi aku orang yang berkulit sawo matang nie hensem! Nampak gagah! Yeahh.(pandangan aku je,korang..koranglah!)

9) PERAMAH : Dia bukanlah seorang pendiam sangat. Pendiam bertempat takpa. Seorang yang baik hati, rajin, suka bergurau..(macam peramah dengan aku je.haha) ish3.takdalah sampai orang kata suami aku nie sombong, tak bergaul dengan masyarakat. 

10) ADA ASET : Oh! sesungguhnya, aku bukanlah seorang materealistik. Tetapi ia perlu ada sekarang untuk dunia hari ini. Paling-paling kurang dia mestilah mempunyai kereta sendiri bukannya kereta sewa. Tak perlu lori atau bas pun takpa..Kemudian, dia perlu ada rumah sendiri. Takkan nak duduk menumpang pulak dengan mak abah pulak kan. Segan.segan! nak hidup sendiri2. Takkan nak sweet2 depan keluarga pulak. Malulahhhhhh~.

11) BUNCIT : Eh2. jangan salah faham. Aku taknak lelaki aku buncit. Buncit 1 inci takpe. Lebih 1 inci, kita kena buat something kat perut tu nampaknya. Dan jangan kurus sangat. Sedang2 je. Kalau kurus, saya bagi awak makan banyak2. 6 kali sehari. Sampai awak nampak hemshem!! tapi kalau awak tiba2 gemukss..kita kena pergi jogging  5 kali round. Huh! Saya bukan apa. saya nak kita sama-sama sihat.(cewah!!!~) Kita sama-sama menjaga diri kita ya ^_^

12) MATANG: Bukanlah seorang yang panas baran dan cepat marah. Dia mampu menyelesaikan setiap masalah dengan sabar dan bijak.

Akhirnya..tersenarai pun. Ikutkan banyak lagi nie. tapi itu je lah kot.yang lain-lain yang baik tu, aku anggap bonus je lah dari Allah.Apa-apa pun, jangan pandang pada kebaikannya semata-mata tetapi perlu juga menerima kelemahan yang ada padanya juga.

Impian aku  yang lain ..ingin mendirikan rumahtangga diusia yang awal dan muda jika diizinkan Allah. Tapi, kena carik yang dah bekerja la, yang dah mampu. Kang kalau tidak, family bagi lampu merah. Semoga dipermudahkan. Apa-apa pun. Bila kita inginkan yang terbaik, kita kena sentiasa memperbaiki diri kita menjadi lebih baik dan solehah.

Ingat. yang penting usaha+DOA+TAWAKAL..Solat hajat lagi bagus. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani setiap hamba-hambaNya. Sentiasa ingati Dia, Dia pasti akan ingat kita 2 kali ganda. In sha Allah.
 
impian die tu ade yang same ngan aku..haipppp..sorang lagi sahabat aku ni a.k.a Nurul Najihah memang superb la bab2 gini..tu yang senyum simpul je bile bace blog dia..hahaha..GATAL!!
--------------------------------
 ustaz Hakim Mohd Nor sewaktu mudanya pernah merancang dan mengimpikan untuk memiliki kereta BMW, berbulan madu dengan isterinya di Sepanyol, dan berkahwin pada 16 September (banyak lagi sebenarnya, tapi x ingat.. hehe). Baiklah, agak-agak beliau dapat tak semua tu?

Alhamdulillah, berkat doa + amal baiknya + usaha + izin Allah, beliau berjaya mendapatkan segala yang diinginkannya tersebut. dan apa yang lagi menarik mengenai perjalanan hidupnya tersebut, setiap apa yang diimpikannya tersebut diperoleh bukan dengan duitnya sendiri, bahkan semuanya ditanggung dan dihadiahkan kepadanya. Kereta BMW diberikan oleh seseorang kepadanya (tak ingat sape), pakej bulan madu di Sepanyol diuruskan sepenuhnya oleh sahabatnya, dan untuk berkahwin pada 16 September itu, Allah bukan setakat mengabulkannya, tetapi juga mengizinkannya untuk melangsungkannya lebih awal daripada apa yang dirancangkannya, iaitu pada 2 Jun ini. Alhamdulillah.

Anda tahu tak salah satu daripada usahanya untuk mendapatkan semua itu? Sangat senang untuk melakukannya sebenarnya, dan saya percaya akan usaha tersebut. Nak tahu apa dia?? Itulah dia senarai impian. Beliau telah menyenaraikan setiap impiannya tersebut di tempat yang biasa beliau pandang, yang beliau akan sentiasa pandang setiap hari.

Baiklah, itu kisah ustaz Hakim. Ada satu lagi kisah, iaitu mengenai seorang sahabat Encik Firdaus Arshad (motivator untuk program UPSI Strive for Excellence tadi). Beliau menceritakan bahawa, seorang sahabatnya mengimpikan untuk mendapat isteri seperti Siti Nurhaliza (bukan Siti Nurhaliza, tetapi seakan-akan, baik dari segi rupa, suara dan kurus).

Agak-agak beliau dapat tak? Alhamdulillah, beliau juga mendapatkannya. Isteri beliau benar-benar seperti Siti Nurhaliza. Nak tahu apa antara usaha yang beliau buat? Beliau telah menyenaraikan ciri-ciri isteri idamannya tersebut di atas sehelai kertas, dan meletakkan kertas tersebut di dalam dompet beliau, di mana beliau akan sentiasa memandangnya setiap kali membuka dompet (sebab, setiap hari kita akan buka dompet).

Samada percaya atau tidak, itu benar-benar memberikan kesan sebenarnya. Hal ini demikian kerana, secara tidak langsung, kita telah membuat 'mind set' mengenai apa yang diharapkan tersebut, seterusnya membawa kita kepada usaha untuk mendapatkannya, di samping restu dan izin Allah semestinya. ^_^

Jadi, saya telah membuat keputusan untuk turut merekodkannya di dalam blog ini. Di samping turut meletakkannya di tempat lain. ^_^

---------------------------

Baiklah, orang selalu tanya apakah ciri-ciri bakal imam yang saya inginkan nanti? Walaupun macam lambat lagi dan macam tak layak je.. tapi sebagai seorang yang berwawasan, setiap orang berhak untuk mempunyai targetnya yang tersendiri. Begitu juga dengan saya. Maka, berikut merupakan ciri-ciri yang hati ini inginkan ya Allah.. ^_^

1) solat 5 waktu di masjid

2) taat dan hormat ibu bapa (sebab kalau dia hormat ibu dan bapanya, in sya Allah dia pun akan melakukan hal yang sama kat isteri dia dan keluarga isterinya in sya Allah)

3) tidak merokok

4) berkaca mata (bukan mendoakan mata dia tak elok, cuma suka tengok yang berkaca mata.. sebab kan penting juga ciri sedap mata memandang tu.. ^_^)

5) peribadi dia kacak (kacak muka x menjamin, tapi kalau kacak peribadi in syaAllah kita ke syurga sama-sama.. ^_^)

6) tidaklah mengharapkan yang daripada golongan ustaz-ustaz, tapi cukuplah sekadar, apabila dia berkata-kata seolah-olah ustaz.

7) bacaan AQ-nya lebih baik berbanding saya, agar kelak saya boleh belajar daripadanya, terutamanya bahagian tajwid.

8) jenis senyum sokmo. (awet muda gitu)

9) pandai bergaul dengan orang di sekeliling, lebih-lebih lagi apabila balik kampung (taklah sampai orang kata dia sombong a.k.a pendiam sangat)

Sekian ciri-ciri yang diharapkan ya Allah. Saya yakin Engkau Maha Mendengar ya Rabb.
^__^
 
p/s: impian aku??hmm..nanti aku akan kongsikan..^_^
 
impian dan angan-angan adalah satu perkara yang berbeza..angan-angan datang tanpa diduga dan pergi secara rela..berbeza dengan impian..datangnya di undang dan pengakhirannya menjadi matlamat@realiti.. (x taw la korang paham ke x aku punye falsafah ni..huhu)
 

5 ulasan:

Iffah Afeefah said...

tulisla mase ade kesmpatan dek

wahhh impian die

matang..

akk nye sng je

ley trime akk, ley jdi imam, sweet

Ana said...

salam,
amboi..! bykny list! XD
take cre!

~biNGkiSan RinDu~ said...

ayat nak overdose je.. xdela superb mne pn.. haha

biela bell said...

Haha!tak sgka ko repost entri aku.segan pun ada.1 dunia tahu kang nanti ;p
Apa2pun,berusaha dan twkal!

9n0L4 said...

berderet tu listed. hehe. ustazah ehhh. ;)

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”