Friday, August 5, 2011

Bantulah Kami



Assalamualaikum....

Isu yang saya akan bincangkan ini merupakan isu yang agak berat...



Hmmmm..nampaknya isu Palestin atau Gaza ni tak berkesudahan.. Kenapa isu ni sangat penting? Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai isu Palestin ini merupakan isu yang berkaitan dengan umat islam sejagat.. Kenapa?  Banyak peristiwa berlaku antaranya ialah tempat dimana berlakunya peristiwa Isra' Mikraj, Nabi diangkat ke langit sekaligus membawa wahyu untuk umat islam iaitu perintah Solat sebanyak 5 waktu. Selain itu, di situ jualah terletaknya kiblat yg pertama (Masjidil Aqsa)..

Ade segelintir rakyat Malaysia yg mengatakan bahawa "kenapa nak bantu Palestin sedangkan ramai lagi rakyat Malaysia yg susah"
Memang tak dinafikan di negara sendiri ade rakyat yg mngalami kesusahan tetapi negara kita masih lagi mempunyai badan2 kerajaan mahupun NGO yg sudi menghulurkan bantuan. Tapi Malaysia ade bantuan jugak kan??? Palestin?? Nak mengharapkan siapa? Sudahlah dibina tembok untuk mnghalang bantuan luar daripada memasuki kawasan mereka. Kebanyakan anak2 tidak bersekolah, wanita dan kanak2 menjadi mangsa keganasan. Mereka ingin mengharapkan bantuan dari siapa??? sikap sebegini harus dikikis dari pemikiran masyarakat kita.

Alhamdulillah, ade juga badan dari Malaysia yg menghulurkan bantuan kemanusiaan. Malah yg bukan beragama islam juga turut membantu dari segi kewangan. Bagi mereka ini bukan soal agama tetapi soal kemanusiaan.. Cuba kalian bayangkan berada di tempat mereka(Palestin).. Pastinya mengharapkan sesuatu bukan?

Oleh itu, disini saya ingin mengajak para pembaca,blogger2 di luar sana dan sesiapa sahaja yang membaca artikel ini tolong disebarkan maklumat ini. Mungkin kita tidak berjihad dengan mengangkat senjata, pergi berperang,namun cukup sekadar memahami tentang isu sebenar Palestin ini dan memberikan sokongan kepada mereka seperti bantuan kewangan, makanan dan sebagainya. Menyebarkan Isu ini juga dapat membantu agar orang ramai lebih jelas dan memahami mengenainya.

Segala jenis sumbangan boleh disalurkan  melalui :


Anda juga boleh layari :


Saya mengharapkan pembaca2 di luar sana dapat menghulurkan sedikit bantuan. Paling tidak pun kita menghebahkan berita ini ye...
Sempena berada di bulan Ramadhan ni, rebutlah peluang untuk beramal jariah...
Salam Palestin dari saya~ 


2 ulasan:

Niena Muhammad said...

sama2 mmbantu saudara kta di sana

Nur Zulaikha said...

yup..doa @ qunut nazilah juga membantu mereka disana..

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”