Saturday, March 26, 2011

maCam mAna??? kaiFa??? hOw???

EntrY kali niE munGkin ramAi yg daH bacE tApi….taKpE kan baCe bnYk Kali…bAgi sEsape yg taK bacE lagi..EnjoY your sELf…  ^_^
Entry niE saYa cOpy & paste dari sEbuah majalah serta beberapa sUmBer lAin….

alkisah…

“ Salahkah bercinta?” 

“ Allah yang hadirkan cinta, takkan tak boleh layan?”

“ kalau tak bercinta, macam mana nak kenal pasangan?”

Begitulah antara keluhan remaja kita…[mcm la awok tu x remaja, …termasuk lah saya..huhu]
Kadang2 persoalan ini terus berlegar-legar di minda tanpa sesiapa yang menjawabnya.  Adakah pengalaman orang dewasa di sekeliling mereka yang menjawabnya? Atau logik minda mereka sendiri atau penangan media massa???
Beruntunglah remaja yang mencari jawapan yang benar daripada sumber yang maksum, bukan mencari fatwa dari majalah-majalah hiburan, kisah cinta picisan, drama lakonan dan perbincangan kosong di alam maya.

“Aku meninggalkan kamu 2 perkara, tidak akan sesat selama-lamanya sesiapa yang berpegang kepada kedua-duanya; kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.” (Riwayat Malik)

Jika ujian cinta itu amat berat dan menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, takkan dua sumber yang agung ini tidak memberi panduan tentangnya? Panduan untuk menguruskannya bukan untuk membunuhnya…  Masakan Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah.

“ Dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu, kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).”
 [Surah al-Baqarah 2:165]

Para ulama ketika membincangkan ayat ini menyebutkan tentang kesyirikan dalam cinta atau ia digelar sebagai syirik al-mahabbah. Manusia menduakan cinta kepada Allah dengan makhluk seangkatan dengannya.

Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebih dekat kepada Allah? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehingga melupakan Allah? Semakin besar cintamu kepada Allah, semakin kecil nilai makhluk di hatimu, apatah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada Allah untuk diangau-angaukan.

Apabila cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundah gulana. Resah melanda. Banyak urusan tergendala. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran..

Ya, bukan Allah tak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tak memahami kau selalu merinduinya. Bukan Allah tak mengerti bayangnya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya dan akan tersalur secara mulia dan diredhai-Nya.

Bagaimana menghadapi ujian ini? Kenal pasti dulu tahap kesediaanmu. Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajarankah? Dirimu  belum bersedia untuk berumah tanggakah? Dirimu sedang mempersiapkan dirikah? Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih pentingkah?
Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah.

Apabila ‘angau’ bertandang cepat2 istighfar. Kita istighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti2 yang membina diri.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah  s.a.w bersabda yg bermksd:

“setiap bani Adam memiliki  peluang untuk berzina. Kedua2 mata itu berzina dan zinanya dgn melihat. Kedua2 kaki juga berzina dan zinanya dgn berjalan. Mulut juga berzina dan zinanya dgn mencium dan hati itu juga berzina dan zinanya adlh hawa nfsu dan angan-angan. Tetapi kemaluan yg akn mmbnarkn atau mengingkari zina tersebut.”
 (Riwayat Ahmad)

Di sini jugE saya ingin berkongsi tips2 untuk anda sEmua… Ingat!!! fitrah itu harus dikawal bukan dibunuh…

1st… dekatkan diri dengan Allah. Bile kite ingat kat Dia, kite akan tahu bahawa Allah sentiasa melihat kita..so kite akan lebih berwapasa.

2nd… tambahkan ilmu pengetahuan tentang agama..

3rd … tanamkan keyakinan bahawa Allah pengatur  takdir yg TERBAIK. Kita hanya merancang Allah yg menentukan. Walaupun kita tiada jodoh dgn seseorg kite suke  katakan pada diri bahawa ada sesorg yg lebih baik utk kite. Setiap yg berlaku telah ditakdirkan..so jgn kecewa..^_^

4th … berkumpul dgn org soleh..

5th… jangan cube2 utk meluahkan perasaan pdnya
 [jgn pulak saje2 nk test market.kang kne reject frust plak, kalau terima lain pulak jadinyer..]

6th… jika berpeluang berkomunikasi dgn die..kite perlu cOoL~..jgn dok gelabah semacam..kawal diri supaya tidak diketahui…

7th… ingatkan diri sendiri..zina bnyk cabang terutama zina hati..apabila memikirkan tentang die, cepat2 buat keje lain..nyahkan die dr fikiran kite..memang susah nk wat sebab kdg2 kte x sedar but we have to try..x cube x tahu kan??

8th… sentiasa buat muhasabah tentang bahayanya cinta nie..

9th… sentiasa memperbaiki diri ke arah yg lebih positif..

10th… last skali ialah DOA kerana itulah senjata kite..


kadang2 saya jugE merasakan perkara yg same..'sapelah jodoh aku agaknye ye??'..tapi bile bnyk reserch psl bnda ini sume tu x risau dah tapi kite kene usaHa jugak kan?? tapi jgn terlampau usaha sgt sehingga semuanya terabai..betol tak??? ape2 pun semuanya telah tercatat di Luh Mahfuz kan.....kite kene terima dan REDHA...huhu..

sEkian iNi sahaja yg dpt saya kongsikan....

blh klik ini utk lebih jelas....



2 ulasan:

~biNGkiSan RinDu~ said...

gud2!! penerangan yang boleh menjelaskan hati, especially 10 step 2..=)

Nur Zulaikha said...

hehe..semua tu hnylah copy n paste je...search pastu jumpe somethng yg mnarik,so nk kongsi la...
masg2 da dewasa kan..hihi..phm2 je la..

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”