Friday, March 18, 2011

Xie xie

Hari ni baru sahaja habis kelas..dapat mesej dari kakak.. “balik naik teksi,amani meragam”….huhu..ape nak buat ni? Takot,cuak,macam2 lagi la…then,pergi lah kat kaunter  tu…

“aunty, macam mane nak dapatkan teksi dari sini?”
“pergi ke CIMB bank dan ade kedai the store.”
alamak macam mane ni?aku tak tahu sangat area2 kat sini.”rungutku di dalam hati.
“tapi jauh tu kalau jalan kaki dan jalan tu gelap..kejap ye
[aunty ni cakap dengan seseorang dalam bahasa cina]”
“you hantar die sampai sane lah..”kata seorang  uncle ni.
“mari saya hantarkan awak..malam2 ni gelap..jom”
Tibe2 rasa sangat  terharu, nak menangis pun ade..walaupun berbeza kaum & agama tapi aunty ni still tolong saya………
[fikirlah sendiri]
Aunty tu pun hantar lah sampai tempat yang die cakap tadi….
“turun sini.” Kene jalan kaki sebab ni jalan sehala…
“you terus je nanti nampak teksi banyak2…come..”
“eh aunty, tak pelah saya boleh cari..kesian aunty kene jalan kaki pulak..”
“takpe2..saya dah makan tadi,boleh exercise sikit..saya kasihankan dengan awak sorang2..”
Rasa macam nak peluk je aunty ni..sambil berjalan-jalan dengan menghirup angin malam kami bersembang2
  [ape yang dibualkan biarlah ia jadi rahsia] 
sehinggalah jumpe teksi..jauh jugak kami jalan tapi kesian ngan aunty tu..huhu
 (-_-)…
“you ade duit tak?” “ade2..saya bawak.”   “pakcik, hantar die balik ye”
“terima kasih banyak2 aunty.”       
“sama2..hati2 ya”
Ulasan:. Tanpa mengira kaum dan agama aunty tu sanggup menghantarkan saya dan berjalan kaki bersama-sama sehingga kami betul2 berjumpa dengan teksi dan sehingga saya menaiki teksi tersebut…kerana apakah???saya kira ini kerana nilai kemanusiaan dan ukhuwah….apabila kita menyebut tentang ukhuwah mesti nak kait ngan org islam je..ukhuwah tu kan perkataan arab..
[betul kan? Kalau saya silap tolong tegur..]
Kalau kita sendiri sebagai orang islam dan membantu orang bukan islam adakah ia berdosa? Tidak bukan? Jadi mengapa harus ada jurang perbezaan begitu?..fikirkanlah..islam itu SYUMUL bukan menyekat dan memberatkan…~ 

2 ulasan:

Anonymous said...

betul la awak cakap,, saye like cara fikir awak,, ^_^

Nur Zulaikha said...

hehe..thanks...

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”