Assalamualaikum sahabat-sahabat? Kaifa halukum? Ni hao ma? Kabare?
Catatan kali ini saya akan cuba sedaya upaya untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul..hehehe
Sekiranya terdapat kesalahan bahasa, minta diperbetulkan... Baiklah, agak-agaknya apakah kaitan tajuk di atas dengan kisah yang ingin saya sampaikan?
Begini kisahnya, amalan yang ingin saya bincangkan ini terbahagi kepada 2. Bukan amalan kurafat @ kufarat @ syirik ya. Ini adalah amalan-amalan sunat mengikut takwim islam iaitu amalan sepanjang masa dan amalan mengikut bulan hijrah.
![]()  | 
| lebarnya senyuman..tiga!!! | 
AMALAN SEPANJANG MASA
- solat fardu berjemaah di masjid, surau atau di rumah.
 - mendirikan solat sunat Rawatib.
 - mendirikan solat-solat sunat yang tertentu(Tahajud,Duha,Tasbih dll.)
 - membaca zikir ma'thurat selepas solat subuh.
 - membaca al-Quran.
 - menghadiri majlis ilmu(ceramah,kelas agama dll.)
 - puasa sunat Isnin Khamis @ 13hb, 14, 15hb mengikut bulan takwim islam(dipanggil hari-hari bulan cerah), 28hb, 29, 30hb(dipanggil hari-hari bulan gelap)
 - membaca segala wirid/doa harian.
 - bersedekah.
 - mengerjakan umrah jika mampu,khususnya bulan Ramadhan.
 - memelihara mulut,mata,telinga,& anggota-anggota lain daripada perbuatan maksiat dan keji.
 - mengingati MATI & menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat jenazah dan menghantarnya ke kubur.
 - menziarahi sahabat handai,saudara-mara lebih-lebih lagi orang alim, para ulama & tuan-tuan guru.
 - amar maaruf dan nahi mungkar.
 
AMALAN MENGIKUT BULAN HIJRAH
1) Muharam
- 1-9hb sunat puasa
 - 10hb sunat puasa hari Asyura dan: 1) menyapu kepala anak yatim. 2)bersedekah kepada fakir miskin 3)bercelak mata pada waktu malam. 4)menambah perbelanjaan keluarga. 5)memperbanyakkan bacaan(sekurang2 70 kali)
 
2) Safar
- tidak ada amaln yang khusus melainkan perkara-perkara seperti amalan sepanjang masa yang telah diterangkan sebelum ini.
 
3) Rabiulawal
- kebiasaanya orang islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awwal.
 
4) Rabiulakhir
- tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa.
 
5) Jamadilawal
- tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa.
 
6) Jamadilakhir
- tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa.
 
7) Rejab
Rejab dikenali sebagai bulan ALLAH.
- puasa 1 hari >mendpt keredhaan yg besar dari Allah.
 - puasa 2 hari > mendpt kemuliaan dari Allah.
 - puasa 3 hari > diselamatkan oleh Allah drpd bahaya dunia,seksa akhirat,penyakit gila & fitnah syaitan,dajjal.
 - puasa 7 hari > ditutup 7 pintu neraka.
 - puasa 8 hari > dibuka 8 pintu syurga.
 - puasa 10 hari > Allah akan memakbulkan permintaannya.
 - puasa 15 hari > Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.
 - tambahan puasa > menambahkan pahalanya.
 - membaca surah al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
 - membaca al-Quran.
 - membanyakkan doa, istighfar.
 
8) Syaaban
1- 15hb > Nisfu Syaaban.
                * Hidupkan malam dengan membaca surah Yasin 3 kali dan berdoa supaya:
                        # panjang umur serta dapat beribadat.
                        # murah rezeki.
                        # tetapkan iman.
                * Ibadat-ibadat lain.
                * Terdapat khilafiah pendapat ulama terhadap amalan ini, terpulanglah kepada kita.
                   Walaubagaimanapun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal.
                    seperti membaca al-Quran & sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa & tidak
                    semestinya dibaca Yasin 3 kali.
2- Digalakkan berpuasa kecuali pada hari syak iaitu 30hb Syaaban.
9) Ramadhan 
Dikenal juga sebagai bulan puasa, bulan al-Quran, bulan sedekah, bulan kesabaran dll.
- Doa pada awal malam Ramadhan.
 - Solat sunat Trawih dan Witir pada waktu malam.
 - membanyakkan membaca al-Quran.
 - membanyakkan sedekah.
 - membanyakkan ibadat khususnya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
 - mengerjakan umrah(jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah bulan ini menyamai pahala satu haji bersama Rasulullah S.A.W
 
10) Syawal
- membayar zakat fitrah sebelum solat sunat Aidilfitri.
 - solat sunat Aidilfitri / hari Raya.
 - puasa 6 hari dalam bulan syawal setelah sempurna puasa Ramadhan mendapat pahala puasa setahun.
 - membaca takbir dari terbenam matahari 30 Ramadhan sehingga solat sunat Aidilfitri.
 - hidupkan malam 1 Syawal dengan banyak beribadat.
 
11) Zulkaedah
- tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa.
 
12) Zulhijjah
- 1-8hb. .> sunat berpuasa.
 - 8hb. > hidupkan mlmnya dgn bnyk beribadat.
 - 9hb. > (hari wuquf) *hidupkan mlmnya dgn bnyk beribadat di Arafah. *disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji. *membaca surah al-ikhlas 1000 kali.
 - 10hb. > (Hari Raya Haji) *solat sunat Aidiladha. *membaca takbir. *melakukan ibadah korban/sedekah.
 - 11-13hb. (Hari Tasyrik) *hidupkan malam dgn bnyk beribadat. * takbir selepas setiap waktu solat fardu.
 - 30hb. *membaca doa akhir tahun hijrah. *membaca doa awal tahun Hijrah selepas Maghrib
 
Akhir kalam, sekadar ini sahaja yang saya dapat kongsikan bersama sahabat.
Moga dapat berjumpa di lain halaman dan memanfaatkan halaman ini.
Wallahu'alam...     ~sharing is caring & loving~
![]()  | 
| ~indahnya lukisan agung Pencipta~ | 
Read more...











