Assalamualaikum :)
Lama tak menulis dah. Dulu, sblm mnceburi bidang blogger ni seorg shbt yg rekemen psl blog ni. So, dari situ start menceburi dunia blogger. Ramai kawan blogger dapat kenal. Dari yang biasa hinggalah yang otai.
Tiba tiba lempar belakang pulak. HAHAHAHA (nk ceriakan hati)
N.Z sebak+sedih+kecewa dan macam macam lagi la perasaan. Senang nak cakap atau straight to the point 'FRUST' lah.
Satu hari, scroll FB seseorg yang pernah singgah di hati ini. Namanya biarlah rahsia. Tgk status die up "in relationship" (terkejut sgt)
Mula lah misi stalker berlaku. Ternyata dia sudah punya seseorg yg berjaya menawan hatinya. Daripada komen-komen tersebut majlis tersebut akan berlangsung pada tahun hadapan. T_T
N.Z akui kami tak pernah declare sebarang perhubungan dari sewaktu perkenalan. Hanya rakan biasa sahaja. Tapi dalam diam N.Z punya perasaan padanya. Pendam dan peram.
Kami berkenalan pun hanya di alam maya pada mulanya. Masa tu form5. N.Z ade masuk kelas komputer. Sabtu ahad ade kelas dan waktu belajar sejam. Lepastu waktu bebas. Jadi sesetengah student akan main game, downloading,tk kurang juga chatting.
Masa tu ade laman web chat in-team. Kebetulan nak dengar lagu in-team lepastu godek-godek jumpe ade ruang chatting. N.Z pun masuk dengan nickname 'islah'. Tiba-tiba nickname 'hamba allah' menyapa. kami pun berkenalan dari situ. Tanpa melihat rupa bahkan tak kenal suara. Hampir sebulan juga kami berchatting. Nampak sangat tak matang waktu tu kan..hahaha
Peperiksaan SPM pun masa tu nak dekat dah. 'hamba allah' ni tanya apa persediaan nak exam semua. N.Z pun share la strategi semua walaupun N.Z bukanlah best student. Dari situ idea nak bertukar kertas soalan pun terjadi. Ok la kan dapat kertas soalan dari kelantan. N.Z bagi kertas soalan perak. kami pun bertukar-tukar no.telefon. Masa tu N.Z bagi no ayah. N.Z bagitau yang N.Z duduk asrama. So tunggu N.Z balik baru boleh call or mesej guna no tu. Zaman tu takde whatsapp dan smart phone tk berapa nak ada.
Diringkaskan cerita lepas habis SPM kami still berhubung. Dia cerita yang dia malu nak berkawan dengan N.Z. N.Z tanyalah kenapa. Dia bgtau yang dia gemuk macam belon. Masa tu N.Z rasa nak tergelak sangat macam mana la N.Z boleh berkawan dengan orang gemuk sebab masa chatting hari tu terbayang yang dia seorg yang kurus, handsome, bijak..(pengaruh novel+drama)
N.Z bgtau pada dia yang N.Z tak kisah semua tu. Yang lebih penting adalah persahabatan. :)
Sampailah satu saat N.Z berjaya masuk STPM. Dia sambung belajar kat GMI bangi. Masa tu dah renggang sikit sebab masa form6 tu N.Z duduk asrama. So telefon memang tak boleh bawak. FAcebook la jadi mangsa pulak perhubungan kami.hehehe.
Dan pada masa tu lah baru N.Z tahu rupa sebenar 'hamba allah' tu macam mana. Yes. memang die dulu gemuk tapi lepas spm die cuba untuk kuruskan badan dia sebab die kata die malu nak berkawan dengan N.Z padahal N.Z tak kisah pun sebab masa tu tak fikir ape. Hati dah bunga-bunga kan. Lepas die kuruskan badan tu memang totally lain.
Kami menyambung semula silaturrahim. Bertukar pendapat mengenai subjek yang diambil. Cerita pengalaman masing-masing berada di suasana baru. Setiap minggu mesti akan follow perkembangan masing-masing. Tinggalkan komen dekat FB. Sampailah ada seorg ni (kwn hmba allah) perasan yang kami akrab di FB. Faiz ni satu kampus dengan hamba allah tapi berlainan usia.
Dari situ kami bertiga akrab di FB. Pernah di ajak jumpa ketika festival buku tapi N.Z tak dapat pergi sebab duduk asrama kan. So memang tak pernah jumpa face to face. Setakat skype dan via phone je. Lepas N.Z tamatkan STPM, mengganggur sekejap dekat rumah sementara tunggu dapat tawaran sambung degree. N.Z pernah luahkan perasaan N.Z pada hamba allah ni tapi dalam bentuk kiasan. N.Z rasa die tahu tapi buat-buat tak tahu. Masa tu dah giveup. Start dari situ dah renggang. Faiz pelik jugak sebab kami dah jarang bertukar komen. Selalunya kalau salah seorang up status mesti salah seorg dari kami akan komen dan sehinggalah tiada topik dibincangkan.
N.Z ceritalah masalah N.Z pada faiz. Faiz bagitau yang dia akan cuba tanya hamba allah kalau-kalau die dah ada orang lain. Bermulalah sesi talk antara faiz dan hamba allah. Alangkah gembiranya hati bila faiz bgtau.
"faiz dah tanya dengan abg kim (hamba allah) dia kata dia tengah berkawan dengan seorg budak pempuan ni, die duduk perak."
faiz tanya lagi. faiz kenal tak sape die perempuan tu. Hamba allah bgtau yang faiz pun rapat dengan budak perempuan tu dan faiz kenal cuma tak pernah jumpa. Masa tu rasa bahagia sangat. sape lagi budak perempuan perak yang hamba allah dan faiz kenal kalau bukan N.Z kan.. Tak sabar nak jadi perempuan dewasa..hahaha..Lawaklah bila ingat balik time tengah makan tu boleh senyum-senyum..Nama hamba allah tu N.Z siap masukkn dalam doa N.Z tau..Moga-moga dia jadi pendamping dan pelengkap hidup N.Z nanti.
Lepas misi si faiz tu berjaya dengan hamba allah satukan kami,masa tu kami aktif balik komen-komen dekat fb. Sampai satu masa, N.Z dapat sambung degree dekat UiTM shah alam lepastu quit masuk nursing under KKM. Time tu dah start busy. Memang totally lost contact. Dan hanya tengok dekat news feed FB je. Dah jarang like atau komen sebab masa tu N.Z rasa give up sangat dengan dia.
Dannnn..sampailah saat ini N.Z terlihat status dia 'in relationship' membuatkan jantung N.Z rasa nak tercabut. Hati ini pedih, hati ini sakit tapi airmata tak dapat keluar sebab terlalu pedih di dalam. Lagu latar sedih nyanyian syamel pun tiba-tiba keluar. N.Z pasrah dan redha namun hati ini tak dapat melupakan saat-saat waktu dulu.
N.Z akui, dialah orang pertama yang mnggetarkan jiwa ini pada seorang insan bernama lelaki sebab N.Z bukanlah seorang yang mudah jatuh cinta. Tapi apakan daya. Doa N.Z untuk dia bukanlah yang tertulis. Dia tertulis untuk jodoh orang lain. Semoga kau bahagia wahai hamba allah. Terima kasih atas segala keprihatinanmu selama ini, terima kasih atas segala kenangan manis, terima kasih atas segala hubungan persahabatan selama ini, terima kasih kerana kau hulur tangan persahabatan, terima kasih atas segalanya. Jodohmu bukan untukku.
2008-2016
0 ulasan:
Post a Comment