Sunday, January 9, 2011

kelebihan lafaz 2 kalimah syahadah...

assalamualaikum..
rasanya ini penulisan yg pertama utk tahun ini...
disini, ana / I / saya  [x kisah apa2 krn semua mksd yg sama]   nk berkongsi satu cerita....renung2kan...

Diriwayatkan dlm sebuah hadis,..pada zmn dahulu ade seorg lelaki muallaf yg sedang melakukan wukuf di Arafah, bagi menunaikan salah satu rukun haji yg dilaksanakannya.
      Ketika berhenti sbg memenuhi tuntutan rukun plg penting itu, lalu dia pun kutip la 7 biji batu dan berniat "Hai batu-batu,saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah."
Nak dijadikan cerita, selepas itu dia pun tertidur dlm keadaan batu yg dikutipnya tadi berada di bawah kepalanya dan dia bermimpi seolah-olah tibanya hari kiamat.

Dalam mimpi tersebut, dia melihat setiap amalan, hinggalah mendapati berat timbangan dosanya itu lebih berat daripada pahala yang dikerjakan di dunia...  [kita pula mcm mana agaknya??]

Lalu, diperintahakan malaikat untuk berjalan menuju ke sebuah pintu yang sememangnya membawa dirinya terus ke neraka. Ketika hendak melangkah masuk menerusi salah satu pintu itu, tiba-tiba datang batu-batu kecil yang menghalang laluannya.

Walaupun dicuba beberapa kali untuk masukkan lelaki itu menerusi pintu itu, ternyata ia sia-sia kerana apa?? kerana  setiap kali itu juga muncul batu-batu kecil yang segera menghalang laluan pintu berkenaan.

Malaikat yang mengiringi lelaki itu kemudian membawanya ke pintu neraka lain dan ternyata ia tetap gagal kerana setiap kali itu juga muncul batu-batu kecil yang menghalang laluan pintu itu hinggalah  habis kesemua tujuh pintu neraka didatangi...

Kerana gagal untuk memasukkan lelaki itu ke dalam neraka, malaikat yang mengiringinya itu kemudian membawanya menghadap Allah S.W.T...Disitulah Allah S.W.T kemudian berfirman kpdnya yg bermaksud "Wahai hambaku, aku menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan mensia-siakan hakmu. Bagaimana aku akan mensia-siakan hakmu, sedangkan aku menyaksikan syahadah yang engkau ucapkan itu. Sekarang, masuklah engkau ke syurga."

Lalu malaikat itu membawa lelaki tersebut menuju sebuah pintu syurga dan ternyata tiada lagi batu-batu kecil yang menyekat laluan sebaliknya pintu syurga yang dilaluinya itu terbuka selebar-lebarnya bagi memudahkan laluan....

What the moral of the story????
Apa yg dapat dirumuskan disini, ialah  itulah kelebihan bg sesiapa yg melafazkan kalimah 2 syahadah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa "Barang siapa yang kalimah akhirnya adalah 'La Ilaha Illallah' nescaya akan masuk syurga...

So,ape tunggu lagi??? marilah kita sama-sama memperbanyakkan mengucap kalimah syahadah dgn niat memperbaharui nilai iman dan islam..Semoga kita mendapat Rahmat daripadaNya...
(^_^)

2 ulasan:

zack said...

dap tak ayat dari surah mana firman allah tersebut

Nur Zulaikha said...

tak pasti dr surah mane dan ayat keberapa la sebab sy bace dr majalah solusi..maaf tdk mnjwb soalan

 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”