Saturday, September 18, 2010

[Malay][H] "Seorang lelaki tidak boleh memandang aurat lelaki lain, dan tidak boleh seorang wanita memandang aurat wanita lain. Dan tidak boleh seorang lelaki bercampur dengan lelaki lain dlm satu pakaian, dan tidak juga kepada seorang wanita bercampur dengan wanita lain dalam satu pakaian." (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)

Read more...

naSyid pilihan

syurga adalah satu tempat
yg hanya dihuni mukmin sejati

syurga ganjaran teristimewa
bagi manusia yg taat perintahNya 
dan juga laranganNya
Dialah Tuhan yg Maha Kuasa

Rahmat bahagia tetap diminda
indah syahdu menusuk jiwa
inilah kabar gembira
bagi mereka yg akan bakal
hidup di syurga

Syurga di dunia bukannya sama
dengan syurga di akhirat sana
syurga di dunia sementara cuma
syurga akhirat kekal selamanya

Read more...

Monday, September 13, 2010

Adakah Wajib Solat Jumaat Jika Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat?

Setiap kali tibanya hari raya baik Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada hari Jumaat, masing-masing tertanya-tanya tentang kewajiban solat Jumaat pada hari tersebut. Kebetulan tahun 2010 ini hari raya jatuh pada hari Jumaat. Saya ingin berkongsi satu artikel yang insya-Allah memberi manfaat kepada semua.
Soalan:

Sejauh mana kekal hukum pengguguran solat Jumaat apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat. Sebabnya masih ada yang keliru dan mengambil langkah memilih untuk hadir salah satu daripada solat tersebut?
Jawapan:
Dalam persoalan ini para ulama berselisih pendapat dalam menentukan kefardhuan Jumaat.

Jumhur ulama bersetuju untuk tidak menggugurkan kefardhuan Jumaat walaupun hari raya jatuh pada hari Jumaat yang telah dituntut oleh Allah SWT.

Imam Ahmad bin Hambal r.a berpendapat bahawa solat Jumaat gugur sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat. Ini kerana sudah ada solat yang menghimpun manusia seumpama dengan solat Jumaat dan tujuannya juga sama. Ditambah lagi, hari raya kebiasaannya orang sibuk dengan aktiviti khusus hari raya.

Imam Ahmad juga berhujah bahawa Saidina Uthman bin Affan mengizinkan penduduk kawasan tinggi di Madinah supaya tidak datang bersolat Jumaat.

Akan tetapi jumhur ulama menolak bahawa amalan seorang sahaja dari kalangan sahabat tidak boleh dijadikan hujah dalam persoalan pengguguran solat Jumaat. Hal ini juga tidak disepakati oleh jumhur ulama.

Penolakan ini dikukuhkan lagi dengan penghujahan daripada ayat al-Quran itu sendiri, dalam perintah solat Jumaat Allah SWT berfirman yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)". (Surah al-Jumu’ah: 9)

Di dalam ayat kefardhuan Jumaat ini Allah SWT menyuruh dan meminta orang-orang beriman menuju ke masjid dengan kadar segera untuk menunaikan solat Jumaat seperti mana pada Jumaat-Jumaat yang lain termasuklah Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha.

Dalam kitab Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-A’immah karya Imam Al-Dimasyqi, telah dinyatakan bahawa: “Apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka menurut pendapat Imam asy-Shafie yang sahih, dinyatakan bahawa tuntutan solat Jumaat tidak gugur daripada penduduk kampung (pemastautin) yang mengerjakan solat Jumaat. Adapun bagi mereka yang datang dari kampung lain, tuntutan tersebut digugurkan.”

Demikianlah menurut pendapat Imam Shafie yang sahih. Sekiranya mereka telah menunaikan solat hari raya, dibenarkan bagi mereka untuk terus pulang, tanpa mengikuti solat Jumaat. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, bagi penduduk kampung mereka wajib menunaikan solat Jumaat. Menurut Imam Ahmad pula tidak wajib solat Jumaat sama ada penduduk tetap ataupun tidak. Kewajipan solat Jumaat gugur setelah mengerjakan solat hari raya. Tetapi mereka wajib solat Zuhur.

Ad-Dimasyqi tidak menampilkan pendapat Imam Malik. Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid menyatakan bahawa pendapat Imam Malik selari dengan pendapat Imam Abu Hanifah. Dinukilkan bahawa, “Imam Malik dan Abu Hanifah bersependapat, ‘Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka mukalaf dituntut untuk melaksanakan kedua-duanya’.

Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah diberikan, ternyata bahawa dalam hal ini terdapat empat pendapat:



1- Solat Jumaat tidak gugur terhadap penduduk kota (ahlul madinah) yang di tempat mereka ada dilaksanakan solat Jumaat. Bagi mereka yang datang dari kampung atau gurun, atau dari kampung yang yang terletak di kawasan yang tinggi, yang di kawasan mereka tidak dilaksanakan solat Jumaat, kewajipannya digugurkan.

2- Maka sekiranya mereka iaitu mereka yang datang dari kampung telah menunaikan solat hari raya, mereka boleh terus pulang, tanpa mengikuti solat Jumaat. Inilah pendapat Imam Shafie. Pendapat ini juga merupakan pendapat Uthman dan Umar bin Abdul Aziz.

3- Solat Jumaat tetap wajib ditunaikan, sama ada penduduk kota di kawasan yang dilaksanakan solat Jumaat mahupun bagi penduduk luar. Pendapat inilah yang dipegang oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Maka, solat Jumaat tetap wajib dan tidak gugur biarpun sesudah menunaikan solat hari raya.

4- Tidak wajib solat Jumaat, tetapi mereka wajib solat Zuhur. Demikianlah pendapat Imam Ahmad.

Secara dasarnya, Imam Shafie tetap mewajibkan solat Jumaat yang jatuh pada hari raya. Namun beliau menetapkan kewajipan tersebut terhadap penduduk kota. Bagi penduduk desa atau padang pasir (badwi) yang berkunjung ke kota untuk solat raya (dan solat Jumaat), dan di tempat mereka tidak dilaksanakan solat Jumaat, maka mereka dibenarkan untuk tidak mengerjakan solat Jumaat.

Bagi kita rakyat Malaysia yang berpegang dengan mazhab al-Syafie adalah tidak gugur kefarduan Jumaat sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat. Kebenaran yang diberi oleh Imam al-Syafie kepada penduduk yang berjauhan dari masjid adalah dengan tujuan tidak membebankan mereka, sedangkan mereka terpaksa keluar dua kali untuk ke masjid yang mana jikalau mereka pulang selepas sembahyang sunat hari raya nescaya mereka tidak akan sempat datang semula ke tempat Jumaat.

Di negara kita (Malaysia) keadaannya sangat berlainan. Kita tidak menghadapi kesukaran untuk ke masjid. Masjid pun sudah banyak dibina dan terletak tidak jauh mana dari rumah kita. Kita lihat tidak ada tempat yang keadaan seperti itu. Kalau adapun mungkin di kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak. Di tempat lain kemudahan banyak sama ada mereka boleh kembali dengan kenderaan masing-masing dan masjid-masjid tempat dikerjakan sembahyang Jumaat adalah berdekatan dengan rumah masing-masing.

Adapun syarat boleh meninggalkan Jumaat pada masalah ini ialah:

1. Hendaklah mereka itu bersembahyang hari raya di tempat Jumaat. Jika mereka mengerjakan sembahyang hari raya di tempat yang tidak di buat Jumaat seperti surau atau lainnya maka wajib mereka datang ke tempat Jumaat untuk sembahyang Jumaat.

2. Kesukaran kembali ke tempat Jumaat sehingga jika mereka kembali dan datang semula meluputkan Jumaat. Jika mudah kembali ke tempat Jumaat, maka wajib mereka itu mengerjakan sembahyang Jumaat.

3. Mereka itu telah kembali sebelum masuk waktu Jumaat. Sekiranya mereka masih berada di kampung yang dibuat Jumaat, maka wajib mereka mengerjakan sembahyang Jumaat.

4. Hadir mereka itu ke tempat Jumaat untuk sembahyang hari raya. Jika hadir mereka ke tempat Jumaat bukan kerana sembahyang hari raya tetapi kerana membeli barang atau lainnya, maka wajib Jumaat ke atas mereka itu sekalipun mereka sudah kembali ke tempat mereka.

Wallahua’lam
Rujukan:
Pondok Pasir Tumboh
Read more...

ceRita LucU...

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat ke?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Keadilan!

Murid-murid: UMNO!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!

Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid-murid: Kenapa kami pandai sangat?

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata UMNO salah!

Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Kami semua dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)
Read more...

Saturday, September 11, 2010

RAYA

"Bersahabatlah dgn hatimu terlebih dahulu sblm b'sahabat dgn org lain &tdk sempurna iman itu melainkan mencintai SAHABAT kamu sbgmana mencintai dirimu sndiri"
-arqilah-

Dlm mesra mungkin t'kasar bahasa, dlm b'gurau mungkin t'lanjur senda,dlm b'janji mungkin ada yg belum dikota, dlm b'bicara mungkin ada yg menyinggung rasa. Jika ada kemaafan,itu jualah yg dipinta.Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin...
-norizat-

Biar kulit segelap ALMOND LONDON asalkn hati sesuci KUIH BANGKIT biar iman sekental DODOL jgn senipis REMPEYEK biar jiwa selembut BAHULU senyum la semanis WAJIKagr lebaran yg disambut lbh b'erti.SLAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR&BATIN..
-syariza-

Ngetan ngulon nunggang kudo,melaku2 dengkole loro,rampong poso kito podho, salah silap yo dingapura. Selamat nyambut dino royo wes podo2 yo.
-anim-

Jika HATI sejernih AIR.jgn biar ia keru,jika HATI seputih AWAN,jgn biar ia mendung.Jika HATI seindah BULAN,hiasi ia dgn IMAN. Slmt hari raya Aidilfitri...syukran
-mak fiqah-

Pjam Celik Pjam Celik dh lama xjumpe.Pjam celik dah 30 hari puase.Mkin dipejam celik,mkin bnyk salah & dosa. Smntara masih celik,bnyk2lh bwt pahala sblm pejam x celik2..Harap Maaf Jika T'salah Kata..Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin =)
-khairil PUM-

Jambangan indah lg b'seri,
bunga yg mekar b'warna warni, 
sms dikirim pengganti diri,
dengan ucapan...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir batin.
-kamal khairi-

Biar rmbut sehitam ALMOND LONDON,asal hati seputih KUIH BANGKIT,biar azam sekeras REMPEYEK,asal jiwa selembut BAHULU,biar iman sekental DODOL asal akhlak secantik KUIH DAHLIA,senyumlh semanis WAJIK,agar lebarandisambut lebih indah & menarik..salam aidilfitri pohon kemaafan zahir dan batin.
-naemah-

Nyimpan jenang nang jero tin,
arek digowo mareng suro,
keluputan kulo lahir batin,
salah silap njalok ngapuro.

Bocah cilik mangan sego,
sego dipangan karo gulo,
wes suwi orak ngomong jowo,
dino royo njalok ngapuro.

Buko poso lawuh'e gereh,
njegor sunge dicaplok boyo,
keluputanku sing akeh2,
kito 0-0 lah yo...
-bella & wawa-



Read more...

Wednesday, September 8, 2010

Ya Allah,sekiranya  RasulMu hidup bershbt,kurniakn jua kpdku shbt..tp biarlah shbt2 dari jalan2 yg membenarkanMu,spt kbnran As-Siddiq..dan jua shbt2 dari pintu2 ilmuMu spt Ali & pintu ilmu kekasihMu..berilah kpdku shbt dr kemuliaan Khadijah yg Kau cipta sbg pendamping kekasihMu.. Ya Allah, sekiranya semua itu tdk layak bagiku,aku ttp bersyukur dipertemukan shbt spt 'insan ini'...mungkin padanya perkara yg tdk aku ketahui mlainkanMu,mungkin juga terletak padanya apa yg aku cari...SAHABAT SEJATI...

Read more...

3.9.2010

hari yg mncemaskan buat diriku krn tertinggal beg dlm bas...tk penah2 jdik mcm ni..hu~ rasa nk nangis tp tk nangis lg la..Sekitar jam 11.30 daku keluar dari kelas utk bersiap2 ke Klang Sentral dgn menaiki bas sekolah.Setelah memasukkan beg ke dalam bas,daku diberitahu bahawa ada bas yg mahu mengambil pelajar2 Perak ke sekolah dan utk kepastian,daku berpatah balik ke asrama malangnya bas tersebut hanyalah untuk ke Kuala Kangsar,Ipoh & Taiping ..Apakan daya,destinasiku bukan disitu ttp di teluk Intan, lalu daku berpatah semula ke tempat aku memasukkan begku itu tadi..Malangnya bas itu telah tiada & telah bertolak ke Klang sentral..?????? "alamak mcm mana ni?beg kt dlm tu.."...tp kekusutan ini terlerai jua akhirnya..Praise To Allah

Read more...
 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”