Tuesday, July 31, 2012

Luahan hati saya

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog nie..rindu sangat2..entah mengapa jari ini begitu lancar menaip..mungkin aku rasa sedih..gembira..teruja...terlalu banyak perasaan yang ingin aku ungkapkan namun tak terluah dengan kata-kata..mengapa? terlalu banyak perasaan yang hadir dalam diri ini dikala ini..aku hanya mampu mengungkapkan yang AKU SAYANG EMAK & BAPAK!!!!!

Read more...

Monday, June 25, 2012

ANTARA DUA

Assalamualaikum.....

ade macam lirik lagi antara dua yang Farah AF tu nyanyi tak?hehehe antara dua la sangat kan..actually memang sekarang ni hati sedang berperang untuk membuat pilihan.. Pilihan ape?calon suami??owh tidak..tidak...tidak..belum sampai masa lagi okayh...

N.Z ade pergi temuduga S.P.A (suruhanjaya perkhidmatan awam) masa 27.4.2012 hari tu..latihan separa perubatan a.k.a nurse...dan TAK SANGKA temuduga tu berjaya dan N.Z dah pun dapat tawaran tu...

 Mase tu N.Z tengah belajar jurusan sains pengurusan pembinaan dekat Uitm Shah Alam.. Berbelah bagi jugak lah mase tu..yelahh..sayang plak..baru masuk sem satu..banyak pengalaman dapat kat sane..alam mahasiswa katekan..dan sebenarnya tak sangka dapat jugak tawaran tu sebab mase temuduga tu secara jujurnya N.Z tak menjawab soalan yg ditanya oleh pihak penemuduga tu...

penemuduga : berapa lama latihan yang awak akan terima nanti?
N.Z              : 6 bulan kot..
penemuduga: (dgn wajah terkejut) awk ingat 6 bulan tu cukup ke nak melatih seorang jururawat dalam mengendalikan pesakit?
N.Z              : tak
penemuduga: habis tu?awak tak buat research tentang jawata yang awk pohon ni?
N.Z              : tak..saya dpt tahu pun mak saya call cakap saya dapat temuduga s.p.a..mase tu sy kat uitm..so balik tu terus pergi..
penemuduga: apa warna baju untuk nurse?
N.Z             : biru dengan putih..
penemuduga: biru untuk ape dan putih untuk ape?
N.Z              : tak tahu..
penemuduga :macam mane awk ni..sepatutnya awk kene cari maklumat semua tu sebab awk yg pohon jawatan ni..siapa menteri kesihatan?
N.Z             : Yang berhormat datuk sri Liow Tiong Lai (yg ni je yg betul..hahaha)
penemuduga: kalau awk dpt jawatan ni awk nak berhenti uitm ke?
N.Z              : saya berhenti kot...
penemuduga : kenapa?
N.Z              : kerja nurse ni mulia sebab tolong orang..
(mase tu macam2 lagi yg disoal..tak habis2 plak entry ni kalau nk cite sume)

Mase tu memang pasrah sangat la..dan takde la berharap sgt..kalau dapat ALHAMDULILLAH....dan tak sangka dpt...huhuhuh..(sujud syukur)

Hari jumaat mak call bgtaw yg N.Z dapat tawaran tu..puas jugak la mak bg cadangan dan nasihat tentang pemilihan tu..mase tu pun ragu2..sayang jugak dgn Uitm ni walaupun pada mulanya hanya Tuhan je yang tahu..rugi pulak kalau tolak s.p.a

Lepastu N.Z buat la solat istikharah...hmmm..takde mimpi ape2 cume ade seorg shbt kate tak semestinya mimpi je kadang2 pandangan dari orang sekeliling pun boleh jadi..nmpknya pandangan sekeliling N.Z macam suruh N.Z pergi s.p.a..peluang kerja kan..dah menjamin mase depan..walaupun ianya baru latihan lagi tapi bila dah habis die akan terus diserap masuk di bawah kementerian kesihatan malaysia..kos yg N.Z ambik ni pun belum tentu dapat kerja bila dah graduate nantu..sayang tu..ijazah..huhuhu..dengan keadaan sekarang yg susah nk dapat kerja kan..

Akhirnya keputusan telah pun dibuat..Ya Allah Kau permudahkanlah urusanku..


p/s:sedih sgt waktu2 terakhir di UItm..seronok dapat kenal shbt2 kat sane dan macam2 pengalamn dapat..mungkin jua ini adalah nikmat yg Allah kurniakan buat sementara untuk N.Z rasai pengalaman di alam universiti..universiti is the best part in student life~

p/s : kenangan pashmina pemberian AP236 ^_^
Read more...

Tuesday, June 12, 2012

Dinner Kesatria Negara Kompeni G

Assalamualaikum...

WAhhh..baru boleh menarik nafas lega sebab baru habis dinner kesatria..huhuhu.. Ape yang di 'nervous'kan sgt ni??yelahh..mane taknya kene jadi MC kot..mawu tak gelabah but its ok..pengalaman kan..lepas ni boleh la masuk dalam bidang pengacaraan TV plak..opss..

pengalaman nervous tu tak yah cakap la kan..mulanya MC formal ade dua orang iaitu N.Z sendiri dan Nasir tp last2 minute die tak jadi MC sebab tugasan yg sgt melambak tu..ase nak flying kick je time tu..tp takpelah..N.Z paham..budak architecture memang busy dgn assignment diorang tu..

punyalah gelabah + cuak + ade le cool sikit majlis pun bermula..tempat die..perghhh..angin sepoi2 bahasa gitu..dekat dataran air pancut Dataran Tengku Fauziah Uitm Shah Alam..sape pernah pegi taw la tempat tu..best kn..tp yg tak bestnya time tengah bace skrip tu tersasul pulak..aisehh..malu je depan V.I.P tu.adehhh


akhirnya,majlis pun berjalan seperti biasa dan tamat dengan jayanya..sedikit pengalaman yg dapat diperoleh sepanjang bergelar mahasiswi..kalau boleh lepas ni nak cube semua aktiviti dan terlibat dalam acara2 yang dianjurkan..^_^..



p/s:pengalaman itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit~  
Read more...

Segmen : Follower Pilihan Niera

Assalamualaikum...

Hari nie tetibe ade rase mood nak join segmen..theeeee

 



syarat wajib:
*blogger malaysia
*follower blog Aisyah Humaira' (walaupun terpaksa sebab ni kan segmen follower niera..hihi)
*Like fanpage niera *buat entry bertajuk Segmen : Follower Pilihan Niera
*letak banner dan linkkan ke entry ni
*letak link entry anda dalam kotak komen

p/s:
tarikh akhir : 22 JUN 2012
SENARAI NAMA PESERTA
pemilihan berdasarkan blog yang ringan,tak serabut dengan gadjet yang bertimbun dan menarik hati :)
3 follower  10 follower akan terpilih dan blog mereka akan direview selama 2 MINGGU :)

maklumat terbaru !!
TOP REFERRAL akan mendapat hadiah misteriii ! nak tahu apa?promote habis2an dulu okay !
wahhh..best ni..rugi kalau korang tak join..cepat2..

p/s:suke trend mark die.."mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"
nak dapatkan sesuatu yg lebih baik mestilah kena berusaha bersungguh-sungguh kan barulah dpt yg terbaik itu..sape2 pun xkan bg free kalau bende tu berharga..betul x?
Read more...

Tuesday, May 29, 2012

Rindu Mereka...

Assalamualaikum..

pagi-pagi ni rase macam rindu pada seseorang..tergerak lah hati nak bukak blog si dia..patutlah hati rase lain macam..die ade post something yang menarik minat untuk lebih melekat..hehe..dia post pasal impian dia.. I mean, impian dia pada masa akan datang.. patutlah..impian dia tu ade yang sama macam impian N.Z..hehe

ni N.Z copy paste dari blog si dia a.k.a Nor Nabilah
 ------------------------------------------------------

Dan apabila aku membaca teknik ini, aku baru teringat bahawa aku pernah melakukan ini suatu ketika duhulu. Masa nie aku tengah belajar (walaupun sekarang pun sdg belajar lagi.HAHA), aku pada saat itu sedang menghadapi STPM. Boleh putus urat nak jawab soalan2 dia. Apa yang aku buat ialah, aku tulis 4A STPM 2010. dalam beberapa helai kad yang aku bentukkan love. Aku letak kad itu, di dalam almari aku, di dalam tafsir al-Quran aku, di atas katil aku, di meja study aku! Hah!!Merata-rata aku letak. Bilik mandi je aku tak letak pulak, sebab time mandi, kita nak rileks, kang pandang 4A tu stress pulak. KAH3X. Disamping tu, usaha lain juga turut dilakukan seperti study group, baca BACA BACA buku, solat2 sunat. Tu je lah caranya. dan akhirnya Alhamdulillah, TERCAPAI!. dan kini aku ada 2 IMPIAN! 

IMPIAN pertama mestilah nak dapat DEKAN dan nak jadi EXPERT dalam bahagian penerbitan dan multimedia. (aku sekalikan je..hahaha.aci kan?)

IMPIAN KEDUA adalah Ciri-ciri Lelaki Impian yang bakal menjadi Imamku. (wah! dalam hati ada taman aku ni) Eh. mestilah..walaupun muka cool, dalam hati Allah je tahu. Lalala~ Bila orang tanya, apa ciri-ciri suami yang kau nak? Aku akan blurr..sebab aku tak fikir lagi. Tapi sekarang aku dah fikir dah.(muka bahagia.sila bayang! ;p). Ini bukan kes gatal menggatal..tetapi ini adalah fitrah. Aku harap sangat seseorang tu tak baca entri nie..(memang pun, kan dia tengah umrah.haha) Aku harap sangat. Lagipun entri aku yang nie panjang. Nak ke dia baca. HAHA. Okay2..Aku dah short list kan dah..

1) AGAMA :  Aku mencari lelaki yang kuat berpegang teguh dengan agamanya iaitu agama Islam. Tidaklah sehingga level ustaz. Sebab aku tidak mencari ustaz, sebab aku kan ustazah, ngeh2x. dan dia tidaklah terlalu taksub sangat dengan agama.  Dan, aku mencari yang beragama, sebab dia boleh membimbing aku sama-sama ke jalanNya. yang selalu mengingatkan aku, jika aku terlalai atau teroverdos. dan dia juga boleh menjadi imam aku ketika solat dan juga segala hal.

2) TUA : Oh yeah! Tidaklah tua sangat sampai 10 20 and above dari aku. Tak selera weyh. (Opss!) Setakat lebih berusia 2 3  tahun begitulah. dan tidak MUDA! Tidak!!

3) BERBUDI BAHASA : Dia mestilah seorang yang sabar dan menghormati orang tua, terutama ibu bapa dia dan juga aku (ehem2). ala..penyayanglah senang cerita. Hua3x . Bukan apa, nampaklah kebertanggungjawaban dia. Dan dia sangat menghormati pandangan orang lain. dan dia suka senyum (eh! masuk dalam pakej nie jugak ek?lalala)yela2..kalau dia buat muka serius je. takutlah aku. Macam mana nak bergurau senda..(ececece..huaaaa.tak boleh bla).

4) BUKAN ORANG SELANGOR : yA Allah, aku nak sangat orang luar dari selangor. Aku teringin nak rasa suasana kampung. Aku takda kampung. Belajar dari kecik sampai besar pun dekat2 dengan rumah sendiri. Nak lah jugak jadi anak perantau. Sob2. Kakak dapat orang belah Barat, Abang Khai dapat orang Sabah Timur,Tawau (oversea), Abang Zaki dapat orang Selatan, Bagilah aku dapat orang Utara,lagi bagus kedah la... (eh2.Tiba.KAH3X) Haa..kan lengkap pakej tu satu keluarga..lalalala~

5) BERPENDIDIKAN : Oh, disini aku bukanlah nak menghina jika seseorang itu tidak berpendidikan.  Tapi, bagi aku, ia adalah faktor penting dengan sebab sekufu. Aku nak dia lebih tahu ilmu sedikit berbanding aku, Contoh, aku failed BI, dia mesti kena pandai BI..abis tu camna nak pi Istanbul..kalau speaking berterabur. Kata..nak honeymoon kat sana..HAHAH. (eh!Impian ke angan2 nie?)

6) TIDAK MEROKOK : Haishh..sebab aku tidaklah suka membebel. Jadi, aku berharap, suami aku tak buat aku semput nak berleter tiap-tiap hari. Kita taknak mati sebab merokok. Jadi, aku berharap sangat si dia tidak merokok. Membazir. Baik, duit tu simpan, kita pi umrah sama-sama ya ^__^

7) BERKACA MATA : Dulu, kalau pandang lelaki pakai kaca mata..Wahh..hemsemnya..smart giler. Dulu lah. Tapi kalau boleh aku nak puji suami aku je. "hemsemnya awaksss"..baru dapat pahala.haha. 2-2 rabun, sweet apa..cari barang sama-sama mengagau..kah3x.

8) KULIT SAWO MATANG : Aku tidaklah mengharap lelaki yang berkulit cerah. Aku nak yang kulit sawo matang, Melayu asli punyer..tapi tidak lah hitam manis. Sawo matang, korang google lah sendiri macam mana rupanya sawo matang kalau tak tahu macam mana warnanya. Bagi aku orang yang berkulit sawo matang nie hensem! Nampak gagah! Yeahh.(pandangan aku je,korang..koranglah!)

9) PERAMAH : Dia bukanlah seorang pendiam sangat. Pendiam bertempat takpa. Seorang yang baik hati, rajin, suka bergurau..(macam peramah dengan aku je.haha) ish3.takdalah sampai orang kata suami aku nie sombong, tak bergaul dengan masyarakat. 

10) ADA ASET : Oh! sesungguhnya, aku bukanlah seorang materealistik. Tetapi ia perlu ada sekarang untuk dunia hari ini. Paling-paling kurang dia mestilah mempunyai kereta sendiri bukannya kereta sewa. Tak perlu lori atau bas pun takpa..Kemudian, dia perlu ada rumah sendiri. Takkan nak duduk menumpang pulak dengan mak abah pulak kan. Segan.segan! nak hidup sendiri2. Takkan nak sweet2 depan keluarga pulak. Malulahhhhhh~.

11) BUNCIT : Eh2. jangan salah faham. Aku taknak lelaki aku buncit. Buncit 1 inci takpe. Lebih 1 inci, kita kena buat something kat perut tu nampaknya. Dan jangan kurus sangat. Sedang2 je. Kalau kurus, saya bagi awak makan banyak2. 6 kali sehari. Sampai awak nampak hemshem!! tapi kalau awak tiba2 gemukss..kita kena pergi jogging  5 kali round. Huh! Saya bukan apa. saya nak kita sama-sama sihat.(cewah!!!~) Kita sama-sama menjaga diri kita ya ^_^

12) MATANG: Bukanlah seorang yang panas baran dan cepat marah. Dia mampu menyelesaikan setiap masalah dengan sabar dan bijak.

Akhirnya..tersenarai pun. Ikutkan banyak lagi nie. tapi itu je lah kot.yang lain-lain yang baik tu, aku anggap bonus je lah dari Allah.Apa-apa pun, jangan pandang pada kebaikannya semata-mata tetapi perlu juga menerima kelemahan yang ada padanya juga.

Impian aku  yang lain ..ingin mendirikan rumahtangga diusia yang awal dan muda jika diizinkan Allah. Tapi, kena carik yang dah bekerja la, yang dah mampu. Kang kalau tidak, family bagi lampu merah. Semoga dipermudahkan. Apa-apa pun. Bila kita inginkan yang terbaik, kita kena sentiasa memperbaiki diri kita menjadi lebih baik dan solehah.

Ingat. yang penting usaha+DOA+TAWAKAL..Solat hajat lagi bagus. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani setiap hamba-hambaNya. Sentiasa ingati Dia, Dia pasti akan ingat kita 2 kali ganda. In sha Allah.
 
impian die tu ade yang same ngan aku..haipppp..sorang lagi sahabat aku ni a.k.a Nurul Najihah memang superb la bab2 gini..tu yang senyum simpul je bile bace blog dia..hahaha..GATAL!!
--------------------------------
 ustaz Hakim Mohd Nor sewaktu mudanya pernah merancang dan mengimpikan untuk memiliki kereta BMW, berbulan madu dengan isterinya di Sepanyol, dan berkahwin pada 16 September (banyak lagi sebenarnya, tapi x ingat.. hehe). Baiklah, agak-agak beliau dapat tak semua tu?

Alhamdulillah, berkat doa + amal baiknya + usaha + izin Allah, beliau berjaya mendapatkan segala yang diinginkannya tersebut. dan apa yang lagi menarik mengenai perjalanan hidupnya tersebut, setiap apa yang diimpikannya tersebut diperoleh bukan dengan duitnya sendiri, bahkan semuanya ditanggung dan dihadiahkan kepadanya. Kereta BMW diberikan oleh seseorang kepadanya (tak ingat sape), pakej bulan madu di Sepanyol diuruskan sepenuhnya oleh sahabatnya, dan untuk berkahwin pada 16 September itu, Allah bukan setakat mengabulkannya, tetapi juga mengizinkannya untuk melangsungkannya lebih awal daripada apa yang dirancangkannya, iaitu pada 2 Jun ini. Alhamdulillah.

Anda tahu tak salah satu daripada usahanya untuk mendapatkan semua itu? Sangat senang untuk melakukannya sebenarnya, dan saya percaya akan usaha tersebut. Nak tahu apa dia?? Itulah dia senarai impian. Beliau telah menyenaraikan setiap impiannya tersebut di tempat yang biasa beliau pandang, yang beliau akan sentiasa pandang setiap hari.

Baiklah, itu kisah ustaz Hakim. Ada satu lagi kisah, iaitu mengenai seorang sahabat Encik Firdaus Arshad (motivator untuk program UPSI Strive for Excellence tadi). Beliau menceritakan bahawa, seorang sahabatnya mengimpikan untuk mendapat isteri seperti Siti Nurhaliza (bukan Siti Nurhaliza, tetapi seakan-akan, baik dari segi rupa, suara dan kurus).

Agak-agak beliau dapat tak? Alhamdulillah, beliau juga mendapatkannya. Isteri beliau benar-benar seperti Siti Nurhaliza. Nak tahu apa antara usaha yang beliau buat? Beliau telah menyenaraikan ciri-ciri isteri idamannya tersebut di atas sehelai kertas, dan meletakkan kertas tersebut di dalam dompet beliau, di mana beliau akan sentiasa memandangnya setiap kali membuka dompet (sebab, setiap hari kita akan buka dompet).

Samada percaya atau tidak, itu benar-benar memberikan kesan sebenarnya. Hal ini demikian kerana, secara tidak langsung, kita telah membuat 'mind set' mengenai apa yang diharapkan tersebut, seterusnya membawa kita kepada usaha untuk mendapatkannya, di samping restu dan izin Allah semestinya. ^_^

Jadi, saya telah membuat keputusan untuk turut merekodkannya di dalam blog ini. Di samping turut meletakkannya di tempat lain. ^_^

---------------------------

Baiklah, orang selalu tanya apakah ciri-ciri bakal imam yang saya inginkan nanti? Walaupun macam lambat lagi dan macam tak layak je.. tapi sebagai seorang yang berwawasan, setiap orang berhak untuk mempunyai targetnya yang tersendiri. Begitu juga dengan saya. Maka, berikut merupakan ciri-ciri yang hati ini inginkan ya Allah.. ^_^

1) solat 5 waktu di masjid

2) taat dan hormat ibu bapa (sebab kalau dia hormat ibu dan bapanya, in sya Allah dia pun akan melakukan hal yang sama kat isteri dia dan keluarga isterinya in sya Allah)

3) tidak merokok

4) berkaca mata (bukan mendoakan mata dia tak elok, cuma suka tengok yang berkaca mata.. sebab kan penting juga ciri sedap mata memandang tu.. ^_^)

5) peribadi dia kacak (kacak muka x menjamin, tapi kalau kacak peribadi in syaAllah kita ke syurga sama-sama.. ^_^)

6) tidaklah mengharapkan yang daripada golongan ustaz-ustaz, tapi cukuplah sekadar, apabila dia berkata-kata seolah-olah ustaz.

7) bacaan AQ-nya lebih baik berbanding saya, agar kelak saya boleh belajar daripadanya, terutamanya bahagian tajwid.

8) jenis senyum sokmo. (awet muda gitu)

9) pandai bergaul dengan orang di sekeliling, lebih-lebih lagi apabila balik kampung (taklah sampai orang kata dia sombong a.k.a pendiam sangat)

Sekian ciri-ciri yang diharapkan ya Allah. Saya yakin Engkau Maha Mendengar ya Rabb.
^__^
 
p/s: impian aku??hmm..nanti aku akan kongsikan..^_^
 
impian dan angan-angan adalah satu perkara yang berbeza..angan-angan datang tanpa diduga dan pergi secara rela..berbeza dengan impian..datangnya di undang dan pengakhirannya menjadi matlamat@realiti.. (x taw la korang paham ke x aku punye falsafah ni..huhu)
 

Read more...

Friday, May 25, 2012

"Segmen 2 : Bloglist June"

Assalamualaikum..

Bangun je dari tidur terus kelam kabut.. Mane tak nye dah pukul 8.00, ade kelas 8.30..terbaikklahh..tu la padahnya bile tidur lepas subuh..isk isk.isk..insaff~ 
Dah siap mandi. semua budak2 AP236 kecoh2 kate takde kelas..perghhh..dah la bangun tadi kaki tersadung kat katil, pergi toilet pulak berus gigi tertinggal..macam2 dugaan.. Last-last bukak laptop join segmen dr blogger cun ni..hahahahahahahah (gelak jahat)


Syaratnya : 
  • 1. Pastikan anda follow blog ini :)
  • 2. Like PAGE ama di sini : https://www.facebook.com/NurAmalinaStoryForever
  • 3. Sediakan satu entri yang bertajuk : "Segmen 2 : Bloglist June".
  • 4. Copy & Paste Banner diatas dan Linkkan ke entri ini .
  • 5. Tagkan 2 atau 3 orang .. Anda tak dipaksa , tetapi diharuskan :) #it's up to you
Segmen ini expired pada : 1/6/12 tepat jam 10.00PM :)

p/s : N.Z nak tag dkt cik Bie dgn cik nina



Read more...

Thursday, May 17, 2012

!Segmen:Saya Suka Tambah Kenalan!

Assalamualaikum...

This evening i want to join a competition provided by Si Pink Merah Jambu.. Awesome!!!! You should try this..just follow the instruction.. its like ABC..very simple right..come on!!!


1. DONE- follower bernumber 273
2. DONE juga
3. DONE
4.FINISHHH

See.. semudah  1 2 3 kan..jom2...MARI BERKENALAN..
wanna join? Just click this link okayh! Si Pink Merah Jambu


Read more...

Tuesday, May 1, 2012

imamKu

Assalamualaikum... 



Setelah sekian lama tak menaip..rasa rindu.. Alhamdulillah, di kesempatan ni baru dapat nak menulis.. (hari pekerja kan) minta maaf la pada shbt2 blogger sebab tak melawat kalian atas kebizian yg melanda...haha

hari nie rasenye takde nak bagi topik berat sangat..just nak kongsikan satu cerita ni..tapi mungkin ade yang dah bace..tapi..takpelah..tak salah kan nak bace banyak kali..tak luak pun..

Alkisah....

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”


” Maybe kot. Try search kat google.."


” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”


” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”


Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.


Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.


Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.


Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.


Apa peranan imam dalam solat?


Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.


Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?


Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.


Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.


Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.


Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.


Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.


PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.

Ia perjanjian sampai mati.


Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.


Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.


Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.


Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.


Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.


” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”


Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.


Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?


Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?


Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.


Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.


Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.


Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.


Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.


Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?


Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.


Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.


Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.


Saya geleng kepala.


Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.


Pun begitu, saya suka mencadangkan.


Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.


Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.


Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.


MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.


Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.


Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.


Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.


Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.


Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.


Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.


ASALKAN DIA BAIK ?Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.


Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.


Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.


Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?


Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.


Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.


Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.


Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.


Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.


Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?


Buatlah pilihan dengan bijak.


Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.


Sekian....


*credit to someone with full of love*


p/s: siapakah bakal imamku???


Read more...

Saturday, March 31, 2012

30 Global March to Jerusalem

Assalamualaikum...

Diharap kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera.. N.Z nak kongsi satu video dengan kalian..semalam N.Z pergi Stadium Bukit Melawati untuk 30 Global March to Jerusalam..
Memang sangat meriah.. Isu ni bukan isu yang biasa lagi..saban hari kita dengar..dan isu ni juga bukan isu islam semata-mata tetapi adalah isu kemanusiaan...dan kita sebagai orang islam kene ambil iktbar daripada peristiwa ni..


ape sumbangan kita untuk sahabat2 disana??? adakah sekadar meluahkan rasa ketidakpuashatiaan sambil berpeluk tubuh?jadi..ayuh semua rakyat Malaysia salurkan sumbangan anda untuk sahabat2 kita di sana..paling simple perkara yang kita boleh buat ialah mendoakan keselamatan mereka setiap kali lepas solat..janji??? 


sebenarnya, ade banyak program malam tu tapi disebabkan handfone N.Z ni bukanlah taraf android mahupun yang canggih2 tu..sekadar cap ayam je, tak dapatlah nak rakam..so,tgk je la kat u tube ye..moga ianya memberi satu kesedaran buat kita umat manusia..

 

 p/s : harap dapat pergi lagi program macam nie...
 
Read more...

Friday, March 23, 2012

SINGLE VS COUPLE

Assalamualaikum....



credit to: mr google


Ade yang rase nak muntah hijau tak tengok tajuk entry tu..hahaha..siap2kanlah baldi kat tepi anda ye..Ape yang anda faham mengenai single dan couple?
"single tu takde teman, couple tu ade teman"
"single is sorang, couple is dua orang"
Tak kisahlah ape pun jawapannya anda sendiri yang tentukan..nak check dekat Kamus Dewan pun boleh..sekarang kan dah canggih..google je pun boleh ^_^

Zaman sekarang ni pelik rasanya kalau muda-mudi tak bercouple.. Dah jadi macam trend kottt.. Dosa pun boleh jadi trend ekk??

"ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya:"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya."                              (An-Nur:30)

Ade ke yang bercouple tak tengok muka????? cer habaq sikit

Bukannya tak boleh pandang lansung.. Boleh pandang,tapi pandangan yang bebas dari unsur syahwat.. Bukan pandangan yang nak makan orang ea..
"Syariat manakah yang mengajar muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? islam manakah yang mengajar muslimat kita supaya bercakap seperti 'warden penjara' ketika berurusan dengan muslimin semata-mata tidak mahu melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah"  -abusaif-

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
( Al-Isra’: Ayat 32)

Ayat "jangan kamu menghampiri zina" tu sendiri dah menunjukkan yang couple tu tak boleh.. Sebab apa? Sebab..bila dah berjumpa takkan nak tengok belakang kan?Mesti tengok muka,tengok mata,tengok hidung, sebab ade mate kan...tangan tu pulak takkan la nak duduk diam je kan..takut aweks kena langgar,tu yang genggam sampai melekat tu..tak mustahil bila dah biasa macam tu dara pun dah tak ade..

Minta maaf N.Z cakap..sedih sangat2 bila baca surat khabar "gadis belasan tahun dirogol oleh teman lelaki"...walaupun gadis tu rela tetapi di dalam undang2 jika disabitkan perempuan itu bawah umur,lelaki tersebut akan dikenakan tindakan undang2.. Lelaki yang sentuh perempuan tu bukan sebab dia sayang perempua tu tapi dia HINA perempuan tu.. "kecewa setelah cinta dikhianati"...mula-mula bercinta bagai nak rak..nak tunjuk kesetiaan sampai sanggup serah semua..DEMI CINTA kan..last2 kena tinggal...sape yang merana???? 

Bila ade masalah dengan couple mula lah...semua jadi tunggang terbalik..serabut lah..tension lah..bengang lah...bunuh diri lah...padahal sape yang cari masalah?????

N.z tahu yang diri sendiri pun bukanlah baik sangat tapi teguran ini adalah teguran untuk diri sendiri jugak..Andai diri ini terleka..tegurlah N.Z balik...N.Z sayang semua sahabat2 N.Z, percayalah.. COUPLE tu sekejap je manisnya... sebab apa? sebab TAKDE BARAKAH dalam hubungan macam tu..sia-sia je kan?

Tak salah nak bercinta,tapi bercinta yang bagaimana? Islam bukan suruh hapus perasaan CINTA tu tapi KAWAL perasaan itu.. Ikutlah jalan yang Dia dah bagi..tak susah pun rasanya.. Yang tak ikut tu la yang susah sebab masalah2 lain akan timbul selepas tu..

"kalau kita nak pasangan yang baik, diri kita sendiri pun kenalah jadi baik"

credit to : mr google




Read more...

Friday, March 9, 2012

PERTAMA KALI

Assalamualaikum...

Lama rasanya tak update blog..rindu rasanya nak dengar komen2 dari kalian..kalian macam mana??

Alhamdulillah..sekarang N.Z bergelar mahasisiwi setelah lama 'tanam anggur tak berbuah' dan sekarang berada di UiTM Shah Alam..ade sape2 yang dekat UiTM Shah Alam ke?hehehe (cari geng)

First masuk memang sangat sangat sangat teruja..yelahh first time masuk Universiti kan.. Sebenarnya keputusan yang dibuat ni pun agak tergesa-gesa namun N.Z yakin ini adalah jalan yang terbaik buat diri..

Sebelum ni, UiTM memang takde langsung dalam senarai pilihan universiti N.Z (kejam giler)..kenapa??? hmmmm..ramai yang cakap UiTM macam tu UiTM macam ni..takut la jugak kan..awak ni manusia biasa..iman boleh bertambah boleh berkurang..tapi..mungkin ade hikmah yang Allah nak tunjuk pada N.Z..

Tak kiralah kat mana-mana pun..masalah sosial pasti akan berlaku..N.Z cakap ni seiring dengan peredaran zaman sekarang..kat kampung pun boleh jadi kan? see..power of technology...

Bila dah melangkah ke menara gading ni kenalah usaha yang lebih lebih lebih lagi..nak dapat ILMU tu satu kewajipan la kan dan yang paling penting adalah untuk menaikkan taraf diri.. Course program yg N.Z dapat ni pun berdasarkan kelayakan STPM (tu lah..tak nak belajar betul2)..takde pilihan kan..yang ini je layak..huhu.. N.Z dapat course AP236 Bachelor Science (Hons) Construction Management atau senang cite pengurusan pembinaan..

Takde kaitan langsung dengan subjek2 mase STPM..huhuhu..satu cabaran baru buat N.Z...bile dah dapat taklimat dari Dekan, timbalan dekan,ketua pusat fakulti,pensyarah rasa lebih semangat la nak teruskan bidang ni..N.Z harapkan doa2 dari kalian agar N.Z terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kerajinan sepanjang perjuangan N.Z di sini..7 semester kot..



Inilah assignment pertama ku...pernah tengok tak pembaris macam tu ?tak pernah kan??? 

Rasanya sampai sini sahaja perkongsian N.Z untuk hari ni..nanti kita sembang lagi ea?

sorry la kalau boring..memang boring pun kan?



p/s : tak kisah siapa kita asalkan kita nak jadi apa yang kita nak jadi..
p/s: maaf tak dpt nk blogwalking sume yg tinggalkan jejak dan komen atas kebizian yg melanda..huhu
p/s:doakan utk N.Z supaya tabah dan kuat ye sepanjang kursus yg N.Z belajar ni..




Read more...

Tuesday, February 21, 2012

I LOVE U

Assalamualaikum.....

Alahai..ada yang nak muntah ungu tak bila bace tajuk ni..hehehe
bila sebut i love u je mesti kata-kata ni ditujukan kepada mereka yang sedang hangat2 taik ayam nak bercinta kan?haha

gegirl : abang..i love u.. (sambil buat aksi gedik manja)
buaya : abang pun love u jugak kat ayang..

Adoiii..nak pitam rasanya..tolong tolong hantarkan ambulan....ni no ni no..
yelah.. kerana i love u semuanya tergadai...habis madu sepah dibuang..ish3..kerja yang sia-sia...kalau kumpul madu lebah dapatlah jugak faedah dan pendapatan...

Harap maaf kepada coupling2 (betul ke?haha) yang di luar sana yang terasa dengan entry ini..sejujurnya saya memang anti-couple!!! 
kenapa mesti couple?kenapa?? kenapa??? why?? why?? limaza?? limaza?? (bnyk nye soalan)... boleh bagitaw sikit ape pekdah nya bercouple ni??

Ape yang N.Z tengok sekarang ni semuanya cinta berlandaskan nafsu semata-mata(couple)
kenapa saya berfikir sedemikian? mula-mula nak ngorat ayat bukan main power lagi..tangkap leleh tu..lepastu ajak jumpa..mula2 segan.malu2 kucing gitu kan..dah lama2 berani pegang tangan, ajak jalan2, tangkap gambar berdua, publish kat FB..dah last sekali demi menunjukkan kesetiaan pada sibuaya sanggup serahkan segala...kalau serah boleh pulang balik takpe..ni dapat malu lagi ade la..memang tak pikir panjang langsung (marah ni)

Yang pelik bin hairan bin ajaibnye semuanya muda mudi belia negara..dan PALING menghairankan mostly ISLAM... Saya tahu,iman itu kadang2 naik kadang turun tapi kalau dah macam tu apa kategorinya ye? Bukan nak kata saya bagus sangat..yelah kita sebagai umat islam ade asas dan pegangan dalam hidup kita..kita hidup atas muka bumi ni berlandaskan syariat Allah..rasanya tu semua orang tahu..Nak kata mak ayah tak bimbing..sudah..bagi pelajaran pun dah..apa lagi silapnya..masing2 punya akal kan?

Tengoklah..hanya perkataan i love u je mampu membuatkan satu dunia huru-hara..dengan berita anak terbuang merata-rata,dalam tong sampah etc..ishh tak sanggup nak cerita..

"kami tak buat kerja macam tu..hanya suka-suka couple je..masing2 suka sama suka"

Suka-suka? kalau dah suka hantarlah rombongan meminang dengan segera (tetibe keluar lagu kalau berpacaran)...mule2 couple..bercinta bagai nak rak..tulis kat status FB,blog,twitter,MS yang dirinya sedang dilamun cinta...keluarkan belanja nak ajak couple jalan2, tengok wayang...bergaduh manja..lepastu tak tahan sebab asyik cemburu..buat status geram dekat balak...gaduh2 lagi..lepastu dah tak sehaluan maka  clash la jawabnya..tulis kat status yang diri tak dapat melupakan si dia..hubungan pun dah macam musuh..padahal dulunya merekalah romeo & juliet..

Buang masa, tenaga dan duit je..bercinta bagai nak rak tapi kecundang di tengah jalan.. sedangkan dalam islam, bertunang pun disuruh rahsiakan..apatah lagi bercinta..nak heboh satu dunia..kalau dah kahwin lain la..semuanya indah sebab I LOVE U...

Pernah tak kita dengar pasangan yang couple2 ni cakap aku cinta kamu kerana Allah? ade tak? kalau ade tolong bagitaw ye..setakat ni takde kan?

N.Z amat tersentuh bila tengok cerita hafalan shalat Delisa tu..lepas solat, menjadi uruf kan salam2 ni..Delisa pun salam la ummi nye dan mengucapkan "Delisa cinta ummi kerna Allah." Berjujuran air mata si ummi..jawapan anaknya itu dibalas "ummi juga cinta Delisa kerna Allah."
walaupun sebenarnya Delisa tu saje je nak test sebab nak dapat hadiah dari ustaz Rahman. Ustaz Rahman kate sape yang cakap macam tu pada ibunya dan ibunya menangis boleh tuntut hadiah pada ustaz...budak2 kan..



See.. N.Z yakin kalau korang cakap macam tu dekat mak ayah dengan seikhlas-ikhlas hati pasti mereka sgt tersentuh..cinta yang cukup tulus, suci..tiada noda..macam tu juga lah pada pasangan korang(yang dah kahwin)..yang couple2 cakap macam ni...urmmm..sanggup ke korang??

N.Z minta maaf sekiranya sepanjang pembacaan korang ade yang terasa hati pasal entry ni..bukanlah untuk mengutuk mane2 pihak cuma ingin mengingatkan terutama diri sendiri..kadang2 kita terlupa sebab tu perlu ade seseorang yang kene ingatkan kita balik..

N.Z buat entry ni sebab N.Z sayang dekat semua adik2, kakak2, makcik2, abang2, pakcik2 semua..kita umat islam jangan terlalu mudah terpedaya dengan agenda Barat..kadang2 sedih bila tengok anak2 muda terikut2 dengan budaya Barat..dengan Valentine ye lah..tu belum lagi yang dalam2..tak sanggup nak cakap...

Apa yang N.Z boleh cakap jagelah diri sendiri..kuatkan hati dengan tambahkan ilmu di dada..dalami ilmu agama selagi mampu..itu je yang mampu menjadi pelindung diri..nak belaja ni kat mana2 pun boleh..tak semestinya kene pergi masjid je..dunia dah moden kan?

Pesanan ni ikhlas dari hati penulis utk semua dan sebagai PERINGATAN untuk diri sendiri..salam sayang buat semua..

boleh juga rujuk entry >ini< kalau nak 



SAYA SAYANG KAMU SEMUA KERNA ALLAH

p/s : tak macho la couple2 ni..kahwin  baru la gentle
p/s : senyum simpul mase buat entry ni..hehe

Read more...

Saturday, February 18, 2012

Ombak Rindu VS Hafalan Shalat Delisa

Assalamualaikum...


Ini bukan pertandingan lawan2 ye..harap maklum....rasanya korang pun tahu kan pasal Ombak Rindu ni dan kebanyakan dah pernah tengok cite ni dan bace novel asalnya..ape pandangan korang, korang sendiri tentukan..

Banyak jugak komen2 yg positif pasal movie ni dan yg negatif juga pun ape kurangnya..masing2 punya cita rasa masing2 kan..ade org suke warna purple dan ade yg tak suke..senang cite rambut sama hitam hati lain2..

bagi diri penulis..movie ni setakat 2 bintang dari 5 bintang..kenapa???????wahhhh..ramai pulak yang dok serang aku lepas ni..tidakkk..mcm saya cakap tadi..masing2 punya pandangan masing2..kenalah terima okayhh..salah satunya movie ni agak berlainan sedikit dari novel asalnya..mungkin pengarah inginkan sesuatu yg lain kan..kita tak tahu..jgn judge macam2 kalau kita takdak bukti..keduaa..hmmm..biarlah rahsia ye..hehehe..kita kasi tutup cerita ni ek..

----end-----

Okayh..sape yg dah pernah tgk hafalan shalat Delisa..kalau kat rumah yg ade astro tu maybe tahu la pasal cerita ni..tapi yg takde astro??? (macam aku la) tengok kat internet je lah..nak pergi panggung amatlah TAK SUKA..huhuhu..itupun sekali je sebab nak tengok Nur Kasih..kan takde kat astro first..

mula2 dapat taw pasal cite ni dari kawan sekolah..die yg suggest suruh tengok cite ni..dann....siyes..tidak mengecewakan...saya bagi 4/5...kenapa????? kalau nk tahu kenelah tengok..hehehe


tapi yang sedihnya cerita ni dah kene remove dari astro..huhuhu..sape yg ade astro first boleh la try langgan..ade lagi kot...










p/s : berapa bnyk cerita yg boleh membuatkan kita insaf dan sedar akan hikmah disebalik yg terjadi?????kualiti atau kuantiti atau nak syok je?


Read more...

Thursday, February 16, 2012

Kata Mereka...

Assalamualaikum...

Ingat lagi tak entry ni >apa kata anda???<
Ni adalah sambungan dari enrty tersebut.. Jom kita tengok pendapat2 mereka mengenai C.I.N.T.A



Harap maaf sekiranya paparan yg ditunjukkan tidak memuaskan disebabkan terdapat masalah teknikal di laptop ini..huhu

terima kasih yg sudi memberi pandangan..antara komen yg menarik hati N.Z adalah komen dari si budak kachak..penjelasan dia sama macam yg N.Z fikirkan..(tiru ek)

"cinta ni merangkumi banyak aspek...ada yg cinta akn kekasih..ada yg cinta akan kerja yg dilakukan...namun cinta yang paling utama sekali adalah cinta pada Allah...Dia merupakan pencipta kita...diikuti cinta pada ibubapa...lepas daripada tu baru terpulang pada individu mengikut kepentingan sama ada cinta pada kekasih ke kucing ke lembu ke...hehe..."

p/s : bagi sy cinta dan syg adalah sesuatu yg berbeza...

Exam dah blh lulus nie..hehehe..kita kasi preview sket empunya blog...



Sape nak pergi blog ni kene bawak gam gajah..hihihi..gurau je..  Rajin2 la jenguk blog beliau ek dan kalau terlebih rajin follow blog beliau..tak payah nak berkira sgtlah k..

komen kedua ni buat N.Z sentap sikit..haha..sentap la sgt...terharu..huk3..


Satu perkataan je utk cik bell ni.. I luv u too.. <3 
takde icon luve la..huhu


Komen yg lain2 pun best gak...ni kira antara yg paling best antara yg best2..mmg best la kan..

Sekian itu sahaja buat entry ini..

p/s :ade misi pukul 2 ni..berjaya ke tak ek?mampukah aku pecahkan rekod?adoiinyepunlahh


Read more...
 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”