Saturday, March 9, 2013

CPR -cium mulut??

Assalamualaikum...

ohooo..kontroversi pulak tajuk entry aku ni..

Sebelum cuti mid sem baru-baru ni kami (jururawat pelatih) ade program CPR (Cardiopulmonary Resuscitation). Kami WAJIB ambil kursus ni untuk mantapkan lagi kemahiran sebagai seorang jururawat..ahakkss

Mula-mula aku rase macam nak tergelak sebab mase kecik-kecik dulu selalu bayangkan yang CPR ni cium mulut.opsss.. Tanggapan itu salah sama sekali..hoho ... Otak suci je time tu..mane tahu ape-ape ye dak.. 

Sehinggalah aku diperjodohkan dengan CPR ni..

CPR ni bertujuan untuk mengembalikan fungsi jantung iaitu membantu jantung berdegup apabila terhenti.. Jantung akan tiba-tiba berhenti disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu CPR adalah salah satu cara bagi menyelamatkan mangsa sebelum dihantar ke hospital. Kita mungkin boleh menyelamatkan mangsa dengan memberi bantuan CPR. (dah macam pengacara majalah 3 la plak)

Ade step-step utk melakukan CPR ni..caranya adalah

DR ABCD 

D (danger) :bermksud alihkn mngsa dari kawasan yg bahay ke kawasan yang selamat,keras dan rata bg teknik CPR yg efektik.

R (respon) : tepuk bahu mangsa dan tanya sama ada die sedar atau tak..contoh "sir sir are you okay?" kalau takde respon jerit utk meminta pertolongan supaya bantuan tiba "you, please call 999"

A (airway) : kekalkan patensi salur pernafasan.iaitu membuka ruang salur pernafasan dgn menggunakan kaedah head till chin lift. angakt sedikit dagu dengan menggunakan jari. Jangan angkat lebih2 kang terkehel pulak.

B (breathing) : check pernafasan dengan melihat pergerakan dada..adakah terdapat pergerakan dada?

C (compress) : jika tiada pergerakan dada.lakukan CPR selama 5 cycle 2 blow

D (defibrillation) : jika mangsa tidak memberikan respon setelah CPR dilakukan kejutan elektrik diberikan setelah bantuan tiba.

OK..mase nak buat compression (yg duk tekan-tekan dada tu) ni pulak kene ade 5 perkara..location -between niple,centre of chest,deep 5cm,ratio 30:2, method:push hard push fast.

Perkara ni memang kene belajar untuk kita bantu siapa-siapa saje yang akan memerlukan. At least kite bantu dia untuk pulihkan fungsi jantung. Memanglah ajal itu Allah tentukan tapi kita seharusnya cuba sedaya upaya untuk selamatkan. Kalau tak berjaya dah ajal dia lah kann..

Lagi satu.perkara ni kene buat betul-betul sebab kalau kita salah teknik,ia akan menyebabkan komplikasi lain pada mangsa contohnya tulang rusuk patah. Memang niat kite nak selamatkan dia tapi bile dia dah selamat tapi ade kecederaan pada tulang rusuk,tak pasal-pasal die saman pulak orang yang buat CPR kat dia.tak ke naya...

Bagi diri saya.ia merupakan pengalaman yang amat berharga ^_^. Terima KAsih Allah sebab hadirkan aku di tempat ini.


inilah namanya compression 


yg ni plak blow..mujur patung..kwn aku tak sedar gambar die kene snap..haha*


opsss..tetibe bertukar wajah..yg ni utk baby plak..






p/S:  kadang2 perkara yg kite suke tu mungkin tak baik utk kita dan perkara yg kita tak suke tu baik utk kita.. He knows what the best for us



Read more...

Short

Assalamualaikum..

tajuk entry pun short kan?? maka kisahnya pun short lah..hahaha..

~facebok~

"akk kite nk couple ngn akk blh?"


desperate agknye budak ni..hambik kau..nyah kau dari facebook aku..ni bukan kali pertama kau buat..takde warning dah!


p/s: marah benar

Read more...

Thursday, March 7, 2013

Sinetron Pertama

Assalamualaikum.....

Okayh..entry kali ni bukan nak cakap pasal sinetron yg ade kt tv skrg ni..
kalau korang ingat lagi..mase tu aku form berape ntah..rase mcm kecik lag la (hailaa..perasannye)..suke sgt tgk cite ni..jeng jeng jeng....ce like ke komen sape yg pernah tgk cite ni.....

TAPI.......

aku baru nk tgk balik..kire mcm flash back balik la tp tkde dah cerite tu dlm you tube...waaaaa T_T

MAse tu pengaruh Nabila ni mmg sgt kuat la kat aku..(mcm motivasi la plak..)

Nak layan cerite die dh takde..dgr lagu pun boleyyy la..huhuhuhu


cute nye budak ni


kecik lagi budak ni..dah pndai..yg ni korang WAJIB tgk mcm mne karekter budak tu

Sekian utk entry kali nie..saje nk flash back balik..nk sgt3 tgk cerita ni balik..gi mana ya caranya bisa ku mendapatkannya (terspeaking indon la plak)


p/s: actually, aku tk minat sgt sinetron2 ni tp cerite ni la yg terawal dan yg terakhir aku minat ^___^


Read more...

Saturday, March 2, 2013

Bakal suamiku seorang doktor??? (Part2)

Assalamualaikum..

sebelum ni N.Z ade buat entry pasal ni..aku sendiri pun tak tahu kenapa aku buat entry tu..hahahaha..kalau nak tahu lagi lanjut korang godek-godek la sendiri ea.. 

sambungan dari Bakal Suamiku seorang doktor???

"Asilahh!!!" aku memanggil rakan seperjuanganku itu yang asyik leka dengan buku Anatomy dan Physiologynya. Dia hanya berseorangan di situ.

"Kenapa kak? Happy semacam je. Ada apa-apa ke?" sambil menepuk-nepuk kerusi disebelahnya supaya aku duduk di situ. Asilah ini memang suka benar mengulang kaji pelajaran di pondok sebab persekitarannya yang hijau. Tenang katanya.

"Akak ada mimpi seseorang..." Belum sempat aku menghabiskan ayat yang seterusnya terus dia memotong percakapan ku.

"Kita tahu! Akak mimpi Dr.Fairus kan?" sambil menutup bukunya. Dengan wajah yang penuh berminat dan menggenggam jari-jemariku dia memandang wajahku dengan mengharapkan penjelasan yang seterusnya.

"Ishh..ada ke buat mata macam tu. Kecik besar kecik besar,tak sakit ke?" selorohku.

"Akak ni, kita excited nak tahu ni. Cepatlah cerita." sambil menampar lembut bahuku.

Aduh! Berbisa juga tangan yang sekecil itu. Aku tersenyum memandangnya. Ya, dialah sahabat dan dialah adik. Jarak usia tidak membataskan kami untuk menjadi teman rapat. Banyak kisah suka dan duka dikongsi bersama walaupun perkenalan yang sesingkat cuma. Aku pun memulakan kisah ku dari awal hingga akhir.

"hahahaha.Akak ni kelakar la. Boleh terbawa-bawa sampai ke mimpi. Biar mimpi sampai ke bintang" dia menyanyikan lagu yang dinyanyikan oleh juara Vokal Bukan Sekadar Rupa, Asmidar.

"Akak ludah ke kanan tak? Mana tahu, jadi kenyataan kan." 

"A'ah la. Tak teringat la pulak." kini giliranku pula yang menyengih.

Pukul 2 petang nanti kami akan naik ke wad bagi memulakan tugas sebagai jururawat pelatih. Jadi waktu pagi-pagi begini adalah masa untuk kami berehat dan mengulang kaji pelajaran. Penat tu biasalah. Mana ada pekerjaan yang tidak penat dan tidak memerlukan tenaga bukan?

"Petang ni, tunggu Asilah dekat tempat biasa ya?" sambil mengemaskan buku-bukunya. Aku menganggukkan kepala.

Rajin benar dia mengulangkaji pelajaran walaupun sesi pembelajaran sudah tamat. Aku?? Hmmm... Pasang surut semangatnya mengikut kelajuan ombak. Mujurlah hanya sesi praktikal sahaja yang tinggal, boleh la menenangkan fikiran sebentar. Tiba-tiba sahaja aku teringatkan seseorang. Hatiku di runtun rasa pilu. Apakah yang sedang dilakukannya sekarang ya. Dia sendiri tidak pasti.

"Akak dengar tak apa yang kita cakap tadi?" soalan Asilah mematikan lamunan ku.

Terus aku kembali ke dunia yang nyata. Tempat dimana aku berpijak sekarang.

"Ye..akak dengar..jom kita siap-siap."sambil bergerak meninggalkan perkarangan tersebut.

................................................................................

You have one message

"saya sukakan awak!" terkejut Zulaikha apabila mendapat pesanan ringkas daripada Khairi. Tersalah hantar pesanan barangkali..

"silap hntr sms ea?" aku membalasnya.

You have one message 

"taklah. Mmg sy nk hantar kat awak pun. Dah lama sebenarnya sy pendam. Memandangkan kita dh hbs SPM, sy patut bagitau perasaan sebenar sy pada awk. Walaupun kita hanya berkenalan kat laman sosial tapi hati sy senang dengan kelakuan awk."

Aku seperti tidak mempercayai kata-katanya. Yela..kata-kata orang lelaki ni selalunya manis. Lebih manis dari gula. Silap-silap boleh dapat Diabetes. Aku biarkan sahaja mesej itu tidak berbalas. Sengaja aku berbuat begitu. Dia harus ku ajar!

2 jam kemudian...

You have one message

Nampaknya dia tak berputus asa. Aku buka pesanan ringkas tersebut.

"sy tahu awk mesti terkejut dgn pengakuan sy kn. Takpe take your time utk terima kenyataan ni. InsyaAllah kenyataan ni takkan berubah sehinggalah sy dpt jumpe awk depan mate sy sendiri. Sy terima seadanya dgn diri awk. Kalau sy ajak jumpe msti awk tak nak kan. Jadi biarlah masa yg tentukan segalanya. Sy harap awk simpankan sdkt ruang di hati awk utk sy. Kalau awk dh ade pilihan yg lain bgtw sy supaya sy tak terasa dipermainkan. Wasalam."

Lidah ku kelu seribu bahasa. Nak percaya ke tak. Hmmm..biarlah masa tentukan segalanya. Kalau benar dia jodohku, aku redha. Cehh..pandai pulak kau ni berfalsafah. Baru je habis SPM kot. Perasan betul.

Ya..aku tak nafikan walaupun aku dan Khairi hanya berkawan di laman sosial, aku tetap selesa berkawan dengannya. Dia tahu menjaga batas-batas pergaulan antara kami. Kadang-kadang banyak nasihat yang aku perolehi daripadanya. Itulah yang membuatkan aku suka berkawan dengannya.

"Akak dah sampai mane ni?" suara Asilah mengejutkan lamunanku. Kusss semangat. Macam tahu je aku tengah berangan. Adesss

"Errr...sampai Korea kot." selorohku pula.

Okey. Kene fokus ye wahai Zulaikha. Kau akan berhadapan dengan pesakit ni. Ok.Sharp! Aku sampai pada jam 1.40 petang di wad D3. Setelah menulis nama di buku log, aku melihat keadaan pesakit-pesakitku. 30 orang semuanya. Harapnya diorang boleh terima perawatan yang akan aku berikan. In Shaa Allah!!!

to be continued......


p/s: maaflah kalau babak ni agak boring..sy baru lagi nak menulis..harap boleh beri tunjuk ajar...peaceee










Read more...

Sunday, February 17, 2013

Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum...

Bersawang dah blog aku ni..almaklumlah..cik misi yang busy.. (busy la konon kan).. Baru-baru ni N.Z dikejutkan dengan berita pertunangan seorang sahabat dari KISAS, Fatin Farhana a.k.a cik puan rama-rama..hehehe (sorry atin..gurau2 je..) Agak cemburulah ye melihat beliau atas pertunangan tersebut..muda lagi kot..insyaAllah N.Z bakal menyusul (bile le tu agaknya ye)..Ape-ape pun barakallah ye utk fatin..semoga diberkati..nikah nanti cari tarikh yang aku boleh datang taw..hehe (request mcm ape je)

ok..intro je tu.hahaha

Nak cite yang satu hari ni N.Z 'dibuli' oleh kak long...kakak sorang ni memang 'gila' ngan oreo cheese cake yang aku buat..hahaha.. bajet artis jap okayh!!!

Pertama kali buat, T_T.....urhh.masam kott..second.. 0_0..manisnyeee kurma ini~ third... ^_^..good job!!..baru jadi betul2..almaklumlah saya tahu inject orang je..hahaha

Resepi ni N.Z dapat dari kawan-kawan..kitorang memang 'nakal' sikit kat asrama..macam2 kitorang buat..buat bende baik okayh.. credit to Mira Jailani, Atiqah Suyuti,Nasuha Zamri, Syarmimi Nadzri dan Ana Fathihah Ismail..terbaiklahh korang...thanks sgt2..

Actually, bahan2 ni ade yg N.Z ubah suai sikit sebab....emm..bahan die was was sikit nak guna..kalau nak tahu bahan2 yang sebenar boleh la try tanya Puan Google ea..

bahan-bahan:

2 bungkus biskut oreo (terpulang la nak berbungkus2 ke)
250 cream cheese (pastikan HALAL ok)
250 whiping cream
1/4 butter cup
1 cawan gula halus

p/s:ikutkan ade letak gelatin tp N.Z malas nak letak

cara-cara :

asingkan cream yg ade dekat biskut oreo tu dan hancurkan (untuk buat base pada kek tu) 1/3 je gune untuk buat base.

ambil 1/4 butter (kalau rase banyak,ambil dlm kuantiti sikit je..agak2 cukup nak gaulkan dengan base tadi) dan double boiling kan beliau.. bukan panaskan atas api taw..

Butter tadi gaulkan bersama dengan oreo yg dihancurkan tadi hingga sebati dan buat base..masukkan dalam peti sejuk untuk keraskan base tadi..

Sementara tu, masukkan cream cheese, whiping cream, cream biskut oreo yg diasingkan tadi dan gula halus (kalau tak sure nak letak banyak mane letak sikit2 dulu) dan digaul bersama..guna mixer la kalau nak senang..mase dah sebati tu boleh la rase manis ke tak, kalau kurang tambah la gula lagi (jangan banyak2..kencing manis nnt <-- nasihat percuma dari cik misi  :p ) 

hancurkan biskut oreo yang selebihnya tadi tu, mungkin boleh belah 4 or terpulang pada creativity masing2..gaulkan bersama adunan tadi

Keluarkan base yang dalam peti ais tu dan letak dekat atas die..DONE!!..nak keras sejukkan dalam peti beku

ok..tgn penat dh nk hias..ni gune biskut je,hancurkan sbb takde chocolate rice 


ambik kau..makan sampai muntah..hahaha






p/s : boleh bukak bisnes macam ni..haha





Read more...

Sunday, January 20, 2013

semakin berat

Assalamualaikum..

Lame rasanya dah tak menulis..rindu rindi rindu rindu...upssss..

Dah naik semester 2 ni..(semester 2???arghhh) semakin berat la tanggungjawab kene pikul..belajar belajar belajar dan terus belajar untuk mahirkan diri sebagai jururawat pelatih.ambil pengalaman seberapa banyak yang mungkin..

dulu kosong je...



sekarang dah ade kaler ijau :)


semoga diri ini terus kuat dalam menempuh kehidupan akan datang..

p/s:tak sabar nak inject patient..hahahaha kejamnyeee


Read more...

Thursday, December 27, 2012

Aku Jatuh Cinta

Assalamualaikum...

Wahhh..dah la sebelum ni ada entry Bakal Suamiku seorang doktor???, tiba-tiba muncul Aku Jatuh Cinta pulak.. Takdelah..takde nak buat surprise ape-ape pun. Cuma.......(kasi suspen sikit..hahahaha)

Baru-baru ni N.Z memang jatuh cinta dengan satu drama ni. Memang meruntun Qalbu gitu..ahaaa.. Kalah drama Ombak Rindu..(amboiii kau..kene hentam tahu la).. Serius, kite tak tipu..Asalnya memang sebuah novel tapi dijadikan drama lepas tu..

 Kewujudan novel ni pun N.Z tak tahu sebenarnya tapi bila ramai yang memperkatakan tentangnya, ape lagi kite pun follow la.Terima Kasih, Syukran, Kamsahamnida, Xie xie, Arigatao pada Suriyani Jamil sbb kenalkn drama ni dekat ana ;) ..Dan N.Z sendiri boleh kate novel ni memang buah tangan yang terbaik. Tahniah Uztaz A.Ubaidillah Alias (dah bg klu ni)..

Malas nak cakap banyak..nak lebih lanjut boleh la klik mane2 yang patut. Sebelum tu nak bg sinopsis cerita sikit..baru ade feel gitu..hehehe ~_^

Amir Mukhlis adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.



Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.

Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.

Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.

Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.

Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)

Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.

Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.

Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.

Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.

Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.

Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.

Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.

Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.

Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.

Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.

Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.

Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.

Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.

Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.

Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.

sumber : http://cairostudent.blogspot.com/2011/04/sinopsis-warkah-cinta-berbau-syurga.html

Nak tengok drama nya boleh la pergi kat sini


Ada 12 episode semuanya..selamat menonton ^_^


p/s: Selamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan.
p/s: pelakon2 nya sangat menjaga adab..terbaik lah Imam Muda..thumbs up!!

Read more...

Monday, December 24, 2012

SEGMEN: BLOGLIST MAMA KAYBEE 2013

Assalamualaikum.

Jom relaksasikan minda dan tangan ^_^



wanna join? click the banner please guys..thanks..


p/s: tgah perah idea nak cari bahan esaimen..huhuhu


Read more...

Wednesday, December 19, 2012

P.E.R.U.B.A.H.A.N

Assalamualaikum semua...

Hari ini terasa sedikit kelapangan waktu berbanding sebelumnya..fuhh..lenguh tangan dan kaki melayan kerenah anak buah..baru 2 org belum lagi berorang-orang (erkk..tak kene je).

Makanya,cuti sem pun bermula tapi terdapat perubahan..PERUBAHAN??apakah??cuba cari perbezaan antara kedua gambar ~_^









Nampak tak perbezaan 2 lukisan tersebut..huhu..yang atas tu kos yang aku ambil sekarang dan yang bawah tu kos yang aku ambil di UiTM iaitu Bch.S Construction Management..(waaa..rindunya dgn my plan) <--bajet mcm arkitek..haha


Jadinya, cuti sem aku macam tak cuti la ye..hurmm..kene lukis2 jugak..ape boleh buat..name pun student kan...

p/s:ade sesiapa yg blh tlg lukiskan tak? :P

p/S: ade yg nak aku smbung entry ni tak? Bakal SuamiKu seorang Doktor??



Read more...

Saturday, December 1, 2012

Bakal suamiku seorang doktor???

Assalamualaikum....


"saya suka awak!"

terkulat-kulat aku melihat sesusuk tubuh yang mengucapkannya...aku pandang kiri kanan,depan dan belakang. Ternyata hanya aku dan dia sahaja yang berada di kaunter. Biar betul doktor ni, kena sampuk ke hape ni? Gumamku dalam hati. Takde angin takde ribut tiba-tiba je. Ni kes nak kenakan orang ke ape ni.

"err..doktor cakap dengan saya ke?"aku buat-buat tanya kerana tidak pulak aku nampak handphone di tangannya jika benar dia bercakap di telefon.

"yelah..dengan siapa lagi,ada orang lain lagi ke kat sini?" Dia memandang tepat wajahku. Aduhh..bisa buta mataku akibat panahan matanya.serammm

"saya suka dekat awak sejak awak masuk praktikal dekat wad ni lagi, saya rasa macam tenang je tengok muka awak walaupun awak ni takdelah cantik mane. Bila saya serabut dengan masalah patient, dan saya tengok awak, hati saya tenang" 
Amboii..puji..dalam mase yang same..arghh..ni yang rase nak keluarkan tali pinggang hitam. 
"En.Doktor Muhd Fairus, ketenangan tu takde kat wajah saya tapi Allah yang hadirkan perasaan tu pada hati En.Doktor." kata-kata itu hanya mampu tersekat di kerongkong. 

Aku pun buat muka blur. Tak dinafikan yang aku pun suke tengok doktor ni. Gatal kau! Yelah, dah la doktor,muda lagi,umur 24, kira jarak umur tu takdelah jauh sangat kan, bijak pulak tu,handsome, tapi handsome lagi la 2pm aku. Doktor ni boleh kate sejuk mata memandang la dengan cermin mata dan misai nipis yang ade kat muka dia tu. Kalau tambah songkok ke kopiah kat atas kepala dia tu complete la ciri-ciri idaman suami aku..hahaha..Sengal lah kau ni.

"saya tak paksa awak untuk menyukai saya tapi itulah yang saya rasa sekarang." ujarnya seperti takut-takut. 

Dalam hati aku ni rase nak tercabut dan menjerit. Nak je aku cakap. 
"saya pun suka kat doktor!" Tapi..relaks..cool..kau dekat wad ni. Ramai staff nurse,doktor, pesakit dan kawan-kawan kau. 

"so, doktor nak saya buat apa?" soalan yang tak berapa nak cerdik tu aku lontarkan padanya.

"saya nak awak jadi isteri saya.boleh?" Gulpp..mau tercekik aku.

"kak ika, bed 19 nak tukar pampers, tolong sekali ea?" Nabila memanggilku.

Fuhh..selamat. Dapat lepaskan diri. Sebelum kaki ku angkat untuk melangkah, dia bersuara lagi.
"fikir-fikirkanlah, saya tahu awak pun suke saya kan?" serta merta muka aku rase macam pakai blusher walaupun sebenarnya aku tak pakai pun. Lemah longlai rase lutut aku ni.

Patutlah selama ni dia asyik 'buli' aku je.. Kejap-kejap suruh aku assist dia buat dressing, ambilkan fail x-ray, ambilkan medical report, buat ECG. Padahal aku rase bersepah kot student lain mase tu yang dia boleh suruh.

Alah..kau pun suka kan sebenarnya bile die suruh buat tu..Erkk..tiba-tiba ade suara En.Nafsu..syuhh syuhh.. Istighfar Zulaikha! 


-----------------

Bila lalu je dekat kaunter depan tu mesti nampak muka doktor tu, doktor buat round kat katil pesakit pun nampak muka dia, aku keluar dari tandas pun nampak dia. Tapi bila dia cuti satu hari aku pulak yang gelisah. Apakah maksudnya itu?haisyhh..Parah.

Kadang bila bertembung, masing-masing pandang satu sama lain dan aku pun ape lagi jantung ni rasa macam nak pecah. Aku ni kan ade sifat pemalu. So,aku pun tunduklah.. :P 

"tundukkan pandangan!"seperti ade suara kasar yang menyuruh aku berbuat begitu

Tepat jam 12 tengahari mulalah rutinku sebagai jururawat pelatih dengan mengambil 'vital sign' pesakit. (untuk melihat perkembangan pesakit melalui suhu badan dan tekanan). Sehinggalah aku sampai di katil pesakit yang bernombor 24 dan kebetulan Doktor Fairus ada disitu! 

"kalau awak dah fikir masak-masak awak bagitau jawapannya pada saya."sambil menghulurkan sehelai kertas yang berisi nombor telefon. Lambat-lambat aku menyambut huluran kertas itu dan....

"Allahu Akbar Allahu Akbar!!!"
Tersentak aku dari tidur...cehh..mimpi rupanya! Kuang asam! Muka aku dah macam kerang busuk tersengih pagi-pagi buta sampai roommate aku pun pelik tengok aku senyum pagi-pagi..hahahaha




p/s:kalau betul2 kan best..;P  
Suami aku ustaz VS suami aku doktor..hahaha..ade sape2 nak beli novel aku?? (PERASAN)

Read more...

Wednesday, November 28, 2012

I.K.H.L.A.S kah hati???

Assalamualaikum...


Hampir sebulan aku praktikal di wad a.k.a Hospital Melaka..macam2 ragam pesakit yang aku lihat..rasa kelakar jugak bile tengok patient ni..sekurang2 nya terubat sikit dan jadi hiburan la utk nurse2 yg 'tension' kat wad tu.... (hai..mengeluh ke??)

Pada mulanya memang agak sukar utk aku terima kenyataan yang aku akan bergelar staff nurse a.k.a jururawat terlatih suatu hari nanti...(sekarang jururawat pelatih) Namun, itulah pahit yang harus aku telan sepanjang tempoh kursus..yelah..budak baru belajar,biasalah kene herdik,kene maki, kene macam2 lagi lah...(sabar je lah)

Lama jugak utk aku terima kenyataan ni tapi aku sentiasa berfikir positif..adanya sahabat2 yg sentiasa menyokong dalam kerjaya yg aku ceburi ini walaupun sebenarnya jauh dari landasan..terima kasih sahabat2..pernah beberapa kali aku menangis dan aku terasa ingin berhenti daripada kursus ini namun Allah Maha Tahu apa yg tersurat.. Dia titipkan satu ujian buat aku dengan begitu dan berhikmah agar aku dapat menilai sejauh mana kasih sayangNya kepada hambaNya..semakin lama semakin aku menyukai pekerjaan ini..

"terima kasih nak..semoga anak mendapat balasan yg baik"..itulah yang sering aku dengar acap kali aku membersihkan B.O, P.U dan katil mereka (bowel open=berak, puss urine=kencing)..motivasi itulah yg sering aku sematkan dalam hati agar terus menyintai apa yg sedang aku kerjakan..
"pekerjaan misi ni terlalu mulia kerana kita membantu org"

Ya..aku cuba utk ikhlaskan hati ini utk membantu mereka sedaya yg termampu..(kadang2 geram jgk dengan patient yg mengada-ngada)...walaupun kita rasa jengkel,marah,geram dan sebagainya sebagai seorg jururawat wajah itu tidak harus ditunjukkan kepada mereka kerana itulah etika kami (moga ianya terus istiqomah)..pernah sekali aku merasa geram dengan seorang makcik ni...makcik ni suruh kami tukar pampers die..kami pun tukar lah..yg geramnya dia sendiri tak nak bantu diri sendiri utk angkat punggung..mcm mane kami nk tukar pampers.."makcik tak larat"..itulah ayat yg sering dikeluarkan setiap kali kami menyuruh makcik tersebut mengangkat punggung..dengan wajah yang tertahan (mane taknya..masuk je keje pukul 6.45 pg tu dah cuci berak org..Allah Allah..SABARRRRR)...aku cuba neutral hati..(ikutkan hati..lantak kau lah makcik!!!) 

Ternyata malaikat itu sentiasa disisi yg sentiasa mencatit setiap perbuatan..
Dengan wajah yg terpaksa dibuat2 sambil tersenyum..
"makcik boleh buat..fikirkan boleh..Malaysia boleh!!" (saje aku nak melawak jap dgn mokcik tu)
Boleh pun sebenarnya cuma makcik2 ni kene bagi motivasi dan perangsang sikit..

Kadang2 bila rase nak buat jahat tu aku ingat balik..kalaulah mak aku,ayah aku,adik aku,kakak aku atau abang aku yg terlantar atas katil tu sanggup ke aku lihat org lain buat mcm tu kat ahli keluarga aku..tak jadi aku nak buat jahat..(kadang2 bila makcik2 ni panggil, aku laju je jalan) So,setiap kali makcik2 ni panggil aku cuba ikhlaskan hati ni nak buat...susah jgak kan 'ikhlas' ni..tapi kenapa mudah kita mengucapkan "aku ikhlas ni bagi kat kau"..adakah ianya semudah kata-kata? 



p/s: hari ni naik lif same2 dgn Dr.Muhd Fairus... :P

Read more...

Friday, November 23, 2012

Kebergantungan K.I.T.A

Assalamualaikum...

Lama sudah rasanya tidak menaip..kekangan yang dialami membataskan jari jemariku untuk menari di atas papan laptop..mungkin kerana kemalasanku sendiri dan kesibukan yang melanda..yelah, mana tidaknya balik sahaja dari wad terus rebah di katil..hahaha (sudah cukup sudah) kang intro sahaja mahu satu entry..

Kenapa dengan kebergantungan K.I.T.A ??? kenapa perlu K.I.T.A?? kenapa??why??limaza??wei she ma?? yelahh..KITA semua..KITA semua kan makhluk Allah..bukan saya, bukan awak, bukan anda TAPI KITA...am i right??

Baru-baru ni N.Z dikejutkan dengan berita kematian ayah kepada rakan sebilik N.Z..memang sangat2 terkejut...mujurlah waktu tu dah habis final exam.saya sendiri tak dapat bayangkan bagaimana perasaan die ketika itu..

(Jumaat..9mlm)
Pada mulanya ayahnya dimasukkan ke wad kerana menghidapi demam kencing tikus..lama kelamaan penyakitnya menjadi serius dan terpaksa berpindah ke hospital Tengku Zahirah (terengganu).. pukul 2 pagi die kejutkan saya untuk berjumpa dengan ketua asrama..nak mintak balik daripada warden, warden tak benarkan..boleh pulak cakap.. "kalau awak balik pun bukannya awak boleh buat ape2 pun"... Ya Allah....hati apakah ini..mmglah tak boleh nak buat apa2..sekurang-kurangnnya hilang rasa terkilan dan dapat tengok dan bacekan Yassin utk AYAH sendiri...ini tidak...Astaghfirullah..terkedu rasanya..

(Sabtu..7pg)
Ana(kwn bilik) suruh N.Z temankan die balik..die tekad nak balik jugak..pergilah Melaka Sentral nak cari tiket ke Kuala Terengganu.. Allahu Akbar...SEMUA tiket dah habis..yelah cuti Deepavali..habis la..jenuh kami pusing satu MC tu..sehinggakan ana merayu-rayu dgn akk kaunter tiket tu nak balik..duduk dekat tangga pun oklah..saya rasa kasihan sgt2..mujurlah selepas beberapa minit..akk kaunter tu panggil.
"dik..ade driver kate ade kosong lagi..pergilah naik"
Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yg kami tidak ketahui..pulanglah ana ke kampung halaman melihat ayahnya yg sakit..

(Sabtu..11.30 mlm)
(mesej masuk) "akak..ayah ana dah takde".. Allahhh..rasa nak tercabut jantung ni bile bace mesej tu...Allah..kuatkan semangatnya..peliharalah dia..tak henti2 saya bermunajat..kasihan..pada usia yg begitu muda sudah menjadi yatim..bagaimana dengan nasib adik2nya dan ibunya..bagaimana agaknya kalau perkara sebegini berlaku pada saya..tak tergambar rasanya..betapa sedihnya saya..semoga tabah Ana Fatihah Shuhada...

saya sendiri mendengar ceritanya sudah membuatkan saya mengalirkan air mata..dengan adik2 yg masih kecil..ibu yang tidak mempunyai pekerjaan.."secepat ini ayah pergi tinggalkan ana"..itulah yg sering saya dengar dari rintihan hatinya..saya berfikir dan terkenang kembali..sebenarnya kita ini hanya perlu bergantung pada Allah..kita bergantung pada manusia..dia akan pergi..sejauh mane kebergantungan kita pada manusia makin rapuh kebergantungan kita pada Allah..kenapa saya berkata begitu..kerana kita meletakkan 100% pada manusia..tidak salah kalau mahu bergantung pada manusia tapi harus berpada-pada..

Kebanyakan masyarakat kita sekarang kalau nak yang elok sikit pergi jumpa bomoh..bukankah itu namanya bergantung pada manusia juga? nak masuk ke dalam sesuatu institusi gunakan 'saluran' (cable) untuk terus masuk..adilkah begitu??mana kebergantungan kita kepada Allah??


p/s: Al-Fatihah buat arwah ayah ana fatihah shuhada..semoga dikau tabah dlm menjalani hari-hari yg mendatang..



:.kalau saya nak seorg doktor yg menjaga sepanjang hayat saya boleh tak :P  .:






Read more...

Sunday, October 28, 2012

Hikmah Yang tersembunyi

Assalamualaikum.....

Selamat Hari Raya Aidil Adha..sempat lagi kan nak ucap..rase teruja bila dapat balik ke kampung halaman..maklumlah, anak perantauan kan..kih kih..

Entry kali ni maybe ala-ala diari gitu la..kalau korang rase bosan nak bace tak yah baca kayh..tiada paksaan..ceritanya bermula.....

tak pernah2 tiket habis tetibe time tu pulak tiket habis dgn sangat awalnya..terkejut tak?mase tu rase nak naik flight pun ade tapi nak landing kat mane..aisehh..berangan je..so, nak tak nak (katakan tak nak pada rokok..tetibe je..) kene beli 2 transit..huhu..satu dari melaka ke s.alam and s.alam ke teluk intan..

memang best la kan..tiket dari melaka ke s.alam pukul 8.30pg..tiket s.alam ke teluk intak pukul 2ptg..memang best la.nak g UiTM pun sempat ni..(dan lagiii..haii..UiTM dihatiku..nk wat cmne ek) ...tunggu punya tunggu.. 
"eh macam kenal je"aku bermonolog sendirian sewaktu melihat kelibat seorang gadis yang berdiri tidak jauh dariku..lalu, aku pun memberanikan diri utk menegur gadis tersebut..

"Atika kan?"sapaku..gadis itu agak terkejut dgn kehadiranku..
"eh..zulaikha..wahh..apa habaq..lama tak jumpaq hang..wat pa kat sini?"
"nak balik kampung la..hihii..cuti jgk ke"
macam2 kami sembang sampailah bas Atikah datang..

tak sangka dapat jumpe kawan dari Uitm kat situ..rindunyerrr...tu lah..ADA HIKMAH kenapa tiket tu habis awal..baru sahaja kakiku hendak melangkah, tiba2 aku ditegur oleh seseorang..
"zulaikha,wat pa kat sini?lama tak jumpa"
"ehhh..k.fahimahhhh..balik jgk ke?tadi baru jumpe atika"
"akak nampak tadi..tula..muka macam kenal..tak salah lagi..zulaikha..confirm!"
"he..he..(kenal lagi akak ni kat aku)"

 Terubat rindu aku dekat sahabat2 UiTM..sahabat KISAS bila lagi ye..hmmm

-------------

hari ni pulak aku telah kembali ke melaka bagi meneruskan pengajian..huk3...kali ni jumpe siapa pulak ye..jeng..jeng..naik bas transit lagi..cari tempat duduk..
"ehhh..shiela???"
"akakk?..k.leha??"
"hihihi..tak sangka jumpe kat sini"
macam-macam yang kami bualkan sepanjang dalam perjalanan tersebut..
rupa-rupanya kami mengambil kos yg sama (NURSING)..cumanya..junior ku ini di s.alam..dan aku di melaka..tak sangka jumpe junior Sekolah Maahad dulu...ADA HIKMAH aku naik bas 2 transit lagi...melihat wajah2 itu membuatkan rinduku pada kenangan dulu kembali membara..terasa kenangan itu seperti baru sahaja semalam...


--------------------

setibanya di s.alam..aku ditinggalkan bas..mane taknye, jalan dari tanjung karang ke meru jammed disebabkan perhimpunan...wahhhh..macam mane nak balik melaka ni.
(flashback)
"akk..bas ke melaka dah sampai ke?saya terlewat sampai tadi sebab jalan jammed"
"maaf dik..bas tu baru je bertolak tadi..baru je.."
"ala kak..ade bas lain tak?"
"takde dik..dah penuh"
"pukul 5?"
"pun dah penuh..mintak maaf sangat2..cuba adik tanya bas lain"
aku dah nak nanges dah time tu..mujur kawan aku ade..die cuba tenangkan aku..kami pun cari la bas lain..namun,keputusannya menghampakan kerana BAS KE MELAKA DAH HABIS..

terpaksalah naik teksi..erkkk..RM240??..belasah je la..dah takde care lain..baru ingat nak save duit..dugaan..

HIKMAH + DUGAAN =KEHIDUPAN

hanya mampu tersenyum!!!



Read more...

Saturday, October 6, 2012

Terasa sesuatu kehilangan

Hari ni tak tahulah kenapa touching sangat..huhuhu :(..aku terasa sesuatu yang hilang..'sesuatu' yg tak dapat aku putar kembali.. Kala ini aku merasakan sesuatu yang sangat asing bagi diriku..tiada teman2 yg mengingatkan aku tentang itu dan ini..tiada ajakan ke situ dan kesini..semua atas diriku.. Ya Allah betapa berat ujianMu utkku tapi aku teringat akan status dari seorang shbt yg menyebut dlm FirmanNya "Aku tidak akan menguji hamba-Ku melebihi kemampuannya".. Ya aku diberikan ujian sebegini kerana aku mampu menghadapinya!!..

"Adakah kamu mengira kamu sudah beriman,sedangkan kamu tidak diuji?" Allah....kuatkan imanku saat aku diuji sebegini...mungkin aku tidak patut meluahkan disini..aku sepatutnya meluahkan terus kepadaNya..tetapi aku ingin berkongsi apa yang sedang aku alami..mungkin ade nasihat yg dpt diberikan oleh pembaca yg dpt menyedarkan aku kembali...

Aku tahu..aku bukanlah insan yg sempurna..terkadang jadi "air" terkadang jadi "api"..maka dengan sebab itu aku cuba mengikuti segala program yg berbentuk kerohanian di UiTM..orang kata UiTM ni sosial sebab takde kursus2 yg berkaitan islam mcm Syariah sume tu..sebenarnya aku silap...semua tempat ade 'sosial' nye masing2..bergantung pada seseorg itu mengawal keadaan 'sosial' tersebut..aku senang blaja di UiTM..bnyk juga input yg aku dapat sepanjang keberadaanku di sana..mengikuti program yg berbentuk kerohanian dan dakwah..

Sebenarnya dakwah ini bukanlah bercrita tentang islam dan mengajak org masuk islam..tapi dakwah ini adalah mengajak org melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan..dakwah ini terlalu luas konsepnya..terima kasih Skuad Penyayang kerana mengizinkan aku mengikuti program sebegini dan aku sendiri dapat merasai bagaimana peritnya RasulAllah menyampaikan risalahNya..

Kini..keadaan sudah bertukar..tiada usrah..tiada masjid yg menyediakan qiamullai secara jemaah..tiada program kerohanian (kalau ade pun jarang sgt lah..boleh dikira dgn jari)..tiada tazkirah..suatu hari aku pernah meluahkan pada mak..mak kata menyesal ke masuk sane? aku merasa sangat sedih..aku tak menyesal tapi aku tidak suka akan persekitaran di sini..TERLALU berbeza..

Mak pun cakap..kadang2 kita tak boleh nak terima je..kita kene kongsi pulak dgn org lain ape yg kita terima..bagi tazkirah dekat kwn2..share ilmu yg kita dapat..aku menangis waktu tu...kalaulah ade shbt2ku yg dulu..(tak baik ckap "kalau"). Aku cuba kuatkan hati..malam tu jugak aku bace yasin..alangkah bagus kalau aku bace Quran sambil nangis mcm tu bukan sebab masalah yg aku hadapi tapi sebab keindahan dan kebesaran surat cintaNya..

Lepastu aku tenang sikit..sekarang ni semua bergantung pada diri aku sendiri..aku tak boleh nak harapkan shbt2ku lagi..aku yg kene ingatkan diri aku..Ya Allah..betapa indah dan manisnya kenangan yg telah tercipta walaupun usia perkenalan yg sgt singkat bersama shbt2 SMART MAI, KISAS dan UiTM..usia bukanlah penghalang....semoga aku tenang dan tabah menghadapi semua ini..3 tahun je lagi zulaikha..SABAR YE...






bersama sahabat2 KISAS

sahabat2 B.S Cons.Management UiTM

celebrate perpisahan Afifah

sahabat2 SMART MAI



SAHABAT HINGGA JANNAHNYA..INSYAALLAH  ^_______^



p/s : pg esoknya pg wad dgn mata bengkak..huhuhu



 
Read more...
 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”