Wednesday, November 17, 2010

Erti suatu KEBAIKAN....

Ombak besar bersama ribut baru melanda sebuah kampung nelayan. Di pantai terdampar ribuan ketam2 kecil yg dibawa b'sama ombak besar itu. Apabila ribut reda & cuaca tenang semula kelihatan seorg tua sdg mengutip ketam2 yg sudah  'nyawa2 ikan' krn kekeringan itu lalu dicampakkan semula ke laut. Seekor demi seekor.
 Perbuatan org tua itu dperhatikn oleh sekumpulan ank muda yg kebetulan berada di pantai itu. Mereka pelik melihat betapa tekunnya org tua t'sebut mengutip satu demi satu ketam2 kecil utk dicampakkan ke laut.

"Atuk buat apa tu?" tgur seorg drpd ank muda itu.

"Kutip ketam ni utk buang semula ke laut,"jawab org tua itu.

"kenapa?"

"kalau dicampakkn ke laut kan ketam ni akn b'peluang hidup?"

"atuk nk kutip semua ni ke?"tny mereka lg smbil menunjukkan ribuan ketam2 yg t'dampar di pantai itu.

"Begitulah. Tapi mana atuk t'daya...ini pun dah cukup letih,"akui org tua itu.
Namun tgnnya masih mengutip & mencampakkn ketam2 itu ke laut.
        Ank muda itu senyum sambil menggeleng2kn kepala.

"Sia2 shj atuk.Ribuan ketam ini akan mati. Atuk tak akan sempat & mampu menyelamatkan semuanya."

"Eh, tidaklah."

"Kenapa?"

"Bagi kita mungkin nampak sia2 sbb apalah ertinya menyelamatkan seekor dua ketam ni b'banding ribuan lain yg akn mati ttp bg seekor ketam yg kita selamatkan itu, ia t'lalu besar ertinya."

"kenapa atuk?"

"Kerana ia melibatkn soal hidup @ matinya, betul tak?" tny org tua itu.

   Ank2 muda yg memandang sinis sejak td t'diam melihat kebijaksanaan & keprihatinan org tua itu.


the moral value is :
Jgn fikir besar atau kecilnya satu kebaikn apabila kita ingin melakuknnya. Mungkin apa yg dianggap kecil oleh kita sangat besar pd yg menerimanya. Apatah lg bila kita sedar Allah menilai setiap kebaikan yg kita buat. Mungkin suatu yg dianggap kecil oleh kita adlh besar pd pandangan Allah justeru keikhlasan & kesabaran dlm melaksanakannya...
Read more...

Saturday, November 6, 2010

11 Doa yang cepat diperkenankan oleh Allah

1. Doa dari para Malaikat.
2. Doa dari para nabi dan rasul.
3. Doa dari raja, pemerintah atau pemimpin yang adil.
4. Doa dari orang yang soleh dan bertaqwa.
5. Doa kedua ibu bapa ke atas anak-anaknya.
6. Doa dari anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.
7. Doa dari orang yang dizalimi atau dianiaya.
8. Doa dari orang yang berpuasa.
9. Doa dari orang tua dan kanak-kanak.
10. Doa dari orang yang sakit dan berada dalam kesusahan.
11. Doa dari orang yang keluar bermusafir pada perkara yang diharuskan oleh syara'.
________________________________________________________

10 sebab-sebab doa tidak diperkenankan oleh Allah


1. Kita mengaku mengenali Allah tetapi tidak pernah menunaikan akan hak-hakNya dengan melaksanakan segala surahan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.

2. Kita mengakui menyintai Rasulullah tetapi tidak pernah sekali pun mengikuti sunnahnya.

3. Kita mengakui bahawasyaitan itu adalah musuh yang paling ketat tetapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.

4. Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungnya.

5. Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan maksiat dan dosa.

6. Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama kita tetapi tidak pernah melihat kepada keaiban sendiri.

7. Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allah beri tetapi tidak pernah sekalipun mahu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya.

8. Kita mengiringi dan mengebumikan jeazah di perkuburan tetapi tidak pernah mahu mengambil iktibar dari kematian itu.

9. Kita tahu dan yakin bahawa kematian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.

10. Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-rorang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.

________________________________________________________

Adab-adab dalam berdoa


1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kotoran, hadas dan najis.

2. Memulakan doa dengan membaca 'Bismillah' dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Nabi Muhammad.

3. Mengadap ke Kiblat.

4. Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum berdoa.

5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.

6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas serta merendahkan diri.

7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk mereka-mereka yang lain.

8. Berdoa dan mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.

9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian ataupun pekerjaan.

10. Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara seluruhnya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Read more...

Friday, November 5, 2010

Bingkisan Rindu


Album :
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

Read more...

rEsTu

pada tarikh 4 november 2010,tlh di adakan solat hajat grand bagi pelajar2 SPM & STPM... Ibu Bapa dijemput hadir..maka ramai la ibu-ibu dan bapa-bapa yg hadir ttp ibu & bapaku tdk dpt hadir krn aku ini seorg perantau..hu3....suatu perasaaan yg tak dapat aku gambarkan apabila guru-guru serta ibu-ibu yg ada disitu turut mendoakan kami semua tanpa mengenal siapa kami ttp atas dasar UKHUWAH ISLAMIYAH,kesemua itu amat2 membuatkan aku terharu sehingga ramai yg menitiskan air mata...kami didoakan oleh mereka dengan memegang kepala sambil menngucapkan Allahumma fakkihhu fi din,wa 'alimha takwil, wah di nas sirotol mustaqim...barakallahu fikum ya Allah.....4 PRINSIPAL 'A' & 11 A+

Read more...
 
“Hak Cipta Terpelihara Segenggam Tabah@ N.Z”